Ustaz Shamsuddin 090809

Kuliah Subuh

Bab hukum hudud; mencuri

• Yang dibolehkan menghadapi hukum hudud bagi orang yang mencuri adalah apabila jumlah barang yang dicuri itu bersamaan dengan 4.45 gm atau 1/4 Dinar.

• Mencuri yang tidak dikenakan hukum hudud;
1) Mencuri secara khianat. Saperti orang yang memecah amanah. Hukum perbuatannya itu tetap haram, dan dihukum dengan hukum takzir.
2) Orang yang menipu.
3) Mengambil harta orang lain secara paksa. Tidak dikerat tangan, tetapi dikenakan hukuman yang lebih berat.
4) Menyambar barangan orang lain secara lalu. Saperti meragut, menyeluk saku. Boleh ditafsirkan saperti diatas.
5) Mengambil buah didahannya kerana terlalu lapar. Wajib digantikan dengan nilai secukupnya. Jika mengambil buah yang telah dipetik maka jika cukup nilainya maka wajib dihukum hudud.

• Tersabit kesalahan mencuri dengan beberapa cara.
1) Penyakuan orang yang mencuri
2) Keterangan dua orang saksi lelaki yang adil. Yang dituduh boleh menolaknya dengan bersumpah didalam mahkamah.

• Pencuri terlepas daripada hudud apabila
1) Mencuri kurang daripada 1/4 dinar
2) Tida bukti
3) Bawah umur
4) Kecuaian tuan barang
5) Barang yang diambil adalah miliknya tetapi belum sampai kepadanya. Contoh mengambil harta faraid yang belum diagihkan oleh pihak berwajib.
6) Barang yang diambil tidak ada nilai. Saperti barangan yang telah rosak.
7) Mencuri peralatan atau benda yang dilarang oleh syara'
8) Mencuri barang orang yang berhutang kepadanya. Dengan nilai yang sama.
9) Mencuri diwaktu keadaan yang susah. Saperti dimusim kemarau dimana makanan susah didapati.
10) Mencuri barangan ibu bapa atau anak nya
11) Mencuri harta suami atau isteri.
12) Mencuri barang yang diBaitulmal
13) Mencuri barang yang tuannya tidak mengaku.
14) Mencuri secara beramai-ramai. Nilai yang dicuri setelah diagihkan kepada setiap orang dibawah nilai 1/4 dinar.
15) Pencuri telah memulangkan barang kepada tuannya.
16) Pencuri membantah akan kesahihan saksi. Jika terbukti hakim boleh menggugurkan

• Hudud dikenakan;
1) Pencuri yang tersabit oleh saorang hakim akan kesalahan. Yang mencuri pertama akan dikerat tangan kanan. Mencuri kali kedua dikerat kaki kiri. Mencuri seterusnya dikenakan hukum takzir sahaja.

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914