Posts

Showing posts from November, 2012

Ustaz Nazri 261112

From Evernote: Ustaz Nazri 261112 Kuliah Maghrib • Tidak ada acuan yang lebih baik, daripada acuan agama Islam yang dianugerahkan oleh Allah SWT. • Allah SWT menjadi lelaki dan perempuan berpasang. Supaya satu membantu yang lain. Berkasih sayang.  Memberi zuriat berketurunan. • Dijadikan banyak benda didalam alam ini juga berpasanagan. Seperti malam dan siang. • Siang dijadikan untuk manusia mencari kehidupan, iaitu menjalankan pekerjaan dan malam dijadikan untuk manusia berehat serta tidur. • Malam juga dijadikan sebagai pakaian untuk manusia. Wassalam

My idea : Ustaz Dr Syihabuddin 111012

Ustaz Dr Syihabuddin 111012 Ustaz Dr Syihabuddin 111012 Kuliah Maghrib, Masjid Al Huda, Shah Alam Nas Al Quraan mengenai ibadah qurban Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu ( pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu)." (Surah al-Kauthar : ayat 1-2) Dan telah Kami (Allah) jadikan untuk kamu unta-unta itu sebagai syiar agama Allah. Kamu banyak memperoleh kebaikan daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya." ( Al-Haj ; 36) Nas hadith mengenai ibadah Qurban Tidak ada satu amalan anak Adam di hari-hari Nahar (Hari-hari 'Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih), kerana ia (binatang korban) itu akan datang di hari kiamat nanti dengan tanduk dan kukunya dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah korban tuannya), dan sesungguhnya

My idea : Ustaz Shamsuddin 111112

Ustaz Shamsuddin 111112 Ustaz Shamsuddin 111112 Kuliah Subuh, Masjid Al Huda Shah Alam Takdir daripada Allah SWT Segala sesuatu yang terjadi adalah ketentuan Allah SWT Perlulah orang yang beriman itu redha dengan ketentuan yang terjadi Apa sahaja yang terjadi serta berlaku akan diri kita itu adalah dengan ketentuan Allah SWT DIA maha berkuasa Tidak menjadi keberatan bagi NYA untuk mentakbir alam ini, termasuk apa yang telah ditentukan keatas diri kita Peredaran malam dan siang, serta apa sahaja kekayaan yang terdapat daripada alam ini merupakan kurniaan Allah SWT Betapa dengan ketentuan Allah SWT manusia dapat menikmati akan pemberian Menjadi kewajipan manusia untuk berusaha dan berikhtar Tetapi kejayaan dan kegagalan itu bukan kerana usaha kita Kejayaan dan juga kegagalan adalah kehendak Allah SWT DIA yang menentukan. Wassalam l>

Ustaz Ghazali, KLCC 141112

Ustaz Ghazali, KLCC 141112 Ustaz Ghazali, KLCC 141112 Kuliah Khas Hijrah 1434, Masjid Al Huda Shah Alam Rasullah SAW mendapat wahyu pertama baginda semasa digua Hira' Pada ketika itu Jibril datang menunjjukkan wajahnya Baginda terkejut, serta demam kerana peristiwa itu yang sungguh luar biasa Di Mekah juga baginda menerima perintah daripada Allah SWT untuk mengerjakan dakwah Ini menandakan bahawa dakwah itu satu agenda yang penting Satu ketentuan yang wajib bagi semua orang Islam. Dahulu, kini dan selama lamanya Dinegara kita, bagaimana keadaannya inisiatif dan program dakwah Konsert penyanyi artis barat cukup hebat dipentaskan di Malaysia Bagaimana pula dengan konsert artis dakwah... Pengalaman yang lalu, cukup sedih....Sambutan bagi artis dakwah Islamiyah cukup sepi sahaja Sekiranya konsert artis barat ditaja oleh syarikat antarabangsa, bagaimana pula dengan artis berdakwah. .. Berkemungkinan para ulama

Ustaz Ali 131112

Ustaz Ali 131112 Ustaz Ali 131112 Kuliah Maghrib, Masjid Al Huda Shah Alam Rahmat Allah SWT Segala yang ada dimuka bumi ini mendapat rahmat Allah SWT Begitu luasnya RahmatNYA Bagaimana dengan orang yang fasik? Adakah mereka mendapat rahmatNYA Begitu meluas rahmat!NYA Semua makhlukNYA mendapat akan rahmatNYA Orang kafir dan orang fasik juga mendapat rahmatNYA....malangnya mereka ini tidak lansung mahu mengakuinya Oleh kerana itu Allah SWT didalam Al Quran menyatakan bahawa rahmat bagi mereka tidak sama dengan orang yang beriman Bagaimana dengan binatang? Rahmat Allah SWT juga mendapat rahmatNYA Semua mereka mendapat habuan masing- masing Apakah berbandingan rahmat antara dunia dan akhirat Rahmat didunia ini hanyalah satu peratus sahaja. Sembilan puluh sembilan peratus lagi itu akan dikecapi diakhirat nanti Wassalam

