Posts

Showing posts from December, 2022

Ustaz Hassan Basri 311222

Kuliah Subuh • Dari Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: Sesungguhya Allah ta'ala berfirman: Siapa yang memusuhi wali-Ku maka telah Aku umumkan perang terhadapnya. • Siapakah wali Allah SWT? Surah Yunus... 62. Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. 63. (Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa. • Takrif wali hendaklah diperluaskan. Jangan tersilap definisi wali dengan karamah. Wali adalah mereka yang bertaqwa. Karamah adalah sesuatu perkara yang menyalahi kebiasaan yang dianugerahkan Allah SWT kepada hamba NYA yang Soleh. • Sambungan hadis...."Tidak ada taqarrubnya seorang hamba kepada-Ku yang lebih Aku cintai kecuali beribadah dengan apa yang telah Aku wajibkan atasnya". • Wali Allah SWT bila dia melakukan ibadah fardhu dengan penuh kesungguhan. • Sambungan hadis..."

Ustaz Dato Nizam 271222

Kuliah Maghrib • Orang yang beriman    - takut pada Allah SWT sahaja    - hanya beriman kepada  Allah SWT    - merekalah yang akan mendapat keampunan • Di Nusantara ilmu tauhid adalah daripada imam berikut:    - Imam Abu Hasan Al-Asy'ari    - Imam Abu Mansur al-Maturudi • Ilmu tauhid adalah penting bagi orang mukmin memahaminya. Untuk mengetahui definisi Allah SWT. Hakikat NYA tidak mungkin manusia biasa memahaminya. • Allah SWT memberi rahmat kepada seluruh hamba-Nya. Perlulah hamba itu menjalankan tugasnya sebagai seorang hamba yang beriman. • Bagi orang yang beriman hanya kepada Allah SWT dia memohon pertolongan dan mengadu segala permasalahan hidupnya. • Zaman berubah-ubah. Masalahnya juga berubah. Masa itu adalah kejadian Allah SWT. Maka penting bagi orang beriman berpegang teguh kepada ajaran dan amalan yang disyariatkan NYA. • Orang yang beriman hidupnya berpandukan ajaran agama. Islam itu adalah cara hidup. Dimana setiap segi kehidupannya dipimpin. Hidup seorang mukmin adal

Ustaz Abdul Halim 251222

Kuliah Subuh • Allah SWT kasih kepada hamba Nya yang selalu berzikir kepada NYA. • Orang yang selalu berzikir merasakan ketenangan seperti berada di dalam taman yang indah. • Ucapan Allahuakbar membawa pertolongan Allah SWT akan hamba-Nya. • Nabi Yunus berzikir ketika didalam perut ikan. Nabi Yunus berdoa kepada Allah SWT, La ilaha illa anta, Subhanaka, inni kuntu minaz zhalimin yang bermaksud: "Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang menganiaya diri sendiri." • Sesaorang yang selalu berzikir kepada Allah SWT maka ketika didalam suasana yang genting akan menyebut zikir tersebut secara spontan. Tidaklah dia terpekik terlolong tidak tentu arah kerana panik. • Menyebut Subhanallah wabihamdih, Subhanallah hilazim adalah kalimah zikir yang disukai Allah SWT. Suatu hari Rasulullah bersabda kepada Abu Dzar: "Maukah aku ceritakan kepadamu tentang kalam (zikir) yang paling disukai Allah? Sesungguhnya zikir yang

