Posts

Showing posts from July, 2023

Ustaz Rahim Nasir 300723

Kuliah Subuh • Tujuan utama orang yang beriman dijadikan Allah SWT adalah untuk beribadah kepada NYA. • Daripada Abu Hurairah RA berkata, bahawa Nabi SAW bersabda: الدُّنْيَا سِجْنُ الْمُؤْمِنِ، وَجَنَّةُ الْكَافِرِ Maksudnya: "Dunia merupakan penjara bagi orang yang beriman dan syurga bagi orang yang kafir". • Bagi orang yang tidak beriman ia itu yang kafir. Hidup didunia ini adalah tempat bersenang lenang. Tidak ada peraturan yang tertentu. • Sebaliknya bagi orang yang beriman hidupnya didunia tidak bebas untuk dia melakukan apa yang dia suka. Dia hendaklah kendali hidupnya mengikut kehendak apa yang diperintahkan agama. • Orang Islam ada peraturan berpakaian. Dia hendaklah berpakaian bersih dan kemas. Serta wajib dia pakai pakaian yang menutup aurat. Ini adalah ketentuan Allah SWT. • Orang yang beriman hendaklah mereka makan makanan yang halal dan bersih. Ada peraturan makan yang halal dan yang haram. Setiap yang halal dan haram itu jelas didalam hukum. Diantara nya juga t

Ustaz Mohd Zaki 290723

Kuliah Maghrib • Pada hari qiamat nanti manusia akan dibangkitkan di padang Mahsyar dimana matahari sebagai sejengkal daripada kepalanya. Ramai mencari cari tempat berlindung. Salah satu golongan yang akan mendapat naungan Allah SWT adalah orang yang selalu bersolat jemaah dimasjid. • Sesiapa yang berani meninggalkan solat merupakan salah satu tanda yang hatinya telah mati. Menjadi keras. Banyak ayat-ayat Al Quran membincangkan dengan hal pentingnya bersolat. Begitu juga dengan hadith-hadith Baginda Rasulullah SAW. • Solat merupakan sebagai tiang agama. Dihari akhirat kelak persoalan solat akan diselidik dahulu. Baginda Rasulullah SAW juga menekankan pendidikan agama yang utama adalah solat. • Disarankan seawal umur anak meningkat tujuh tahun dididik untuk bersembahyang. Sebaik baiknya diajak bersembahyang berjemaah. • Bersolat secara berjemaah digalakkan. Ada mahzab yang mewajibkan orang lelaki bersolat berjemaah. Walaubagaimanapun bagi mahzab Shafie dia menyatakan bahawa solat berjem

Ustaz Abdul Halim 230723

Kuliah Maghrib • Sabda baginda SAW: "Wahai para wanita mukminah, kalian harus rajin bertasbih, bertahlil dan mensucikan nama ALLAH. Janganlah kalian lalai sehingga melupakan rahmat. Hitunglah dengan jari-jari kalian kerana semua jari itu akan ditanya dan diminta untuk bicara (ditanya pada hari akhirat kelak)." (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan al-Tirmizi) • Pada hari kiamat jari dan kaki kita akan menjadi saksi keatas perbuatan kita semasa didunia ini. • Ada juga riwayat yang menyatakan bahawa juga menggunakan tasbih dsn jari kanannya untuk menghitung tsabihnya. • Rasulullah s.a.w bersabda: عن ابي سعيد الخدري يقول: أن رسول الله –صلى الله عليه وسلم- قال: من قال: رضيت بالله ربا، وبالإسلام دينا، وبمحمد –صلى الله عليه وسلم- رسولا وجبت له الجنة Maksudnya: Sesiapa mengucapkan, "Aku redha Allah sebagai Rabb, Islam sebagai agama dan Muhammad s.a.w sebagai Rasul" pasti dia mendapat syurga. (Hadith riwayat Ahmad, Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nas''i, Ibnu Majah dan lain-lain).

