My idea : Ustaz Amran Yussof 280213

Ustaz Amran Yussof 280213
Ustaz Amran Yussof 280213
  • Kuliah Maghrib, Masjid Al Huda Shah Alam
    • Bersiwak
      • Terdapat banyak hadith mengenai hal ini.
        • Daripada Abu Hurayrah daripada Rasulullah s.a.w. sabdanya: "Kalaulah tidak menyusahkan umatku pasti aku memerintahkan mereka supaya menggosok gigi bersama dengan setiap wudu`. (Malik: 115, Ahmad: 7412, al-Nasa`i, no: 7, Ibn Khuzaymah: 140, al-Bukhari secara ta'liq dalam Kitab al-Sawm Bab Siwak al-Ratb Wa al-Yabis)
          • Hadis Abu Umamah, bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Bersiwaklah kamu sekelian, sesungguhnya bersiwak itu dapat membersihkan mulut dan diredhai Allah." (HR Ibnu Majah)
            • Namun, kebiasaannya Nabi s.a.w menggosok gigi berulang kali setiap hari. Sehubungan dengan ini, Amir bin Rabiah melaporkan: "Aku melihat nabi menggosok gigi (berulang-ulang kali) sehingga aku tidak mampu menghitung jumlahnya ketika baginda berpuasa." (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmizi).
            • Hukum bersiwak
              • Mengikut imam Shafi'i hukum bersiwak itu hukumnya sunnat
              • Bilakan digalakkan bersiwak ?
                • Ketika wudhu', mendirikan sembahyang, membaca al-Quran atau al-hadis atau ilmu syarak atau berzikir, bangun tidur, berubah bau mulut, berubah dengan sebab tidur atau makan atau lapar atau diam yang lama atau banyak bercakap, pada waktu sahur, ketika makan dan selepas witir.
                • Sutrah
                  • Kedua: Membiarkan orang lain untuk melintasi dihadapan ketika seseorang itu sedang solat boleh menjejaskan kesempurnaan solat bahkan terbatal sekiranya seorang wanita berhaid (yang telah baligh) atau keldai atau anjing hitam yang melintasi di hadapannya. Musa ibn Thalhah daripada bapanya, beliau berkata: "Kami pernah solat sedangkan haiwan tunggangan lalu-lalang di hadapan kami, lalu kami menceritakan situasi tersebut kepada Rasulullah s.a.w. Maka baginda bersabda: "Sekiranya telah ada objek seperti pelana haiwan tunggangan dan diletakkan di hadapan salah seorang dari kamu (sebagai sutrah), maka sesuatu yang melintas di hadapan mereka (di balik sutrah) tidak akan mengancam (menjejaskan) solatnya." (Hadis Riwayat Imam Muslim) Rasulullah juga pernah bersabda: "Apabila salah seorang di antara kamu melaksanakan solat, sesungguhnya dia telah memiliki sutrah bila di hadapannya terdapat suatu penghadang seperti pelana haiwan tunggangan. Jika di hadapannya tidak terdapat sesuatu seperti itu, solatnya akan terputus jika dilintasi oleh keldai, wanita, dan anjing hitam." (Hadis Riwayat Imam Muslim) Justeru itu sekiranya ada orang lain yang ingin melintasi dihadapan seseorang yang sedang solat, hendaklah dia menghalangnya. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila ada sesuatu melintas di hadapan salah seorang di antara kamu yang sedang solat, maka hendaklah dia menghalangnya dari melintas sebanyak dua kali. Apabila ia tetap juga mahu melintas, maka lawanlah dia kerana dia adalah syaitan." (Hadis riwayat Imam Ibnu Khuzaimah)
                    • Kata Imam An-Nawawi: Berupa sesuatu yang dapat didiri atau diletakkan di hadapan seseorang yang bersembahyang seperti tongkat, kayu, kumpulan batu atau tanah (jika sembahyang di atas tanah atau pasir P), atau barangan;(jika tiada) boleh juga tikar atau hamparan sembahyang; pun juga digariskan satu garisan (sebagai langkah terakhir).
                    • Apakah hukumnya melakukan sutrah?
                      • Kata Imam An-Nawawi dalam Syarah Muslim: Berdasarkan Hadith menunjukkan sunat meletakkan sutrah di hadapan seseorang yang bersembahyang; sekurang-kurangnya setinggi hujung pelana unta, iaitu dua pertiga hasta.
                        • Jumhur ulama, yang berpendapat bahawa mengadakan sutrah itu adalah sunat, mereka berdalil dengan hadis dari Abu Sa'id AI-Khudri r.a.,1 bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, "Apabila salah seorang dari kamu solat menghadap sesuatu yang dapat menghalanginya dari manusia, lalu ada seseorang ingin melintasi di hadapannya, maka hendaknya ia menolaknya. Apabila orang yang hendak melintas itu enggan, tetap hendak melintas, maka hendaklah ia melawannya kerana orang itu adalah syaitan".

                        Comments

                        Popular posts from this blog

                        Ustaz Ghazali Omar 020912

                        Ustaz Shamsuddin 090809

                        Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914