Ustaz Hafizullah 090723

Kuliah Subuh

• Sesiapa yang melakukan kebaikan adalah untuk kesejahteraan dirinya sendiri. Sebaliknya jika dia melakukan kezaliman maka keburukan itu kembali kepada dirinya.

• Seseorang itu tidak akan memikul dosa orang lain. Dia hanya akan dipersoalkan akan apa yang dilakukan diakhirat nanti. Ini merupakan doktrin risalah Islam.

• Orang yang beriman diperintahkan melakukan ibadat yang disyariatkan. Dikerjakan dengan sebaik yang mungkin.

• Maka perlulah sesaorang itu memohon kepada Allah SWT agar dia dapat beribadat kepada NYA dengan terbaik sekali, muhsinin.

• Hidup didunia ini adalah untuk sementara sahaja. Semua orang akan mati. Segala harta benda yang dikumpulkan juga akan ditinggalkan setelah sesaorang itu mati. Apa yang diberikan sebagai sedekah itulah yang kekal. Orang yang memberi itu lebih baik daripada yang menerima.

• Dunia yang kita berusaha dengan bersungguh-sungguh tidak akan kekal. Apa yang diperolehi hanyalah sementara. Ia sebagai warisan yang berpindah dari satu generasi ke generasi yang seterusnya. Sebagai seorang yang beriman dunia tidak ada dihatinya. Akhiratlah yang menjadi tumpuan hidupnya.

• Hati merupakan tempat dimana segala pemahaman hakikat dunia dan akhirat itu bersemai. Jadi perlulah sesaorang yang beriman sentiasa memohon agar Allah SWT membersihkan hati.

• Seorang yang beriman perlulah mendekatkan dirinya kepada Allah SWT. Jangan sekali-kali melakukan perkara yang membawa kepada syirik kepada NYA. Agar dia selamat diakhirat nanti.

• Mohon kepada NYA agar kita ini kuat agar dapat melakukan segala perintah NYA.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914