Posts

Showing posts from June, 2022

Ustaz Dato' Nizam 280622

Kuliah Maghrib • Sedikit sangat hamba Allah SWT yang syukur akan nikmat NYA. • Sesiapa hamba Allah SWT yang mentauhidkan NYA. Masuklah dia didalam perlindungan NYA. Serta dipelihara daripada siksaan api neraka. • Hamba yang mentauhidkan Allah SWT tidak menyekutukan NYA dengan apa sahaja. Mamatuhi segala perintahnya dan Rasulullah SAW. • Seorang yang beriman perlulah mempunyai ilmu tauhid dan beramal dengan segala yang diperintahkan. Kalau ada ilmu, tahu, tetapi tidak beramal adalah mereka yang sesat. • Ramai orang mengaku dirinya adalah orang yang beriman tetapi tidak mengikuti ajaran Rasulullah SAW. • Diakhir zaman orang yang mengaku beriman berpecah kepada 72 golongan. Hanya satu golongan sahaja yang selamat. Golongan Ahli Sunnah Waljamaah merupakan satu-satunya yang terselamat. • Iman sesaorang cukup tinggi nilainya pada diri seseorang. Perlu beramal dengannya. Dengan apa yang dicontohi oleh Rasulullah SAW. • Amalan yang soleh yang dikerjakan oleh sesaorang itu akan menjadi teman ny

Ustaz Abdul Halim 260622

Kuliah Subuh • Didalam majlis yang mengingati Allah SWT, para malaikat mengelilingi mereka yang berada dimajilis tersebut. • Para malaikat tersebut memberitahu Allah SWT bahawa hamba- hamba sedang mengingati akan kebesaran NYA.  Membaca Al Quran. Berselawat keatas Rasulullah SAW. Berdoa agar diberi kejayaan dunia dan akhirat. • Allah SWT memerintahkan para malaikat tersebut untuk melindungi para hambaNYA yang hadhir dimajilis tersebut dengan Rahmat NYA. • Pada satu hari Baginda Rasulullah SAW melihat beberapa sahabat berkumpul. Ditanya Baginda SAW apa yang mereka sedang berbual. Mereka menyatakan yang mereka sedang mengingati akan kenikmatan anugerah Allah SWT. Baginda Rasulullah SAW menyatakan yang Allah SWT suka akan apa yang mereka lakukan. • Allah SWT suka kepada hamba-Nya yang berzikir kepada NYA. • Sesiapa yang selalu mengingati Allah SWT akan disayangi Allah SWT. Serta diberi perlindungan NYA. Diperluaskan rezekinya daripada Allah SWT. • Wassalam  

Ustaz Jemputan 250622

Kuliah Subuh • Berbagai kejadian yang dihadapi didalam dunia ini menunjukkan bahawa ianya sudah sampai ke waktu akhirnya. • Bagi orang yang beriman perlulah mempersiapkan diri untuk kembali ke rahmatullah. • Apa sahaja kelompongan didalam amalan ibadat hendaklah diperbaiki semasa hayat didunia ini. Diakhirat nanti sudah tidak ada amalan ibadat. • Didalam Al Quran diceritakan bahawa ada golongan orang yang memohon kepada Allah SWT semasa diakhirat nanti supaya dikembalikan kedunia. Untuk memperbaiki amal ibadatnya. • Amal ibadat yang perlu diberikan perhatian utama adalah solat. Kerana perkara utama yang akan dipersoalkan Allah SWT diakhirat nanti. • Perlulah setiap orang yang beriman memeriksa dirinya tentang kualiti solatnya. • Untuk memperteguhkan iman sesaorang itu hendaklah dia banyak- banyak mengingati kehidupan diakhirat. • Imam Shafie RA menyatakan sebalik baik orang yang beriman perlulah dia mempersiapkan diri untuk menghadapi kehidupan selepas mati. • Selepas mati kelak segala

Ustaz Dato' Nahrawi 200622

Kuliah Maghrib • Konsep zuhud didalam Islam. Melihat orang yang lebih rendah tarafnya daripada kita, dan jangan melihat orang yang lebih tinggi tarafnya. • Supaya kita tidak menghina NIKMAT yang Allah SWT kurniakan. • Bila kita melihat orang dilebihkan nikmatnya daripada kita. Hendaklah kita melihat orang yang kurang nikmatnya. • Bersyukur kepada Allah SWT. Merasa cukup akan apa yang direzekikan. Berusahalah dengan lebih lagi. Jangan rasa iri hati kepada orang lain. • Jika Allah SWT kurniakan rezeki yang lebih kepada kita. Hendaklah kita bermurah kepada orang-orang yang kurang daripada kita. • Para sahabat selalu melihat Baginda Rasulullah SAW berlaparan. Kerana dia tidak ada makanan dirumahnya walaupun sebiji kurma. • Saidina Aisyah RA menyatakan ketika Baginda Rasulullah SAW wafat, tidak ada makanan yang berlebihan, yang ada adalah sedikit gandum. Aisyah berkata selanjutnya dia hanya makan akan gandum tersebut hingga habis. • Kehidupan Baginda Rasulullah SAW, manusia yang paling dika