Ustaz Haslam 201222

Kuliah Maghrib • Manusia tidak terlepas daripada perbuatan dosa kepada Allah SWT. Tetapi dengan Rahmat NYA kita tetap diberi nikmat kehidupan. Serta memberi peluang untuk bertaubat. • Orang yang beriman hendaklah redha dengan ketentuan Allah SWT. Walaupun dengan takdir yang buruk. • Setiap kesejahteraan nikmat diberi kepada manusia, dia tidak bersyukur kepada Allah SWT. Maka DIA perintah kepada hamba-Nya untuk mencari tuhan yang lain. Dan pindah kealam yang lain. Begitu juga jika manusia diberi ujian yang buruk, dia tidak bersabar maka carilah tuhan yang lain dan alam yang lain. • Orang yang beriman menerima dengan kesenangan dan kesusahan yang dialami. Kerana dia tahu yang apa sahaja yang terjadi kepadanya adalah daripada Allah SWT. Dia rasa gembira bila mendapat kesenangan serta dia juga rasa gembira bila ditimpa kesusahan. • Hamba yang zuhud adalah mereka yang hatinya tidak mengharap apa-apapun daripada manusia. Malah dia hanya mengharapkan pemberian daripada Allah SWT. Cukuplah DIA

Ustaz Azman 181222

Kuliah Subuh • Orang yang beriman bersaudara dengan mukmin yang lain. • Tidak dizalimi orang yang mukmin. Tidak dibiarkan orang lain menzalimi saudara mukmin kita. • Sesiapa yang menyampaikan hajat saudaranya maka Allah SWT akan menunaikan apa yang dihajatinya. • Seorang mukmin yang membantu saudaranya akan dapat ganjarannya diakhirat nanti. • Tanggungjawab seorang mukmin menjaga dan menutup aib sesama mukmin. • Persaudaraan sesama mukmin adalah perkara yang dituntut oleh Baginda Rasulullah SAW.  Perkara ini juga dinyatakan didalam Al Quran. • Apa yang terjadi pada hari ini adalah jauh sekali daripada yang dituntut oleh agama. Ikatan persaudaraan didalam masyarakat telah luntur. • Dua orang yang berjumpa serta bersalaman akan diampunkan dosa mereka sebelum mereka berpisah. • Wassalam  

Ustaz Shamsuddin 171222

Kuliah Subuh • Didalam mengamalkan agama Islam yang penting adalah amalan yang dirasai oleh hati Nurani, bukan luaran sahaja. • Suasana mendung ketika hendak hujan. Keadaan mendung itu tanda hendak hujan. Tetapi belum hujan lagi. Didalam amalan agama 'mendung' itu usaha untuk beramal. Hujan pula  adalah keredhaan Allah SWT. • Beramal dengan penuh ketakwaan secara berterusan melakukan dengan ikhlas. Akan membawa kepada kekuatan untuk beramal dengan lebih lagi. Sehingga seluruh hidupnya diabadikan kepada Allah SWT.  Semoga diredhai NYA. • Didalam setiap amal ibadat hendaklah dilakukan dengan ikhlas. Dilakukan semata-mata kerana Allah SWT. Tidak ada riak didalam hati. Terasa manis didalam melakukan ibadat. Usaha yang mula dilakukan secara kecil-kecilan akan bertambah banyak. Terasa kekuatan iman dan ketenteraman hati. • Ehsan merupakan yakin didalam hati yang apa sahaja dilakukan manusia dilihat Allah SWT. Bagi orang yang beriman ibadah yang dilakukan membawa dia lebih dekat denga

Ustaz Muhaimin 161222

Kuliah Maghrib • Sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam: لاَ ÙŠُدْØ®ِÙ„ُ Ø£َØ­َداً Ù…ِÙ†ْÙƒُÙ…ْ عَÙ…َÙ„ُÙ‡ُ الْجَÙ†َّØ©َ. Ùˆَلاَ ÙŠُجِÙŠْرُÙ‡ُ Ù…ِÙ†َ النَّارِ. Ùˆَلاَ Ø£َÙ†َا. Ø¥ِلاَّ بِرَØ­ْÙ…َØ©ِ Ù…ِÙ†َ اللهِ. Tidaklah dimasukkan seseorang daripada kamu ke dalam syurga kerana amalannya. Dan tidak dijauhkan daripada neraka (kerana amalannya). Dan tidak juga aku. Kecuali dengan rahmat daripada Allah. • Orang yang beriman diakhirat nanti yang mendapat syurga mereka dijemput dengan penuh hormat oleh para malaikat. Sambil menyatakan yang orang-orang ini semasa didunia adalah baik. • Syurga itu mempunyai banyak pintu- pintu. Tiap tiap pintu dikhaskan untuk mereka yang tertentu. Ada pintu untuk para Syuhada. • Terdapat 100 darjat syurga. Mengikut bagi orang yang beriman ketentuan masing-masing. • Penghuni syurga fizikal nya muda belaka. Tidak berpenyakit. Tidak berbau busuk. Tidak membuang najis. Harum bau mereka seperti harum kasturi. • Setiap ahli syurga dipakai pakaian serupa seorang raja. Jika anak merek

