Ustaz Azman 160510

Kuliah Subuh

¤ Ramai ummah Islam hari ini tidak memandang berat tentang hal definisi ILMU.

¤ Para ulama' dahulu, memandang berat persoalan definisi. Contohnya hal HALAL. Ulama akan membincangkan dahulu tentang definisi atau takrif sebelum hal- hal yang lain.

¤ Satu lagi contoh adalah istilah politik. Sebelum membincangkan larangan berpolitik didalam masjid. Para jamaah harus dahulu memahami definisi politik. Apa yang tidak dibenarkan? Politik yang tidak diizinkan adalah politik kepartian, kempen pilihanraya dan sebagainya.

¤ Ilmu politik yang membincangkan soal hukum kepimpinan, kehakiman, hukum hudud dan sebagainya memang digalakkan. Islam itu adalah satu sistem cara hidup yang merangkupi berbagai aspek termasuk persoalan politik.

¤ Ramai orang tahu yang menutup aurat itu hukumnya wajib. Tetapi berapa ramaikah yang faham istilah menutup aurat? Kerana tidak memahami definasi aurat lah terdapat wanita yang menutup kepala dengan tudung tetapi memakai baju lengan pendek.

¤ Begitulah dengan ibadah umrah dan haji. Ramai yang pergi umrah tetapi tidak memahami takrifnya.

Wassalam

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914