Ustaz Azman 190622

Kuliah Subuh • Orang yang berilmu tinggi darjatnya disisi Islam. Banyak ayat-ayat didalam Al Quran dan juga hadith-hadith yang mengutamakan ilmu. • Ilmu fardhu Ain, wajib semua orang mukmin mempelajarinya. Ilmu fardhu kifayah diwajibkan kepada seorang didalam jemaah sahaja. • Ilmu fardhu Ain termasuk dari segi kebersihan, mengambil wudhuk, hal berkenaan solat dan ibadah- ibadah yang lain. • Didalam Islam, amalan hendaklah berdasarkan kepada ilmu. Tanpa ilmu amalan yang dikerjakan mungkin tidak betul. • Oleh kerana tidak mempunyai ilmu mengenai hukum yang ditentukan ada orang yang melakukan perkara yang tidak dilakukan Baginda Rasulullah SAW. • Pegawai yang bertugas didalam baitulmal ramai yang tidak cukup ilmu mengenai zakat. Ada yang mengenai syarat-syarat yang tidak ada didalam hukum. • Begitu juga pentingnya ilmu mengenai hal mengerjakan haji dan umrah. Ramai yang pergi ke tanah suci untuk menunaikan fardhu haji, tetapi melakukan amalan yang tidak sah. Mungkin membatalkan ibadah ter

Ustaz Shamsuddin 180622

Kuliah Subuh • Hati orang yang beriman, perlulah dikosongkan dari kecintaan kepada kemanisan dunia. • Kerana hati yang cintakan dunia lebih daripada cinta kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW amat susah untuk mendapat cahaya iman. • Kecintaan kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW akan membawa sesaorang hamba menemui serta mendapati cahaya iman. Kemanisan iman yang membawa ketenangan yang tidak ada bandingannya. • Dunia ini adalah makhluk. Didalamnya terdapat keluarga, kekayaan, harta benda, komuniti yang melekakan sesaorang daripada mengingati Allah SWT. • Mengingati Allah SWT akan mencetuskan perasaan cinta kepada NYA. Kecintaan yang memberi kebahagiaan kepada seseorang hamba. Rindu untuk kembali kepada NYA. • Alam yang ghaib itu wujud. Walaupun tidak dapat dilihat oleh mata fizikal. Tetapi dapat dilihat oleh mata hati. Alam ini dinamai alam malakut. • Begitu juga apabila hati seseorang yang dianugerah cahaya iman akan selalu mengingati kehidupan yang akan dirasai selepas mati. Alam ini

Ustaz Muhymeen 170622

Kuliah Maghrib • Orang yang beriman hendaklah fokus akan hati seseorang itu. • Banyak ayat Al Quran menceritakan tentang betapa Allah SWT mengetahui akan keadaan hati makhlukNYA. • Surah Al Mulk ayat 13. Dan tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau dengan nyaring, (sama sahaja keadaannya kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada. • Hati yang dimaksudkan adalah hati Nurani bukan hati fizikal. • Didalam tubuh manusia jika hati itu baik maka baiklah seluruh diri dan kehidupan nya. • Terletak di dalam hati terdapat berbagai sifat yang terpuji. Seperti ikhlas, tawaduk, baik, dsb. Kalau tidak dijaga akan masuk sifat sifat yang buruk, seperti riak, sombong dan lain lain. • Hati juga adalah tempat bertembung nafsu dan iman. • Hati juga sibuk. Sehingga seseorang itu sedang solat, hati akan melilau kesana kesini. • Bergolak balik keimanan seseorang itu kerana hati yang berubah-rubah. • "YAA MUQALLIBAL QULUUB TSABBIT

Ustaz Syukri (Alam Impian) 150622

Kuliah Maghrib • Para ulama ada yang berpendapat bahawa semua dosa kepada Allah SWT adalah besar. Tidak ada dosa kecil. • Berpendapat demikian adalah mereka yang berilmu tasawuf. • Syirik kepada Allah SWT adalah dosa besar. Percakapan kita perlulah dijaga agar tidak berkata-kata yang boleh merosakkan akidah. • Orang yang beriman sedar akan apa sahaja perbuatan didunia ini, yang baik atau pun yang buruk akan dipersoalkan diakhirat kelak. • Diakhirat kelak akan ditanya...    • Apa yang dilakukan dengan kehidupan    • ....dengan harta benda    • .... dengan usia • Amalan yang dilakukan kepada Allah SWT tidak boleh dilakukan kepada manusia. Seperti rukuk dan sujud. • Begitu juga setengah para Ulama' menyatakan melakukan sembah seperti kaum kafir adalah haram. Kerana perbuatan itu meniru perbuatan syirik. • Imam boleh rosak dengan percakapan, perbuatan dan iktikad (pegangan hati). • Ramai orang yang remaja, banyak yang bertanya didalam hati tentang kewujudan Allah SWT. Sekira terjadi be

