Ustaz Ghazali Omar 020912

From Evernote:

Ustaz Ghazali Omar 020912

Kuliah Maghrib, Majid Al Huda Shah Alam

• Watak yang harus ada didalam diri setiap orang beriman adalah dia merasa seronok apabila berpeluang untuk mengerjakan ibadat.

• Contoh sesaorang yang berpeluang mengerjakan ibadat haji, merasa seronok, suka tidak terkira.

• Begitulah semua para ulama'. Mereka menggalakkan para pengikut mereka agar pergi mengerjakan haji secepat yang mungkin. Kerana kita tahu akan perkara yang akan datang.

• Orang yang mendapat haji mabrur tidak lain ganjarannya melainkan SYURGA. Maka marilah berlumba lumba mengerjakan amal ibadat.

• Orang yang boleh mendapat syurga kerana haji...
- Orang yang telah bersiap untuk mengerjakan haji tetapi mati sebelum sempat mengerjakannya.
- Orang yang berusaha untuk mengupah orang lain mengerjakan haji untuk orang yang telah mati.
- Orang yang melakukan Haji untuk orang lain.

• Ibadah haji itu mempunyai rahmatnya tersendiri. Para jemaah yang berjuta dapat bersatu hati menuju kepada keredhaan Allah SWT.

• Di Mekah dan Madinah sewaktu bulan haji memberi banyak pengajaran kepada umat Islam seluruh alam.

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914