Ustaz Yusof 041222

Kuliah Subuh

• "Seseorang yang menyayangi (orang lain) pasti akan disayangi Allah. Sayangilah setiap penduduk bumi, nescaya engkau akan disayangi para penghuni langit" Riwayat At-tabrani dan Hakim

• Sebagai seorang yang beriman tidak harus berpecah belah kerana pegangan politik masing-masing.

• Perlulah mempelajari daripada lipatan sejarah umat Islam yang lampau. Selepas Khalifah Abu Bakar umat sudah mula berpecah belah. Padahal mereka itu menghafal Al Quran.

• Berpegang teguh kepada sumber Al Quran dan Hadis Baginda Rasulullah SAW.

• Berlaku adil itu adalah teras prinsip Islam. Hendaklah setiap mukmin melakukan sesuatu tanggungjawab dengan penuh amanah. Sifat yang perlu ada pada setiap orang yang beriman.

• SABDA Rasulullah SAW: Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan dan tipu daya, kata-kata pendusta dibenarkan (dipercayai) dan didustakan percakapan orang yang benar, diberi amanah kepada pengkhianat dan dikhianati orang-orang yang amanah.

• Kehidupan pada zaman sekarang sudah muncul apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW. Pemimpin yang tidak amanah.

• Seorang pemimpin didalam Islam
   - Amanah
   - Mengambil berat hak rakyat
   - Hukum mengikut syariah
   - Adil

• Masyarakat mukmin hendaklah beristiqamah didalam melakukan ibadat yang disyariatkan.

• Wassalam




 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914