Ustaz Rahmatullah 121222

Kuliah Maghrib • Ujian dan fitnah akan mendatangi hati. Terutama seorang yang beriman. • Sekiranya hati itu tidak dapat melawan fitnah maka dia akan terjerumus ke dalam kancah maksiat. • Ada orang yang terus jatuh dan tidak langsung kembali ke jalan Allah SWT apabila kalah menghadapi fitnah dan ujian. Hidupnya penuh dengan maksiat. • Tetapi ada orang yang apabila jatuh ke dalam maksiat dia sedar akan kesalahan nya. Lalu dia terus bertaubat. Kembali ke jalan bimbingan Allah SWT. • Orang yang sesat didalam hidupnya Allah SWT menjadikan hidupnya didunia sempit. Dan diakhirat nanti dibangkitkan didalam mereka buta. • Orang yang selalu melakukan perkara-perkara maksiat hatinya jadi hitam. Bagaikan sebuah periuk yang dibakar dengan lama, maka akan jadi hitam. Jika dicuci dengan cepat maka bersih kembali. Begitulah hati, jika bertaubat maka hati yang hitam akan bersih semula. Jika tidak maka akan bertambah hitam lah hati tersebut. • Seorang yang bertaubat dicintai Allah SWT. Jika dilakukan ma

Ustaz Shamsuddin 111222

Kuliah Maghrib • Sesaorang yang beriman hendaklah mempunyai ilmu yang secukupnya. Ilmu tauhid, Ilmu fiqah, dan ilmu tasawwuf. • Ilmu itu wajib diamalkan. Amalan juga hendaklah menyeluruh. Amalan yang termaktub didalam rukun Islam, rukun Iman dan Ehsan. • Metafora beragama bagi orang yang beriman adalah seperti sebiji buah yang sedap. Ia mempunyai kulit, isi dan rasa yang sedap dan manis. • Contohnya didalam solat. Kulit itu merupakan rukunnya. Isinya amalannya. Rasanya adalah kekhusyukan dan ketenangan hati. • Malah hasil beribadat tidak cukup dengan rasa kemanisan beribadah tetapi ibadat itu hendaklah membawa kita mendekatkan diri kepada Allah SWT. Dengan itu sebagai manusia dia akan mengenal tuhan NYA. • Orang yang beribadat apabila ia merasa kemanisan ibadat itu tidaklah harus dia merasa hebat. Kerana belum mencapai objektif melakukan ibadat. Perlulah dia berusaha dengan lebih lagi sehingga ibadah itu mewarnakan akhlaknya dengan Allah SWT. Membawa diri untuk dekat dan mengenal hakik

Ustaz Dr Nizam 111222

Kuliah Subuh • Didalam agama Islam ada perkara Usul, Dasar. Dan ada juga perkara Furu' , Cabang. • Para ulama bersatu hati didalam perkara dasar. Tetapi terdapat khilaf didalam perkara Furu'. Jadi sebagai orang yang beriman tidak perlulah kita membesarkan perkara-perkara Furu'. • Perbezaan pendapat didalam perkara Furu' terjadi kerana Ulama' yang berlainan ijtihad. • Ada imam yang besar tidak beramal dengan beberapa hadis yang soheh. Ini terjadi kerana ada hadis yang lebih kuat daripada hadis yang lain. Atau hadis yang memansuhkan hadis tersebut. Maka perbezaan tafsir hadis-hadis tersebut tidaklah harus diperbesarkan. • Didalam Minhaj Ahli sunah Waljamaah diterima ijtihad para Ulama'. Perbezaan didalam perkara yang Furu' tidaklah perlu diperbesarkan hingga terjadi pertelingkahan. • Ada ayat Al Quran yang bermaksud tangan Allah SWT. Perkara ini juga menjadi khilaf diantara para ulama'. Sebagai orang yang beriman hendaklah kita percaya bahawa ayat itu wuju

