Posts

Showing posts from May, 2010

Ustaz Abdul Halim 220510

Kuliah Subuh ¤ Orang yang kenal kepada Allah SWT. - tidak mengeluh- kesah dengan hukum Allah SWT. Redha kepada NYA. - tidak susah jika ganjaran itu lambat. - malu kepada Allah SWT jika melakukan maksiat. ¤ Orang beriman apabila ditimpa sesuatu musibah dia bersabar menghadapinya. Tidak dia mengeluh dan bersangka sesuatu. Mereka meredhai ketentuan Allah SWT. Dan berterusan berdoa kepada NYA. ¤ Malu kepada Allah SWT untuk melakukan perkara yang diharamkan NYA. Mengambil tindakkan segera jika terlibat dengan perkara yang maksiat. Bersabar serta menghindari nafsu yang sentiasa membisik untuk melakukan maksiat. Ini adalah sifat orang yang mukmin hakiki. ¤ Iman yang kuat yakin akan pertolongan Allah SWT. Oleh demikian mereka akan berdoa secara berterusan. ¤ Orang yang melakukan solat subuh berjemaah Allah SWT mempastikan pelindungan daripada perkara yang tidak baik serta mendapat ganjaran daripadaNYA. Maka masyarakat yang mendirikan solat subuh secara berjemaah akan pa

Dr Hafizi 210510

Kuliah Maghrib PERSOALAN ASSABIYAH ¤ Iblis enggan tunduk kepada Adam RA kerana dia beranggapan yang dia dijadikan daripada API tidak layak tunduk kepada makhluk yang dijadikan daripada TANAH. Jadi apabila dia dilaknat Allah SWT, Iblis pula berusaha menanam kedalam hati manusia sikap yang akan menghancurkan umat manusia iaitu "JENIS AKU LEBIH BAIK DARIPADA KAMU". Ini lah intipati assabiyah. ¤ Islam tidak menerima sikap assabiyah. Ini bertentangan dengan ajaran dan prinsip orang mukmin. Para sahabat berperang dengan orang Quraish bukan kerana bangsa mereka. Juga bukan kerana dendam. Tetapi mereka berperang kerana mempertahankan kesucian Islam. ¤ Para sahabat mereka bersaudara kerana sesama muslim bukan kerana mereka sebangsa Quraish. Malah mereka para sahabat sanggup membunuh musuh yang sebangsa dengannya kerana mempertahankan Islam. ¤ Didalam sejarah nusantara juga menunjukkan serangan tentera penceroboh Portugis ditentang oleh orang- orang Islam antarabangsa.

Ustaz Jefri 150510

Kuliah Maghrib Apakah ertinya saya memeluk Islam ¤ Allah SWT mencipta alam ini dengan bijaksana. ¤ Walaupun kekuasaanNYA boleh menjadikan alam ini dengan sekelip masa sahaja. Tetapi untuk mendidik manusia, tentang perancangan dan prosess usaha, maka dijadikan alam ini dengan beberapa hari. Wallahualam. ¤ Allah SWT juga menurunkan para rasul dan kitab- kita supaya menjadi petunjjuk kepada manusia. ¤ Kejadian alam ini juga menunjjukkan betapa berkuasanya Allah SWT. ¤ Allah SWT mengetahui akan apa sahaja yang berlaku dan akan berlaku. Serta tidak memerlukan sesiapa untuk menolongNYA ¤ Manusia yang zalim, mereka memutar belit akan hukum Allah SWT. ¤ Setiap makhluk yang dijadikan adalah merupakan nikmat untuk manusia. Walaupun saekor nyamuk, tidak dijadikan dengan sia-sia. Ada sebabnya. Ini menunjjukan kekuasaan Allah SWT. ¤ Tidakkah manusia berfikir kenapa Allah SWT menjadikan alam ini? Adakah dengan main-main sahaja. ¤ Walaupun para Rasul berlainan syariat

Ustaz Azman 180410

Kuliah Subuh • Orang yang mempunyai ilmu tentang Al Quran tetapi merasa rendah diri kepada orang yang mempunyai banyak kekayaan dan pangkat didunia, dia mempersendakan agama. • Ramai orang agama hari ini terpaksa merujuk tentang hal agama kepada pemimpin yang kadang kala tidak setaraf ilmunya dengan orang agama. • Al Quraan itu adalah sumber rahmat daripada Allah SWT. Membaca dan memahaminya adalah perkara yang sangat dituntut oleh Allah SWT. • Sebaik- baik orang Islam adalah yang tahu membaca Al Quran. Serta mengajar orang lain membacanya. • Ulama' menyatakan; Termasuk orang zalim seorang yang tahu membaca Quraan, tetapi tidak membaca 100 ayat sehari. • Institusi masjid memain peranan untuk mendidik masyarakat tentang ilmu Al Quraan. • Setiap masjid perlulah mempunyai peralatan yang cukup untuk mendidik masyarakat. Saperti sistem pembesar suara yang baik. Agar para jemaah dapat mendengar pelajaran dan tazkirah dengan jelas. Suasana masjid juga harus disediaka

Ustaz Azman 160510

Kuliah Subuh ¤ Ramai ummah Islam hari ini tidak memandang berat tentang hal definisi ILMU. ¤ Para ulama' dahulu, memandang berat persoalan definisi. Contohnya hal HALAL. Ulama akan membincangkan dahulu tentang definisi atau takrif sebelum hal- hal yang lain. ¤ Satu lagi contoh adalah istilah politik. Sebelum membincangkan larangan berpolitik didalam masjid. Para jamaah harus dahulu memahami definisi politik. Apa yang tidak dibenarkan? Politik yang tidak diizinkan adalah politik kepartian, kempen pilihanraya dan sebagainya. ¤ Ilmu politik yang membincangkan soal hukum kepimpinan, kehakiman, hukum hudud dan sebagainya memang digalakkan. Islam itu adalah satu sistem cara hidup yang merangkupi berbagai aspek termasuk persoalan politik. ¤ Ramai orang tahu yang menutup aurat itu hukumnya wajib. Tetapi berapa ramaikah yang faham istilah menutup aurat? Kerana tidak memahami definasi aurat lah terdapat wanita yang menutup kepala dengan tudung tetapi memakai baju lengan pend