Ustaz Adnan 111112

From Evernote: Ustaz Adnan 111112 Kuliah Maghrib • Ujub berarti membesarkan tenaga diri sendiri yang membolehkan beramal yang soleh. • Melakukan amal yang soleh atas sebab yang tertentu. • Didalam syarak setiap amal yang soleh itu adalah nikmat daripada Allah SWT. Bukan sebab yang lain... • Wajib hukumnya bagi seorang mukmin melakukan amalan yang soleh kerana kurnia nikmat daripada Allah SWT. • Bagi orang awam kita tidak terlepas daripada sikap ujub. Maka wajib untuk bertaubat diatas perbuatan mereka. supaya apabila mati kelak diterima Allah SWT keimanan mereka. •  Sikap ujub terbagi tiga: - Sentiasa bersikap ujub. Muktazilah dan Kadariah termasuk dalam golongan ini. mereka beri'tiqat yang mereka melakukan ibadah kerana tenaga diri mereka. - golongan kedua menyangka yang segala ibadah adalah daripada akan nikmat tawfiq dan hidayah daripada Allah SWT. - Golongan ketiga terdapat campuran fahaman golongan satu dan kedua. Keban

Ustaz Ghazali Omar 071112

From Evernote: Ustaz Ghazali Omar 071112 Kuliah Maghrib • Kekuatan akal dapat mengalahkan orang ramai • Kecerdasan minda itu perlu didahului dengan ilmu yang cukup • Apabila menyampaikan sesuatu perkara, perlulah diketahui akan tingkatan kecerdasan minda orang yang hendak disampaikan. • Al Quran akan mencerdaskan akal orang yang selalu membaca serta menghafalkan ayat ayatnya. • Sekiranya seaorang itu selalu berdampingan dengan orang yang cerdas akalnya, ia juga akan mempertingkatkan akalnya. Wassalam   

Ustaz Rahmatullah 051112

From Evernote: Ustaz Rahmatullah 051112 Kuliah Maghrib Masjid Al Huda Shah Alam • Nikmat yang Allah SWT anugerahkan kepada manusia didunia ini tidak mungkin dapat dihitungkan • Apa sahaja yang dinikmati didunia ini adalah RAHMAT Allah SWT • Oleh kerana begitu banyaknya nikmat Allah SWT dikecapai manusia, sehingga dia tidak dapat menghitungnya • ISLAM merupakan nikmat yang tinggi nilainya yang Allah SWT anugerahkan kepada kita. • BERSYUKUR kepada Allah SWT diwaktu kita susah dan senang • Sekira seorang hamba diberi nikmat lalu diucapkan Alhamdulillah, maka ucapan itu lebih Afdhal daripada harta seisi dunia. • Menuntut ilmu agama adalah satu nikmat. Malah memperolehi serta beramal dengannya merupakan RAHMAT Allah SWT. Wassalam

Ustaz Adnan 141012

From Evernote: Ustaz Adnan 141012 Kuliah Maghrib • Sembahyang berjemaah diwaktu Subuh banyak pahalanya. Afdhal. • Diikuti dengan solat berjemaah Isya', Asr dan Maghrib. • Lebih afdhal bagi orang perempuan bersolat dirumahnya. • Sekiranya imam itu seorang yang bermahzab dengan mahzab selain daripada Shafie maka lebih afdhal bersolat seorang diri. Sekira berjemaah, hukumnya sah tetapi tidak dapat pahala solat berjemaah. • Sekira bersujud sahwi diatas perkara yang bukan sunat bersujud sahwi, maka batal solat tersebut. • Sunat membaca selawat didalam tasyud awal adalah sunnat. Jika tertinggal sunat sujud sahwi. Wajib membaca selawat didalam tasyud akhir. jika tertinggal maka batal solat . •Perlu berjaga jaga akan pergerakkan anggota besar semasa solat. sekiranya melebihi dua kali pergerakkan maka batal solat tersebut. Wassalam

Kuliah Subuh 141012

From Evernote: Kuliah Subuh 141012 Masjid Al Huda Shah Alam • Dijadikan manusia dan jin adalah untuk beribadat kepada Allah SWT • Peluang beribadat kepada Allah SWT adalah banyak. Begitulah dengan maksiat. • Maka hendaklah orang yang beriman itu bersabar daripada membuat maksiat didalam dunia ini. Hidup didunia ini pendek jika dibandingkan dengan alam kubur dan akhirat. • Dunia ini bagi para sahabat adalah seperti bangkai. Tidaklah perlu dikejar hingga lupakan ganjaran diakhirat kelak. • Tetapi pada hari ini, umat diakhir zaman terlalu leka dengan kedunian. sukakan hiburan dan tidak gemar kepada agama. • Ramai pada hari ini membelakangi hukum agama. Tidak menutup aurat, lelaki dan perempuan. Memakan makanan yang tidak pasti kehalalannya. • Masjid perlu memainkan peranan yang aktif untuk mempertingkatkan amal makruf, nahi mungkar. • Umat Islam hari ini telah mula leka dengan berbagai kemungkaran. Maka perlu diteruskan usaha berd

