Ustaz Shamsuddin 171222

Kuliah Subuh

• Didalam mengamalkan agama Islam yang penting adalah amalan yang dirasai oleh hati Nurani, bukan luaran sahaja.

• Suasana mendung ketika hendak hujan. Keadaan mendung itu tanda hendak hujan. Tetapi belum hujan lagi. Didalam amalan agama 'mendung' itu usaha untuk beramal. Hujan pula  adalah keredhaan Allah SWT.

• Beramal dengan penuh ketakwaan secara berterusan melakukan dengan ikhlas. Akan membawa kepada kekuatan untuk beramal dengan lebih lagi. Sehingga seluruh hidupnya diabadikan kepada Allah SWT.  Semoga diredhai NYA.

• Didalam setiap amal ibadat hendaklah dilakukan dengan ikhlas. Dilakukan semata-mata kerana Allah SWT. Tidak ada riak didalam hati. Terasa manis didalam melakukan ibadat. Usaha yang mula dilakukan secara kecil-kecilan akan bertambah banyak. Terasa kekuatan iman dan ketenteraman hati.

• Ehsan merupakan yakin didalam hati yang apa sahaja dilakukan manusia dilihat Allah SWT. Bagi orang yang beriman ibadah yang dilakukan membawa dia lebih dekat dengan NYA. Hatinya sentiasa melihat kebesaran Illahi.

• Bagaimana hendak mencapai keadaan sedemikian. Perlulah melakukan amal ibadah khusus dibawah bimbingan guru yang muktabar. Lebih baik jika guru itu seorang wali. Bimbingan ini dinamai Tarekat. Jalan menuju keikhlasan beribadat agar diredhai Allah SWT.

• Tarekat perlulah mengikut sunnah Rasulullah SAW. Tidak bercanggahan dengan Al Quran, Hadith, Ijmak Ulama, dan konsensus ahli agama. Walaupun Tarekat itu berbeza-beza didalam zikirnya tetapi tujuannya sama. Ia itu untuk mencari keredhaan Allah SWT.

• Hasil bimbingan tersebut akan membersihkan hati. Membentuk akhlak yang baik. Menjauhkan diri dari suasana membawa kepada maksiat. Seluruh hidupnya diabadikan kepada melakukan segala perintah dan larangan Allah SWT. Setiap detik perjalanan hidup dia merasa akan kebesaran NYA.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914