Posts

Showing posts from February, 2013

My idea : Ustaz Amran Yussof 280213

Ustaz Amran Yussof 280213 Ustaz Amran Yussof 280213 Kuliah Maghrib, Masjid Al Huda Shah Alam Bersiwak Terdapat banyak hadith mengenai hal ini. Daripada Abu Hurayrah daripada Rasulullah s.a.w. sabdanya: "Kalaulah tidak menyusahkan umatku pasti aku memerintahkan mereka supaya menggosok gigi bersama dengan setiap wudu`. (Malik: 115, Ahmad: 7412, al-Nasa`i, no: 7, Ibn Khuzaymah: 140, al-Bukhari secara ta'liq dalam Kitab al-Sawm Bab Siwak al-Ratb Wa al-Yabis) Hadis Abu Umamah, bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Bersiwaklah kamu sekelian, sesungguhnya bersiwak itu dapat membersihkan mulut dan diredhai Allah." (HR Ibnu Majah) Namun, kebiasaannya Nabi s.a.w menggosok gigi berulang kali setiap hari. Sehubungan dengan ini, Amir bin Rabiah melaporkan: "Aku melihat nabi menggosok gigi (berulang-ulang kali) sehingga aku tidak mampu menghitung jumlahnya ketika baginda berpuasa." (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmizi). Huku

My idea : Ustaz Dato' Nizam 260213

Ustaz Dato' Nizam 260213 Ustaz Dato' Nizam 260213 Kuliah Maghrib, Masjid Al Huda Shah Alam Punca manusia jadi sombong....mengikut Imam Ghazali Merasa pekerjaannya atau amalannya hebat Merasa keturunannya yang mulia Merasa dia lah yang kaya Merasa dirinya cantil Merasa dia yang lebih kuat Merasa dia yang banyak pengikut Seorang ulama tarikat bermimpi berjumpa Rasulullah SAW Baginda bersama Abu Bakar didalam syurga Terdapat beberapa mahligai yang indah Saidina Abu Bakar menyatakan kepada Baginda yang dia berkenan dengan mahligai tersebut Baginda menyatakan bahawa mahligai itu sudah ada pemiliknya Adalah untuk manusia yang telah memaafkan mereka yang mengkhianatinya Imam Al Syibli menyatakan orang yang ikhlas itu... Orang yang tawadho' dengan kekayaan Allah SWT Orang yang berdoa bersungguh- sungguh Bila ia berucap. Ucapan itu disandarkan kepada ayat Al Quraan Orang

Ustaz Azman 170213

Ustaz Azman 170213 Ustaz Azman 170213 Kuliah Subuh, Masjid Al Huda Shah Alam Ulama' pewaris Nabi Mereka merupakan orang yang mempunyai ciri berikut... Mempunyai ilmu yang menyampaikan sifat takut kepada Allah SWT Mereka merupakan orang yang takut kepada Allah SWT dan mempertegakkan hukum Allah SWT Ilmu saorang Ulama' Membawa kebaikan kepada masyarakat Mengajar anak muridnya takut kepada Allah SWT Tidak bersifat takbur dengan ilmu yang mereka ada Saidina Ali mentakrifkan ulama'... Tidak pernah melakukan maksiat Mengajar manusia menjauhi akan maksiat Ulama' perlu berterus terang Berasaskan kepada ilmu yang sahih Tidak memilih siapa dan tempat Tidak mengira golongan kaya atau miskin Jangan meringan ringankan hukum Allah SWT semata mata untuk menyenangkan orang berkuasa Ulama' mempunyai karakter dan personaliti yang tidak mengharapkan pangkat dan kedudukkan