Ustaz Hafizullah 220723

Kuliah Maghrib • Jihad maksudnya kesungguhan untuk mempertahankan sesuatu atau mendaptkan sesuatu. • Orang yang beriman diperintahkan mencari wasilah kepada Allah SWT. Iaitu mencari jalan untuk berhubung dengan Allah SWT. Jangan berputus asa untuk mencari apa sahaja jalan untuk mendapat wasilah. • Orang yang beriman juga menerima segala ketentuan Allah SWT. Dia tidak akan merasa kecewa dengan segala ketentuan NYA. • Berjuang untuk melayan dengan kehendak Allah SWT melebihi melayan kehendak diri sendiri. Melawan sifat lalai daripada mengerjakan amalan yang diperintah agama. • Sesiapa yang tidak tahu apa yang dia perlu berjuang mencapai sesuatu maka dia akan terjerumus kedalam suasana yang melalaikannya. • Untuk beramal untuk melakukan kebaikan perlulah sesaorang itu menjauhkan diri daripada memberi alasan untuk tidak melakukan perkara yang baik itu dengan segera. • Sekiranya keperluan membaca Al Quran secara berterusan diusahakan. Jika ada hal yang menghalang, perlu juga dia membaca wal

Ustaz Syukri Alam Impian 190723

Kuliah Maghrib • فَوَيْلٌ لِّلْمُصَلِّيْنَۙ • Surah Maa'un Ayat 4. (Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan ugama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang. Surah Maa'un. • الَّذِيْنَ هُمْ عَنْ صَلَاتِهِمْ سَاهُوْنَۙ • Surah Maa'un Ayat 5. (laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya; Surah Maa'un. • Orang yang lalai didalam solat adalah orang yang melambat-lambatkan solat kerana sibuk dengan hal ehwal dunia. • Sebagai seorang yang beriman perlulah memberi fokus didalam semua aspek bersolat. Bermula dengan wudhuk dan seterusnya. • Perlulah mengambil wudhuk mengikut hukum fiqah. Mengikut cara yang ditetapkan imam imam fiqah. Seperti Imam Shafi'e. • Hendaklah pengambilan wudhuk dilalukan dengan terbaik. Jangan dilalukan sebagai ala kadar sahaja. • Ganjaran solat itu terlalu banyak, maka setiap mukmin perlulah melakukan ibadat tersebut dengan cara yang paling terbaik. Solat yang baik akan

Ustaz Azman 160723

Kuliah Subuh • Taubat pada istilahnya adalah sesaorang itu kembali kepada Allah SWT setelah melalukan dosa. Memohon keampunan kepasa NYA. • Sesaorang mukmin perlu memohon taubat kepada Allah SWT keatas dosa-dosa yang lampau. • Rasa kesal atas maksiat yang dilakukan. Suci diri dari perbuatan yang lampau. Berhenti dari mengulangi peebuatan maksiat tersebut. Jika dosa dengan orang lain perlulah memohon maaf dengan nya. • Memohon maaf dengan orang lain lebih sukar. Perlu jelaskan segala apa yang tersabit dengan dosa tersebut. • Segala ibadah yang tertinggal perlulah digantikan dengan mengkadhokan segala ibadat yang tersabit. • Apa sahaja ibadah yang hendak dilakukan seorang mukmin dia tetap akan dikacau oleh syaitan. Begitu juga didalam melakukan taubat. • Azam untuk meninggalkan maksiat perlulah dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Walaupun jika perlu  perpindah randah. • Sebelum hendak melakukannya solat sunat taubat hendaklah beristighfar sekurang-kurangnya 70 kali. Kemudian barulah mel

Ustaz Hasmy Ali 150723

Kuliah Subuh • Dilarang seorang muslim:    - menyambung rambut    - menanam tatu    - merengang gigi • Merapatkan gigi dengan memakai brases tanpa ada sebab yang dibenarkan syarak hukumnya haram. Jika kerana kecacatan dan sebab kesihatan yang mengangu sebutan apabila membaca Qur'an. • Allah 'Aza wa Jalla berfirman: "Yang mereka sembah selain Allah itu tidak lain hanyalah inatsan (berhala), dan mereka tidak lain hanyalah menyembah setan yang durhaka, yang dilaknati Allah, dan (setan) itu mengatakan, 'Aku pasti akan mengambil bagian tertentu dari hamba-hamba-Mu dan pasti kusesatkan mereka, dan akan kubangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan akan kusuruh mereka memotong telinga-telinga binatang ternak, (lalu mereka benar-benar memotongnya), dan akan aku suruh mereka mengubah ciptaan Allah, (lalu mereka benar-benar mengubahnya)', barangsiapa menjadikan setan sebagai pelindung selain Allah, maka sungguh, dia menderita kerugian yang merata." (QS. An-Nisa':

