Ustaz Mohd Zaki 290723

Kuliah Maghrib

• Pada hari qiamat nanti manusia akan dibangkitkan di padang Mahsyar dimana matahari sebagai sejengkal daripada kepalanya. Ramai mencari cari tempat berlindung. Salah satu golongan yang akan mendapat naungan Allah SWT adalah orang yang selalu bersolat jemaah dimasjid.

• Sesiapa yang berani meninggalkan solat merupakan salah satu tanda yang hatinya telah mati. Menjadi keras. Banyak ayat-ayat Al Quran membincangkan dengan hal pentingnya bersolat. Begitu juga dengan hadith-hadith Baginda Rasulullah SAW.

• Solat merupakan sebagai tiang agama. Dihari akhirat kelak persoalan solat akan diselidik dahulu. Baginda Rasulullah SAW juga menekankan pendidikan agama yang utama adalah solat.

• Disarankan seawal umur anak meningkat tujuh tahun dididik untuk bersembahyang. Sebaik baiknya diajak bersembahyang berjemaah.

• Bersolat secara berjemaah digalakkan. Ada mahzab yang mewajibkan orang lelaki bersolat berjemaah. Walaubagaimanapun bagi mahzab Shafie dia menyatakan bahawa solat berjemaah itu fardhu kifayah.

• Rasulullah SAW sungguh menekankan solat berjemaah. Setiap para sahabat diperiksa sama ada datang bersama sama solat berjemaah. Bila ada seorang sahabat yang tidak hadhir maka Baginda akan bertanya kepada sahabat yang lain kenapa sahabat tersebut tidak hadir. Sama ada sakit atau ada hal yang tertentu.

• Seorang sahabat yang buta meminta kebenaran kepada Baginda Rasulullah SAW untuk tidak hadhir berjemaah. Baginda SAW tidak membenarkannya.

• Satu lagi tanda orang yang hati (imannya) telah mati apabila dia sanggup melakukan dosa tanpa merasa bersalah. Malah ada yang mentontonkan perbuatan dosa kepada umum. Dia merasa bangga akan perlakuan tersebut. Malah Zama ini di media sosial dia rasa hebat melakukan perbuatan yang diharamkan agama.

• Bagi orang yang beriman jika dia melakukan dosa maka hendaklah dia menyesal serta bertaubat dan memohon keampunan Allah SWT. Malah digalakkan melakukan solat tahajjud disertakan dengan zikir.

• Sesaorang hamba Allah SWT yang meninggal dunia tanpa meminta keampunan akan menyesal yang tidak terhingga.

• Wassalam




 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914