Ustaz Abdul Halim 220510

Kuliah Subuh

¤ Orang yang kenal kepada Allah SWT.

- tidak mengeluh- kesah dengan hukum Allah SWT. Redha kepada NYA.

- tidak susah jika ganjaran itu lambat.

- malu kepada Allah SWT jika melakukan maksiat.

¤ Orang beriman apabila ditimpa sesuatu musibah dia bersabar menghadapinya. Tidak dia mengeluh dan bersangka sesuatu. Mereka meredhai ketentuan Allah SWT. Dan berterusan berdoa kepada NYA.

¤ Malu kepada Allah SWT untuk melakukan perkara yang diharamkan NYA. Mengambil tindakkan segera jika terlibat dengan perkara yang maksiat. Bersabar serta menghindari nafsu yang sentiasa membisik untuk melakukan maksiat. Ini adalah sifat orang yang mukmin hakiki.

¤ Iman yang kuat yakin akan pertolongan Allah SWT. Oleh demikian mereka akan berdoa secara berterusan.

¤ Orang yang melakukan solat subuh berjemaah Allah SWT mempastikan pelindungan daripada perkara yang tidak baik serta mendapat ganjaran daripadaNYA. Maka masyarakat yang mendirikan solat subuh secara berjemaah akan pasti menerima ganjaran. Apatah lagi jika ramainya jemaah bersolat subuh itu seramai orang yang bersolat jumaat. Kejayaan yang mutlak.

¤ Orang beriman; mereka berdoa secara berterusan semasa didunia tanpa merasa kecewa jika belum dimakbulkan lagi. Mereka juga tidak melakukan perkara perkara yang lagha tanpa merasa malu kepada Allah SWT.

¤ Allah SWT tahu akan apa sahaja yang dilakukan oleh hambanya. Serta mengetahui akan apa yang didalam akal dan hati mereka. Oleh itu Rasulullah SAW mengesyorkan kepada para sahabat supaya mereka sentiasa merasa malu dengan sunggoh- sunggoh malu kepada NYA.

¤ Berjaga jaga dengan perilaku agar tidak melakukan perkara yang mengundangkan kemurkaan Allah SWT. Kerana mati itu datang tanpa diduga. Secara tiba- tiba.

Wassalam

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914