Ustaz Dr Nizam

Kuliah Subuh

• Tadhlil adalah perbuatan menyesatkan sesaorang. Kerana percaya kepada perkara yang bertentangan dengan agama. Tidak sampai kepada peringkat kafir.

• Takfir adalah perbuatan mengkafirkan sesaorang. Kerana perbuatan nya.

• Didalam manhaj sunnah Waljamaah tidak semudah itu untuk melakukan Takfir.

• Sebelum mengkafirkan sesaorang itu perlulah ditelitikan dahulu. Kena selidik dengan betul. Jangan terburu-buru.

• Sahabat Rasulullah SAW Amar Bin Yasir diseksa dan dipaksa memuji tuhan orang musyrikin Mekah. Dia melakukannya. Selepas itu dia menceritakan kisah itu kepada baginda.

• Baginda Rasulullah SAW tanya kepada Amar apakah dia yakin akan yang dikatakan didalam hatinya. Amar menjawab iman nya tetap kukuh kepada Allah SWT. Walaupun mulutnya berkata memuji tuhan orang kafir. Baginda tidak mengkafirkan perbuatan Amar.

• Orang yang meminum arak adalah dosa besar. Perbuatan itu tidak membawa kepada kafir. Tetapi sebaliknya jika dia menyatakan bahawa arak itu halal didalam Islam, maka perbuatan itu membawa kepada kekufuran.

• Orang yang fasik tidaklah membawa kepada kekafiran.

• Wassalam

 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914