Ustaz Dr Mohd Ali 081222

Kuliah Maghrib • Orang yang beriman diperintah agar selalu membaca Al Quran. • Jadikanlah ia sebagai sahabat karib kita didunia ini. Terutama mereka yang diakhir umur hayat. • Quran adalah sahabat karib bukan sahaja didunia tetapi dia akan menjadi teman yang selalu membacanya didalam barzakh. • Wajib sesaorang itu menjadi pelajar Al Quran sepanjang hayat. • Umur umat Muhammad adalah diantara 60 hingga 70 tahun. Cukup untuk mempelajari 6 ribu lebih ayat Al Quran. • Setiap mukmin perlulah menanam niat untuk berjumpa ini dihari akhirat nanti...    - Al Quran    - Rasulullah SAW    - Allah SWT • Semasa hayat didunia ini tidaklah mungkin kita berjumpa dengan Rasulullah SAW dan Allah SWT secara fizikal. Maka mengharap untuk berjumpa dihari akhirat nanti. • Penting nya semasa hidup didunia ini setiap mukmin memahami Al Quran. Kerana didalam nya terdapat berbagai ilmu dan beramal dengannya. • Hanya Allah SWT sahaja yang alim. Kita tidak ada ilmu tanpa dianugerahkan NYA. • Al Quran juga mempuny

Ustaz Yahya 051222

Kuliah Maghrib • Kehidupan didunia pada zaman ini terdapat banyak dugaan dan ujian. • Fitnah terdapat dimana-mana. Ada yang berpaksikan politik. Dan ada yang dari segi akidah. Maka bagaimana hendak menemui jalan penyelesaian. • Fitnah itu bagaikan seekor semut hitam di malam hari yang gelap gelita melintasi diatas batu yang hitam. • Allah SWT memilih kita yang hidup dizaman ini untuk menghadapi ujian zaman fitnah yang besar. Maka sebagai seorang yang beriman hendaklah kita kembali kepada jalan agama yang ditetapkan Nya. • Jika kita menilai apa yang terjadi kepada manusia dihari akhirat kelak. Dapatlah dipelajari dan mengambil iktibar. Seorang yang mati syahid ditanya Allah SWT kenapa dia berjuang hingga gugur. Dia menjawab bahawa dia berjuang fisabilillah. Allah SWT menyatakan yang itu tidak benar. Dia berjuang untuk dipuji manusia. Akhirnya dia dimasukkan ke dalam neraka. • Jadi bagaimana kelak seseorang yang beriman berjuang kerana puaknya. Ada yang sanggup berfitnah. Mengeji orang l

Ustaz Yusof 041222

Kuliah Subuh • "Seseorang yang menyayangi (orang lain) pasti akan disayangi Allah. Sayangilah setiap penduduk bumi, nescaya engkau akan disayangi para penghuni langit" Riwayat At-tabrani dan Hakim • Sebagai seorang yang beriman tidak harus berpecah belah kerana pegangan politik masing-masing. • Perlulah mempelajari daripada lipatan sejarah umat Islam yang lampau. Selepas Khalifah Abu Bakar umat sudah mula berpecah belah. Padahal mereka itu menghafal Al Quran. • Berpegang teguh kepada sumber Al Quran dan Hadis Baginda Rasulullah SAW. • Berlaku adil itu adalah teras prinsip Islam. Hendaklah setiap mukmin melakukan sesuatu tanggungjawab dengan penuh amanah. Sifat yang perlu ada pada setiap orang yang beriman. • SABDA Rasulullah SAW: Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan dan tipu daya, kata-kata pendusta dibenarkan (dipercayai) dan didustakan percakapan orang yang benar, diberi amanah kepada pengkhianat dan dikhianati orang-orang yang amanah. • Kehidup