Ustaz Halim 230809

Kuliah Subuh

• Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan rahmatNya dapat kita mengerjakan ibadah dengan suasana aman dan damai. Terutama dibulan Ramadhan ini.

• Sahabat Rasulullah SAW pernah bertanya kepada Baginda tentang amalan;

- yang dapat masukkan sesaorang kedalam syurga?

- yang dapat menjauhi sesaorang daripada menghindar diri daripada api neraka?

• Rasulullah SAW menjawab;

- Jangan mempersekutukan Allah SWT; ikhlaskan semua amalan kerana Allah SWT

- Mendirikan solat

- Menunaikan zakat; membersihkan diri sesaorang yang mengerjakan.

- Berpuasa dibulan Ramadhan.

- Menunaikan Haji

• Pintu pintu kebaikan yang juga dapat memasukkan sesaorang kedalam syurga;

- Berpuasa itu sebagai benteng daripada berbagai cabaran dan dugaan. Memberi kejayaan kepada manusia didunia dan akhirat.

- Bersedekah; sekiranya diterima Allah SWT maka akan terhapuslah dosanya.

- Bangun diwaktu malam untuk menyerjakan solat.

• Kepala segala urusan;

- Islam; penyerahan diri semata-mata kerana Allah SWT

- Jihad; merupakan puncak segala amalan. Yang paling besar adalah jihad menentang nafsu.

- Jaga Lidah; ia menjadi punca kita diselamatkan Allah SWT. Ia juga menjadi punca manusia dicampakkan kedalam api neraka.

• Kebanyakkan manusia dimasukkan kedalam neraka kerana;

- Mulut

- Kemaluan

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914