Ustaz Adnan 111112

From Evernote:

Ustaz Adnan 111112

Kuliah Maghrib

• Ujub berarti membesarkan tenaga diri sendiri yang membolehkan beramal yang soleh.

• Melakukan amal yang soleh atas sebab yang tertentu.

• Didalam syarak setiap amal yang soleh itu adalah nikmat daripada Allah SWT. Bukan sebab yang lain...

• Wajib hukumnya bagi seorang mukmin melakukan amalan yang soleh kerana kurnia nikmat daripada Allah SWT.

• Bagi orang awam kita tidak terlepas daripada sikap ujub. Maka wajib untuk bertaubat diatas perbuatan mereka. supaya apabila mati kelak diterima Allah SWT keimanan mereka.

•  Sikap ujub terbagi tiga:
- Sentiasa bersikap ujub. Muktazilah dan Kadariah termasuk dalam golongan ini. mereka beri'tiqat yang mereka melakukan ibadah kerana tenaga diri mereka.

- golongan kedua menyangka yang segala ibadah adalah daripada akan nikmat tawfiq dan hidayah daripada Allah SWT.

- Golongan ketiga terdapat campuran fahaman golongan satu dan kedua. Kebanyakkan daripada orang awam ahli sunnah. kadangkala terlupa akan nikmat Allah SWT serta melakukan ujub.

• Sikap ujub dan ria' merupa punca rosaknya amalan orang orang yang beriman.

• Nifa' adalah melakukan amal ibadah bukan kerana Allah SWT

• Ria' adalah melakukan amal ibadah untuk ditunjjukkan kepada manusia.

• Sekira sesaorang itu ungkit akam kebaikkan yang telah dilakukan. Maka gugurlah segala pahala kebaikkan yang telah dilakukan.

• Orang yang menyesal akan perbuatan baik yang dia lakukan juga gugurlah segala pahala dan ganjaran.

• Jangan merasa takut kepada cela manusia didalam menjalankan ibadah yang soleh.

• Ada orang yang melakukan sesuatu ibadah kerana hendakkan ganjaran didunia.

• Manusia juga bermudah- mudah dengan nikmat yang diberikan oleh Allah SWT. Seperti nikmat iman.

• Sesungguhnya Allah SWT memberi akan kenikmatan dunia dengan amalan akhirat

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809