Ustaz Jemputan 140622

Kuliah Maghrib • Melakukan amal didunia ini supaya mendapat ganjaran diakhirat. • Untuk menampung keperluan hidup seseorang itu perlulah melakukan pekerjaan yang menjana pendapatan. • Rezeki seseorang itu tidak sama. Tetapi walau apapun dia perlulah bekerja. Bagi kebanyakkan orang. • Bagi sesiapa yang mempunyai wang dan harta dia bebas membeli apa sahaja. Asalkan ia adalah halal dan menepati akhlaq sesaorang mukmin. • Harta yang kita punyai hendaklah disimulasikan akan siapa yang dapat mewarisinya. • Begitulah dengan hutang. Perlulah sesaorang itu jika berhutang ditulis dengan bersaksi. Perlulah memberitahu kepada waris akan hutang yang kita tanggung. Jika kita mati perlu tahu siapa yang hendak menjelaskan hutang sekiranya kita meninggal dunia. • Sebagai seorang yang beriman hendaklah menjaga akan kebajikan keluarga apabila kita telah kembali ke rahmatullah. Akan harta dan segala hutang piutang. • Harta yang kita kumpulkan itu milik siapa. Adakah disedekahkan atau hanya disimpan. Jika

Ustaz Rahmatullah 120622

Kuliah Maghrib • Imam Mohd Ghazali dari Mesir penulis kitab bab mengenai keutamaan ilmu. • Orang yang berilmu memainkan peranan penting dalam akidah Islam. • Keasaan Allah SWT disaksikan oleh Allah SWT, para Malaikat dan orang- orang yang berilmu. Begitu penting orang yang berilmu didalam memastikan manusia berpegang kepada akidah ' tiada tuhan melainkan Allah SWT dan Muhammad adalah Rasulullah SAW'. Tiada ada yang menjadi sekutu NYA. • Inilah akidah orang yang beriman. Kefahaman serta keyakinan akan keesaan Allah SWT adalah melalui ilmu. Begitu juga segala rahsia segala sifat NYA. • Orang yang berilmu sahaja yang mengetahui akan kehebatan akhirat berbanding dengan hidup didalam dunia ini. Bagaimana manusia perlu mengendalikan hidupnya didunia ini supaya berjaya diakhirat nanti. • Yang paling takut kepada Allah SWT dikalangan orang adalah para Ulama' (ahli ilmu). • Orang yang mencari ilmu disukai Allah SWT. Pintu rezeki nya luas. Doa keatasnya oleh para malaikat agar diampu

Ustaz Shamsuddin 120622

Kuliah Subuh • Orang yang beriman hatinya bercahaya. • Cahaya itu merupakan ilmu yang mendekatkan dirinya dengan Allah SWT. • Ada cahaya yang merupakan sebagai ketukan hati. Satu kesedaran ingin untuk mendekati agama Allah SWT. Mahu belajar untuk mendapatkan ilmu ketuhanan. • Peringkat yang lebih tinggi adalah cahaya iman yang memasuki hati sanubari sesaorang. Dimana dia mempunyai ilmu akan hal ketuhanan. • Cahaya orang seperti diatas ini tahu rahsia kejadian yang terjadi sekeliling nya. Mata hatinya terang. • Anwarul iman, adalah cahaya bagi sesaorang yang beriman yang peringkat permulaan. Dimana hatinya adakala dipengaruhi nafsu dan adakalanya dipandu oleh ilmu agama. Kebanyakan orang beriman berada diperingkat ini. • Anwarul ihsan, adalah cahaya bagi mereka yang mempunyai ilmu ketuhanan yang tinggi. Mata-Hatinya sentiasa melihat akan kebesaran Allah SWT. Hatinya sentiasa terpaut pada kecintaan akhirat, dunia tidak ada kesan bagi dirinya. • Orang yang beriman perlulah memperbaiki hat