Ustaz Irwan 131012

From Evernote: Ustaz Irwan 131012 Kuliah Subuh, Majid Al Huda Shah Alam • Dunia bagaikan penjara bagi orang mukmin. Alam Barzah tempat rehatnya. Alam Akhirat tempat bersenang-senangan. • Kematian adalah satu ketentuan yang pasti. Kedatangannya tidak dapat ditolak. • Meninggalkan perbuatan yang dilarang oleh Allah SWT itu merupakan sesuatu yang disukai oleh NYA. • Dosa dosa besar berat hukumannya. Balasannya cukup hebat. • Golongan munafiqin itu perpura-pura melakukan ibadah. Tetapi perbuatan itu sia-sia belaka. Kerana ibadah tersebut ditolak. Dan dihari akhirat kelak mereka mendapat  balasan api neraka. • Dosa dosa yang dilakukan didunia ini hendaklah dipohon keampunan kepada Allah SWT.  Janganlah kita mati tanpa sempat mendapat keampunan Allah SWT.

Ustaz Amran Yussof 081012

Image
From Evernote: Ustaz Amran Yussof 081012 Kuliah Maghrib, Masjid Al Huda Shah Alam   Membaca doa selepas bersolat hendaklah dilakukan dengan penuh keikhlasan Hendaklah sesaorang yang berdoa itu faham akan apa yang diminta Berdoa itu sunnat. Jadi sekiranya sesaorang yang mengimani solat berjemaah tidak tahu atau menghafal doa maka tidak perlu dia membaca doa didalam bahasa Arab. Imam Shafie mengizinkan sesaorang yang tidak tahu berbahasa Arab membaca doa didalam bahasanya. Janganlah melakukan ibadah sunnat kalau dilakukan kerana takut kepada orang ramai. Takut orang ramai akan bercakap akan kekurangan sesaorang itu melakukan sesuatu ibadah sunnat. Begitu jugalah dengan ibadah korban. Perlu dilakukan dengan penuh keikhlasan. Melakukan sesuatu ibadah perlukan ilmu yang cukup...bersumberkan ijma' ulama' Memohon kepada Allah SWT supaya memberi kita taufiq dan hidayah. Cahaya nur iman dan Islam

Ustaz Ghazali Omar 020912

From Evernote: Ustaz Ghazali Omar 020912 Kuliah Maghrib, Majid Al Huda Shah Alam • Watak yang harus ada didalam diri setiap orang beriman adalah dia merasa seronok apabila berpeluang untuk mengerjakan ibadat. • Contoh sesaorang yang berpeluang mengerjakan ibadat haji, merasa seronok, suka tidak terkira. • Begitulah semua para ulama'. Mereka menggalakkan para pengikut mereka agar pergi mengerjakan haji secepat yang mungkin. Kerana kita tahu akan perkara yang akan datang. • Orang yang mendapat haji mabrur tidak lain ganjarannya melainkan SYURGA. Maka marilah berlumba lumba mengerjakan amal ibadat. • Orang yang boleh mendapat syurga kerana haji... - Orang yang telah bersiap untuk mengerjakan haji tetapi mati sebelum sempat mengerjakannya. - Orang yang berusaha untuk mengupah orang lain mengerjakan haji untuk orang yang telah mati. - Orang yang melakukan Haji untuk orang lain. • Ibadah haji itu mempunyai rahmatnya tersendiri. P

Ustaz Adnan Al Fatoni

From Evernote: Ustaz Adnan Al Fatoni Kuliah Maghrib Majid Al Huda • Sesaorang yang sebelum berakhir solatnya dia teringat yang dia terlupa satu rukun, maka perlu ditambah satu rakaat. • Didalam solat setelah bangun daripada sujud, dia baru perasan yang dia tertinggal satu sujud. Maka dia terus duduk serta bersujud. • Rasulullah SAW pernah bersolat zuhur hanya dua rakaat. Setelah ditegur dan dipastikan oleh beberapa orang sahabat, maka baginda terus menyambung dua rakaat lagi. • Para ulama' menyatakan jika sesaorang itu tertinggal beberapa rakaat didalam solat jika jarak masa ia mengetahui itu dekat dan ia tidak memijak akan sebarang najis maka dibolehkan ia menyambung semula solatnya. • Sembahyang Fardhu sambil duduk. Perlu diawasi. Kerana ia hanya dibolehkan jika berdiri itu menggangu kekhusukkan solat. Bersambung... Wassalam