Ustaz Azman 300809

Kuliah Subuh

• Orang yang beriman apabila disebut nama serta dibaca akan ayat-ayat Allah SWT timbul perasaan gentar dijiwa mereka.

• Tetapi hari ini ramai juga yang tidak terkesan didalam hati mereka walaupun mereka membaca Al Quran. Kenapa?

• Salah satu puncanya adalah ramai yang tidak memahami apa yang dibaca daripada ayat ayat Allah SWT.

• Apabila Quran yang dibaca tidak diketahui akan makna larangan dan suruhan, maka bagaimana hendak terkesan didalam hati. Tidak merasa takut kerana tidak mengetahui ancaman Allah SWT.

• Penting bagi orang mukmin memahami akan apa yang dibaca daripada ayat-ayat Allah SWT supaya ia terkesan didalam amalan kehidupan seharian. Maka akan dapat ia merasakan ketakutan akan ancaman Allah SWT.

• Apabila ia tahu akan betapa dahsyatnya neraka yang menanti untuk mengazabkan orang- orang yang kufur. Maka tentulah timbul didalam hati dan jiwa nya rasa takut terhadap ancaman tersebut.

• Memahami akan makna dan maksud ayat- ayat Allah SWT itu dapat membentuk keperibadian sesaorang muslim yang mukmin.

• Orang yang memahami dapat menghayati ajaran yang terkandung didalam Al Quran. Dilengkapi dengan ilmu yang mencukupi maka akan terbinalah peribadi seorang insan mukmin yang soleh.... InsyaAllah.

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914