Ustaz Dr Nizam

Kuliah Subuh • Tadhlil adalah perbuatan menyesatkan sesaorang. Kerana percaya kepada perkara yang bertentangan dengan agama. Tidak sampai kepada peringkat kafir. • Takfir adalah perbuatan mengkafirkan sesaorang. Kerana perbuatan nya. • Didalam manhaj sunnah Waljamaah tidak semudah itu untuk melakukan Takfir. • Sebelum mengkafirkan sesaorang itu perlulah ditelitikan dahulu. Kena selidik dengan betul. Jangan terburu-buru. • Sahabat Rasulullah SAW Amar Bin Yasir diseksa dan dipaksa memuji tuhan orang musyrikin Mekah. Dia melakukannya. Selepas itu dia menceritakan kisah itu kepada baginda. • Baginda Rasulullah SAW tanya kepada Amar apakah dia yakin akan yang dikatakan didalam hatinya. Amar menjawab iman nya tetap kukuh kepada Allah SWT. Walaupun mulutnya berkata memuji tuhan orang kafir. Baginda tidak mengkafirkan perbuatan Amar. • Orang yang meminum arak adalah dosa besar. Perbuatan itu tidak membawa kepada kafir. Tetapi sebaliknya jika dia menyatakan bahawa arak itu halal didalam Islam,

Ustaz Yusof 050622

Kuliah Subuh • Ramadhan dan Syawal baru berlalu. Berbagai peristiwa telah dialami. • Para ulama mempersoalkan kenapa ramai orang yang banyak melakukan beribadat pada bulan Ramadhan, tetapi sunyi dibulan bulan yang lain. • Apakah kita ini dibulan Ramadhan sahaja yang menjadi hamba. Tetapi tidak dibulan bulan yang lain. Inilah persoalan yang harus difikirkan oleh orang yang beriman. • Amal ibadah itu hendaklah dilakukan dengan secara berterusan, hinggalah dijemput pulang oleh Allah SWT. Memperbanyakkan ibadah selagi diri kita masih bernyawa. Kerana kita tidak tahu bila masanya kita akan mati. • Pelajarilah daripada kehidupan para ulama yang telah meninggal. Agar menjadi contoh untuk kita yang masih hidup. • Hj Abdul Malik Karim Amrullah, HAMKA. Seorang Ulama'besar dari Indonesia. Kehidupannya menghadapi berbagai liku dan cubaan. • Beliau dipenjarakan kerana berani mengkritik dasar pemerintah yang bertentangan dengan ajaran agama Islam. • Semasa didalam penjara, beliau dapat menghabis

Ustaz Firdaus 040622

Kuliah Maghrib • Rasulullah SAW merupakan contoh terbaik kepada seluruh umat mukmin. • Ramai orang yang beriman pergi mengerjakan ibadah umrah dan haji menziarahi makam Rasulullah SAW. • Walaupun tidak pernah bertemu dengan Baginda SAW tetapi kerinduan mereka tidak terkata. Dapat bersolat dan menziarahi makam nya sebagai ubat kerinduan tersebut. • Mempelajari sirah Rasulullah SAW sesuatu yang digalakkan kepada semua orang yang beriman. Kerana dengan menghayati sirah Baginda SAW dapat memahami agama Islam dengan mendalam. • Baginda Rasulullah SAW dan para sahabat menghayati agama Islam dengan ikhlas. Solat mereka begitu khusyuk. • Setelah Baginda SAW telah berjaya mendirikan kerajaan Islam di Madinah, maka diperluaskan pengaruh risalah Islam. • Perjanjian Hudaibiyah memberi ruang keamanan dimana membolehkan Islam dikembangkan keseluruh kawasan Arabia. • Baginda Rasulullah SAW menulis surat kepada raja-raja kerajaan sekeliling Jazariah Arab seperti raja Najashi, Mesir, Rum dan lain-lain.

Ustaz Rusmadi 210422

 Tazkirah Ramadhan • Orang yang membantu agama Allah SWT, maka DIA akan sebaliknya menolong nya. Menjadi wali Allah SWT. Yang dijanjikan ganjaran syurga. • Suami perlulah memastikan isteri dan ahli keluarganya orang yang beriman. Begitu isteri hendaklah memastikan yang suaminya seorang yang beriman. • Orang yang beriman hendaklah mendidik keluarga masing-masing kejalan Allah SWT. Berdakwah dan mengajak seisi keluarga mengerjakan amalan yang Soleh. • Ganjaran orang yang seperti diatas akan memasuki syurga bersama sama dengan isteri dan keluarganya. • Keharmonian hidup didalam syurga yang digambarkan oleh Al Quran boleh dipraktis semasa didunia lagi. Keluarga yang dididik dengan ajaran agama akan berakhlak mulia. • Perlulah orang yang beriman, memastikan sahabat karib nya juga menjadi orang yang beriman. Ini merupakan membantu agama Allah SWT, pasti akan dibantu oleh NYA. • Ciri-ciri orang yang beriman mempunyai akhlak yang baik. Menahan diri daripada sifat marah.