Dr Hafizi 210510

Kuliah Maghrib

PERSOALAN ASSABIYAH

¤ Iblis enggan tunduk kepada Adam RA kerana dia beranggapan yang dia dijadikan daripada API tidak layak tunduk kepada makhluk yang dijadikan daripada TANAH. Jadi apabila dia dilaknat Allah SWT, Iblis pula berusaha menanam kedalam hati manusia sikap yang akan menghancurkan umat manusia iaitu "JENIS AKU LEBIH BAIK DARIPADA KAMU". Ini lah intipati assabiyah.

¤ Islam tidak menerima sikap assabiyah. Ini bertentangan dengan ajaran dan prinsip orang mukmin. Para sahabat berperang dengan orang Quraish bukan kerana bangsa mereka. Juga bukan kerana dendam. Tetapi mereka berperang kerana mempertahankan kesucian Islam.

¤ Para sahabat mereka bersaudara kerana sesama muslim bukan kerana mereka sebangsa Quraish. Malah mereka para sahabat sanggup membunuh musuh yang sebangsa dengannya kerana mempertahankan Islam.

¤ Didalam sejarah nusantara juga menunjukkan serangan tentera penceroboh Portugis ditentang oleh orang- orang Islam antarabangsa. Ramai yang datang dari tanah Arab, Gujerat, Jawa dan sebagainya. Mereka juga berjihad mempertahankan Melaka bukan kerana cinta kepada bangsa Melayu tetapi kerana agama Islam.

¤ Maka perlulah umat mukmin faham bahawa tiada sikap assabiyah didalam Islam.

Wassalam

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914