Ustaz Rahmatullah 120723

Kuliah Maghrib • Bagi setiap dosa yang dilakukan perlulah bertaubat. Sama ada dosa besar atau kecil. Kerana dosa yang kecil jika dilakukan secara berterusan akan menjadi dosa besar. • Menyiarkan berita palsu juga dianggap satu dosa besar. Kerana kesannya kepada orang yang diburukkan adalah berat. Sebagaimana Saidina Aisyah di fitnahkan dengan perkara yang buruk. Baginda Rasulullah SAW juga terkesan dengan peristiwa ini. • Perlakuan dosa adalah hukum didalam agama Islam. Jika manusia pisahkan kehidupannya daripada hal ehwal agama, maka melakukan dosa tiada kesan pada dirinya. Lama kelamaan masyarakat akan rosak. Begitulah terjadi didalam masyarakat di barat yang mengamalkan sekularisme. • Bagi orang yang beriman bila dia tergelincir melakukan dosa maka akan timbul rasa takut. Perasaan itu dirisaukan akan apa yang jadi kepadanya apabila dia mati kelak dan bertemu dengan Allah SWT. Oleh kerana merasa takut inilah yang dia selalu memohon keampunan daripada Allah SWT. • Banyak riwayat mence

Ustaz Rahmatullah 100723

Kuliah Maghrib • Orang yang beriman janganlah meremehkan perbuatan dosa-dosa kecil. • Jika melakukan dosa kecil berterusan akan menjadikan perbuatan dosa besar. • Diantara dosa yang besar adalah syirik kepada Allah SWT, menderhaka kepada kedua ibubapa dan perkataan yang dusta. • Perbuatan dusta ada didalam hal hal agama. Iaitu menipu dalam sunnah Rasulullah SAW. Ada yang menyampaikan hadis hadis palsu. Berkata sesuatu yang datang dari Baginda Rasulullah SAW tetapi sebenarnya tidak pernah dikatakan Baginda SAW. • Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa syirik kepada NYA. • Diancam didalam Al Quran balasan neraka kepada sesiapa yang membunuh orang mukmin. • Dosa besar juga adalah perbuatan berzina, minum arak, meninggal solat, mengamalkan perbuatan riba, memungkiri janji, serta memutuskan silaturrahim. • Para ulama menyatakan ada tujuh puluh dosa-dosa besar. • Perbuatan dosa kecil dihapuskan dengan amalan yang baik. Seperti solat malam. Dan solat lima waktu. • Orang yang terbaik adalah ya

Ustaz Hafizullah 090723

Kuliah Subuh • Sesiapa yang melakukan kebaikan adalah untuk kesejahteraan dirinya sendiri. Sebaliknya jika dia melakukan kezaliman maka keburukan itu kembali kepada dirinya. • Seseorang itu tidak akan memikul dosa orang lain. Dia hanya akan dipersoalkan akan apa yang dilakukan diakhirat nanti. Ini merupakan doktrin risalah Islam. • Orang yang beriman diperintahkan melakukan ibadat yang disyariatkan. Dikerjakan dengan sebaik yang mungkin. • Maka perlulah sesaorang itu memohon kepada Allah SWT agar dia dapat beribadat kepada NYA dengan terbaik sekali, muhsinin. • Hidup didunia ini adalah untuk sementara sahaja. Semua orang akan mati. Segala harta benda yang dikumpulkan juga akan ditinggalkan setelah sesaorang itu mati. Apa yang diberikan sebagai sedekah itulah yang kekal. Orang yang memberi itu lebih baik daripada yang menerima. • Dunia yang kita berusaha dengan bersungguh-sungguh tidak akan kekal. Apa yang diperolehi hanyalah sementara. Ia sebagai warisan yang berpindah dari satu genera

Ustaz Syukri 080723

Kuliah Maghrib • Amanah ada satu perkara yang paling penting untuk sesaorang mukmin melaksanakan. • Para ulama menyatakan bahawa urusan pentadbiran wilayah jika diberi kepada bukan ahlinya maka tunggulah kehancuran wilayah tersebut. Ini menunjukkan betapa pentingnya hal amanah didalam Islam. • Negara Iraq semasa kegemilangan kerajaan Islam adalah pusat ilmu. Dibina negara itu berpusat kepada ilmu. Dibina masyarakatnya diatas landasan keadilan dan jauh daripada kezaliman. • Pemimpin yang rapat dengan Al Quran selalunya seorang yang beramanah. Beberapa pemimpin mukmin kontemporari terbukti akan hal tersebut. Contohnya Bekas Presiden Mesir Mursi. • Pemimpin yang cuai didalam kewajipan agamanya tidak layak untuk memimpin. Sekira dilantik juga akan membawa masalah kepada negaranya. • Didalam Islam, seorang pemimpin hendaklah meletakkan hukum Allah SWT melebihi pandangan manusia. • Para sahabat, mereka berjaya kerana meletakkan hukum Allah SWT melebihi segala yang lain. • Wassalam.  