Ustaz Othman Hamzah 150213

iThoughts Ustaz Othman Hamzah 150213 Kuliah Maghrib, Masjid Al Huda Shah Alam Apabila doa kita dimakhbulkan Allah SWT Bererti yang Allah SWT menunjjukkan sifat kasih sayang serta pemurah NYA Tetapi apabila doa kita tidak diperkenankan lagi Bererti Allah SWT itu menunjjukkan hikmahNYA Manusia dianugerahkan Allah SWT dengan akal Satu pemberian yang tidak diberi kepada makhlukNYA yang lain Maka dikehendakki manusia menggunakkan akal tersebut Dapat mengenal siapa dirinya dan siapa penciptanya? Allah SWT apabila hendak membuka peluang atau pintu kesenangan Kita akan merasa ketidak puasan dengan persekitaran Hijab yang kadangkala menghalang kita mengenal realiti baik dan buruk akan mula dibukakan Mula melihat perkara yang berorientasikan kemaksiatan dan kemungkaran. Walaupaun perkara tersebut diselubungi oleh benda benda yang logiknya macam baik Bagi orang yang beriman keadaan tersebut akan dijauhinya. Mulalah dia meninggalkan perbuatan yang berdosa Mengenal Allah SWT Hatilah tempat mengenal

Sending Ustaz Nik Bakri 070213 from iThoughts

iThoughts Ustaz Nik Bakri 070213 Kuliah Maghrib Sifat Iradah Ertinya IradahNya itu Iradah yang sempurna, tanpa apa-apa kekurangan, tanpa nafsu syahwat yang menggangu, tanpa lupa dan lalai, pendeknya semua sifat-sifat kekurangan tidak ada menyentuh IradahNya yang sempurna itu, apa yang Dia kehendaki jadi, apa yang Ia tidak kehendaki, tidak menjadi, dan terjadinya sesuatu mengikut IradahNya, pada waktu yang dikehendakinya] Allah SWT ada kehendakNYA sendiri Tidak mengikut kehendak yang lain. Seperti Manusia selalu berkehendak sesuatu kerana mengikut kehendak orang lain Manusia mengikut kehendak Allah SWT Apa yang terjadi keatas setiap manusia adalah kerana mengikut kehendak Allah SWT Hidup dan mati. Sihat dan sakit. Kaya dan miskin adalah semuanya kerana kehendak Allah SWT Wali wali Allah SWT redha dengan Allah SWT Wali wali Allah SWT yakin bahawa setiap apa yang terjadi adalah kehendak Allah SWT Telah hilang rasu takut merasai kesusahan. Kerana mereka yakin akan kehendak Allah SWT. Apa

Ustaz Rahmatullah 040213

iThoughts Ustaz Rahmatullah 040213 Kuliah Maghrib, Masjid Al Huda Shah Alam Keutamaan qiamulail Sembahyang diwaktu malam setelah tidur Untuk mengerjakan solat tahajud Susah dilakukan kerana nak melawan nafsu dan syaitan Hadith mengenai qiamullail Diceritakan kepada beliau tentang orang yang tidur semalam suntuk tanpa mengingati untuk bersolah. Maka baginda mengatakan; "Orang tersebut telah dikencing syaitan di kedua telinganya." (Hadith Muttafaq' Alaih, dari hadis Ibnu Mas'ud) "Wahai manusia sebarkanlah salam, bagilah makan dan sembahyanglah malam ketika manusia tidur nescaya kamu akan masuk syurga dgn selamatnya." (Hadis hasan sahih riwayat at-Tirmizi) Wassalam

Ustaz Yussuf 030213

iThoughts Ustaz Yussuf 030213 Kuliah Subuh, Masjid Al Huda shah Alam Mentaati perintah Allah SWT Menjauhkan diri daripada melakukan dosa Sesiapa yang menjalankan apa sahaja yang disuruh, serta mejauhkan diri daripada yang dilarang akan berjaya hidupnya didunia dan akhirat. Bagaimana pula dengan ketaatan kepada ulul amri? Didalam Islam ketaatan itu terbatas dengan ketaatan kepada Allah SWT Ulul Amri juga wajib metaati perintah Allah SWT Sistem pemerintahan didalam masyarakat Islam hendaklah berasas kepada ketaatan kepada Allah SWT Islam tidak menghalang cara apa yang dijalankan asalkan ia tidak bercanggah dengan hukum Allah SWT Allah SWT telah menceritakan hal Firaun dengan Musa AS didalam Al Quraan Kezaliman itu bertentangan dengan hukum Allah SWT Dinegara kita mengamalkan sistem demokrasi berparlimen Adakah ia mengikuti kehendak Islam? Ada berkumpulan atau parti Yang memenagi pilihanraya akan memerintah Yang kalah menjadi pembangkang Ia selari dengan kehendak Islam selagi para pemimpi