Ustaz Dato Nizam 271222

Kuliah Maghrib

• Orang yang beriman
   - takut pada Allah SWT sahaja
   - hanya beriman kepada  Allah SWT
   - merekalah yang akan mendapat keampunan

• Di Nusantara ilmu tauhid adalah daripada imam berikut:
   - Imam Abu Hasan Al-Asy'ari
   - Imam Abu Mansur al-Maturudi

• Ilmu tauhid adalah penting bagi orang mukmin memahaminya. Untuk mengetahui definisi Allah SWT. Hakikat NYA tidak mungkin manusia biasa memahaminya.

• Allah SWT memberi rahmat kepada seluruh hamba-Nya. Perlulah hamba itu menjalankan tugasnya sebagai seorang hamba yang beriman.

• Bagi orang yang beriman hanya kepada Allah SWT dia memohon pertolongan dan mengadu segala permasalahan hidupnya.

• Zaman berubah-ubah. Masalahnya juga berubah. Masa itu adalah kejadian Allah SWT. Maka penting bagi orang beriman berpegang teguh kepada ajaran dan amalan yang disyariatkan NYA.

• Orang yang beriman hidupnya berpandukan ajaran agama. Islam itu adalah cara hidup. Dimana setiap segi kehidupannya dipimpin. Hidup seorang mukmin adalah kehidupan bersyariat.

• Pentingnya pendidikan feqah untuk menyempurnakan ibadah yang difardhukan.
     - Seperti bab ibadah solat dan sebagainya.
     - Perlulah juga mengetahui hukum-hukum muamalat didalam transaksi jual beli.
     - Ilmu munakahat didalam bab perkahwinan dan kekeluargaan.
     - Ilmu jenayat mengenai hukum hudud dan sebagainya.

• Selain daripada ilmu tauhid dan ilmu feqah, perlulah sesaorang mukmin mempelajari ilmu tasawwuf. Ilmu membersihkan hati.

• Dengan ilmu orang yang beriman dapat menghindarkan diri daripada perbuatan syirik. Perbuatan itu besar musibahnya kepada sesaorang itu. Kerana dosa syirik merupakan dosa yang tidak diampuni Allah SWT.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914