Ustaz Dr Nizam 080723

Kuliah Subuh • Pembahagian dosa    - dosa kecil    - dosa besar • Imam Zahabi menyenaraikan 70 dosa - dosa besar didalam kitabnya. Imam Ibnu Hajar menambah lagi hingga 400 dosa besar. • Dalam mahzab Ahli Sunnah Waljamaah, Allah SWT akan menghapuskan dosa- dosa kecil apabila seseorang itu melakukan kebaikan. Dosa- dosa besar pula perlulah bertaubat. • Sesiapa yang berpuasa sunat pada hari Arafah, maka dihapuskan dosa- dosa kecilnya. Setahun sebelum dan setahun selepas hari Arafah. • Rukun Bertaubat    - tinggalkan maksiat    - menyesal    - berazam untuk tidak melakukan • Jika dosa itu terjadi akan kesalahan terhadap manusia, maka perlulah memohon maaf daripada manusia tersebut. • Bermusuhan antara sesama mukmin merupakan dosa besar. Allah SWT memerintah orang yang beriman berpegang teguh kepada tali NYA dan jangan berpecah belah. •  Didalam mahzab Khawarij tiada dosa kecil. Hanya adalah dosa besar sahaja. Sesiapa yang melakukannya, mereka adalah kafir. • Didalam mahzab Murjiah tidak ad

Ustaz Nasir 070723

Kuliah Maghrib • Bab bersuci dari hadas kecil. • Disunatkan bagi sesiapa yang memasuki tandas membaca doa. Supaya dilindungi daripada tipu daya syaitan. • Air yang digunakan hendaklah air yang mengalir. Makruh jika tempat itu air yang sedikit. • Makruh membuang air kecil dan besar dibawah pohon kayu yang berbuah, dimana buahnya dimakan orang. • Membuang air kecil dan besar sambil menghadap atau membelakangkan kiblat hukumnya HARAM jika tidak berdinding. • Sebaik baiknya bila membina rumah hendaklah tandas itu tidak menghadap kiblat. Itu sebaiknya. • HARAM membuang air kecil dan besar didalam masjid. • Setelah basuh najis pastikan tidak ada baunya. • Wassalam  

Ustaz Hassan Basri 050723

Kuliah Maghrib • Dari Abu Hurairah -raḍiyallāhu 'anhu- dari Nabi -ṣallallāhu 'alaihi wa sallam- beliau bersabda, "Sesungguhnya Allah itu baik, tidak menerima kecuali perkara yang baik, dan sesungguhnya Allah memerintahkan orang-orang yang beriman dengan apa yang Dia perintahkan kepada para rasul, Allah berfirman, "Wahai para Rasul, makanlah yang baik-baik dan kerjakanlah amal saleh, sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (Al-Mu`minūn: 51). Dan Allah berfirman, "Wahai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu." (Al-Baqarah: 172). Kemudian beliau menyebutkan tentang seorang laki-laki yang mengadakan perjalanan jauh dalam keadaan kusut dan berdebu, dia menengadahkan kedua tangannya ke langit (sembari berkata), "Ya Rabb, ya Rabb," sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram, dan dia dikenyangkan dengan yang haram, lalu bagaimana bisa doanya dikabulkan?" 

Ustaz Yussof 020723

Kuliah Subuh • Seorang yang beriman apabila dia menunaikan ibadah korban, dia melakukannya adalah kerana mengikut perintah Allah SWT. • Disebalik mengikut perintah Allah SWT dia perlulah berusaha untuk memperbaiki imannya. Yang perlu dikorbankan juga adalah sifat sifat yang kurang baik kepada yang lebih baik. • Didalam surah Al Furqan ayat 63 hingga 64: وَعِبَادُ الرَّحْمٰنِ الَّذِيْنَ يَمْشُوْنَ عَلَى الْاَرْضِ هَوْنًا وَّاِذَا خَاطَبَهُمُ الْجٰهِلُوْنَ قَالُوْا سَلٰمًا  Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini; وَالَّذِيْنَ يَبِيْتُوْنَ لِرَبِّهِمْ سُجَّدًا وَّقِيَامًا Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri, • Orang yang beriman digalakkan menunaikan solat ma