Ustaz Dr Nizam 111222

Kuliah Subuh

• Didalam agama Islam ada perkara Usul, Dasar. Dan ada juga perkara Furu' , Cabang.

• Para ulama bersatu hati didalam perkara dasar. Tetapi terdapat khilaf didalam perkara Furu'. Jadi sebagai orang yang beriman tidak perlulah kita membesarkan perkara-perkara Furu'.

• Perbezaan pendapat didalam perkara Furu' terjadi kerana Ulama' yang berlainan ijtihad.

• Ada imam yang besar tidak beramal dengan beberapa hadis yang soheh. Ini terjadi kerana ada hadis yang lebih kuat daripada hadis yang lain. Atau hadis yang memansuhkan hadis tersebut. Maka perbezaan tafsir hadis-hadis tersebut tidaklah harus diperbesarkan.

• Didalam Minhaj Ahli sunah Waljamaah diterima ijtihad para Ulama'. Perbezaan didalam perkara yang Furu' tidaklah perlu diperbesarkan hingga terjadi pertelingkahan.

• Ada ayat Al Quran yang bermaksud tangan Allah SWT. Perkara ini juga menjadi khilaf diantara para ulama'. Sebagai orang yang beriman hendaklah kita percaya bahawa ayat itu wujud didalam Al Quran. Dan Disegi tafsir terdapat berbagai pendapat Ulama'. Maka orang yang beriman mempunyai sikap yang sederhana. Terimalah tafsir yang kita setuju, dan tidak perbesarkan kekhilafan ini hingga membawa kepada perbalahan. Hingga terjadi perkara kafir mengkafirkan.

• Imam Shafie berpendapat didalam solat Subuh doa qunut itu sunat. Tetapi Imam Hanafiah tidak melakukan doa qunut disetiap solat Subuh. Jadi terdapat satu peristiwa dimana Imam Shafie bersolat di kawasan mahzab Hanafi dia tidak membaca doa qunut ketika bersolat. Ini menunjukkan akhlak yang baik. Dia menghormati pendapat imam Hanafiah.

• Terdapat juga khilaf didalam qiraat membaca Al Quran, bab haji, bab zakat dan berbagai lagi. Tetapi semua ini adalah perkara Furu' dan bukan dari sudut dasar.

• Perkara khilaf diantara ulama' itu satu kenyataan dan patutlah diterima. Tidak perlu diperbesarkan.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914