Ustaz Azman 160809

Kuliah Subuh

• Sifat malu adalah sebahgian daripada cabang IMAN

• Merasa malu dengan Allah SWT daripada melakukan maksiat. Malu kerana melakukan perkara yang haram dan tidak melakukan perkara yang wajib.

• Ramai yang merasa malu kepada sesama manusia. Tetapi tidak ramai yang merasa malu kepada Allah SWT.

• Perlulah ada rasa malu kepada Allah SWT kerana tidak melakukan suruhannya. Contohnya; sesaorang yang tidak menutup aurat. Membeli, menjual, meminum arak.

• Masyarakat yang tidak malu kepada Allah SWT dengan melakukan maksiat berterang terangan akan mengundang kemurkaan NYA. Kemungkinan besar masyarakat ini berisiko untuk menerima bala' daripada Allah SWT.

• Malu kepada Allah SWT dengan bersyukur akan pemberian NYA. Melafazkan dengan mulut. Membenarkan didalam hati. Melakukan dengan. Anggota.

• Orang beriman bukan sahaja malu melakukan perkara haram tetapi juga malu untuk melakukan perkara makruh. Inilah sifat orang yang beriman.

• Orang yang beriman apabila melakukan maksiat, akan merasa malu kepada Allah SWT. Serta disusuli dengan bertaubat kepada NYA

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914