Ustaz Shamsuddin 111222

Kuliah Maghrib

• Sesaorang yang beriman hendaklah mempunyai ilmu yang secukupnya. Ilmu tauhid, Ilmu fiqah, dan ilmu tasawwuf.

• Ilmu itu wajib diamalkan. Amalan juga hendaklah menyeluruh. Amalan yang termaktub didalam rukun Islam, rukun Iman dan Ehsan.

• Metafora beragama bagi orang yang beriman adalah seperti sebiji buah yang sedap. Ia mempunyai kulit, isi dan rasa yang sedap dan manis.

• Contohnya didalam solat. Kulit itu merupakan rukunnya. Isinya amalannya. Rasanya adalah kekhusyukan dan ketenangan hati.

• Malah hasil beribadat tidak cukup dengan rasa kemanisan beribadah tetapi ibadat itu hendaklah membawa kita mendekatkan diri kepada Allah SWT. Dengan itu sebagai manusia dia akan mengenal tuhan NYA.

• Orang yang beribadat apabila ia merasa kemanisan ibadat itu tidaklah harus dia merasa hebat. Kerana belum mencapai objektif melakukan ibadat. Perlulah dia berusaha dengan lebih lagi sehingga ibadah itu mewarnakan akhlaknya dengan Allah SWT. Membawa diri untuk dekat dan mengenal hakikat Allah SWT.

• Hasil daripada ibadah yang baik akan dinikmati oleh seorang hamba yang beriman. Dianugerahi Allah SWT dengan berbagai-bagai infaq nya. Ada yang diberi kesihatan yang baik. Ada yang diberikan rezeki yang baik. Dan berbagai lagi.

• Orang yang beriman tidaklah dia melakukan sesuatu ibadah semata-mata kerana hendak infaq nya. Tetapi perlulah melakukan ibadat kerana ikhlas kerana Allah SWT. Begitu juga bila diberi satu kurniaan NYA, janganlah merasa sombong.

• Warid adalah istilah didalam ilmu tasawwuf yang ertinya pemberian Allah SWT kepada hamba NYA. Sesaorang yang mendapat warid janganlah dia merasa sombong. Tetapi sebaliknya hendaklah pemberian itu memotivasikan diri untuk lebih mendekatkan diri dengan Allah SWT. Agar hidupnya sentiasa diredhai oleh NYA.

• Wassalam


 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914