Ustaz Yahya 051222

Kuliah Maghrib

• Kehidupan didunia pada zaman ini terdapat banyak dugaan dan ujian.

• Fitnah terdapat dimana-mana. Ada yang berpaksikan politik. Dan ada yang dari segi akidah. Maka bagaimana hendak menemui jalan penyelesaian.

• Fitnah itu bagaikan seekor semut hitam di malam hari yang gelap gelita melintasi diatas batu yang hitam.

• Allah SWT memilih kita yang hidup dizaman ini untuk menghadapi ujian zaman fitnah yang besar. Maka sebagai seorang yang beriman hendaklah kita kembali kepada jalan agama yang ditetapkan Nya.

• Jika kita menilai apa yang terjadi kepada manusia dihari akhirat kelak. Dapatlah dipelajari dan mengambil iktibar. Seorang yang mati syahid ditanya Allah SWT kenapa dia berjuang hingga gugur. Dia menjawab bahawa dia berjuang fisabilillah. Allah SWT menyatakan yang itu tidak benar. Dia berjuang untuk dipuji manusia. Akhirnya dia dimasukkan ke dalam neraka.

• Jadi bagaimana kelak seseorang yang beriman berjuang kerana puaknya. Ada yang sanggup berfitnah. Mengeji orang lain. Mendabik dada mengaku dia lah yang hebat. Jadi sedemikian apakah kelak dihari akhirat nanti. Bagaimana dibicara dihadapan Allah SWT.

• Apabila mengikut sistem yang bukan dari ism Islam. Maka tak mungkin dapat membawa kepada keredhaan Allah SWT. Doktrin sistem demokrasi penuh dengan tipu daya. 'The end justify the mean'.

• Sebagai seorang yang beriman hendaklah kita kembali kepada Allah SWT. Memohon agar tidak dibalik-balikan hati. Kerana ada seorang iman masjid yang hebat bertukar menjadi seorang gangster bermotoran.

• Allah SWT melihat kepada keikhlasan sesaorang itu melakukan sesuatu ibadah kerana NYA semata mata. Guru yang mengajar dengan ikhlas. Orang kaya yang suka menderma dengan ikhlas . Begitulah dengan segala amalan kita yang lain.

• Orang mukmin dizaman yang penuh fitnah ini perlulah kembali kepada Allah SWT. Mendekatkan diri dengan NYA. Membersihkan hati daripada sifat-sifat yang tercela. Memperbanyakkan ucapan astaghfirullah dan selawat. Agar mendapat lindungan NYA.

• Memperbanyakkan hadir di majlis ilmu. Mengambil ilmu tersebut daripada guru yang muktabar. Mempunyai pentauliahan yang diiktiraf oleh para ulama.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914