Posts

Showing posts from November, 2010

Ustaz Azman 211110

Kuliah Subuh • Menzalimi orang lain atau diri sendiri hukumnya adalah Haram. • Kebanyakkan orang menzalimi diri mereka sendiri. • Ketahuilah bahawa doa orang yang dizalimi itu mahbul. Tidak ada hijab diantara doa tersebut dengan Allah SWT. • Balasan orang yang menzalimi orang lain adalah berlipat ganda diakhirat nanti. Besar dosanya disisi Allah SWT. • Orang yang mendapat kemurkaan Allah SWT; > Pemimpin yang merampas hak raakyat > Pemimpin yang ditaati kaumnya. Tidak dibeza yang kuat atau yang lemah. Semua dizalimi. > Suami yang tidak mementingkan keluarga dan isterinya. Tanpa mendidik didalam hal agama. > Majikan yang tidak memberi upah pekerjanya dengan cukup sebagaimana yang dijanjikan. > Lelaki yang tidak membayar mahal isterinya sebagaimana yang dipersetujui. • Orang yang beriman hendaklah menghindarkan diri daripada menzalimi orang lain dan diri sendiri. Wassalam Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ustaz Jefri 201110

Kuliah Maghrib • Mengabdikan diri hanya kepada Allah SWT semata mata. • Tiada sekutu bagi Allah SWT. Tiada apa yang menyamai atau mengatasi kekuasaan NYA. • Mempercayai kepada tangkal dan benda- benda yang menyamainya. Malah gelang meknatik juga sekiranya tidak diniat dengan betul boleh membawa kepada perbuatan syirik. • Didalam azan yang berkumandang setiap waktu juga terdapat pernyataan kepercayaan kepada ketuhanan Allah SWT sahaja dan kerasulan Nabi Muhammad SAW, utusan yang terakhir. Azan itu pula dijawab oleh orang- orang yang beriman, sebagai peringatan. • Syirik bagi sesiapa yang menyembah taghud. Yang dikatakan taghut adalah; > Berhala > Manusia yang zalim, yang mengajak manusia menidakkan kewujudan Allah SWT • Orang yang beriman itu takut kepada Allah SWT. Dengan sentiasa menjalankan hukum NYA, dan menghindari larangan NYA. Takut dan mengharap kepada balasanNYA diakhirat kelak. • Orang yang berjaya didunia ini, mengikut Islam adalah mereka yang;

Ustaz Rusmaidi 141110

Kuliah Subuh Masjid Al Huda S.Alam • Untuk beramal soleh ada perkara yang menjadi penghalang. - dunia - manusia - syaitan - hawa nafsu • Dunia selalu membuat manusia cuai daripada mengingati Allah SWT. • Imam Ghzali menulis didalam kitabnya, untuk menawan dunia sesaorang itu perlu mempunyai sifat ZUHUD. • Sifat Zuhud itu dimana sesaorang itu mempunyai harta dan pangkat tetapi ia tidak melekat atau terkesan didalam hatinya. • Manusia juga kadangkala mengajak sesama manusia membuat perkara yang menjauhi diri daripada Allah SWT. Mereka merupakan penghalang kepada melakukan ibadah kepada Allah SWT. Maka perlulah manusia sebegini dijauhkan. • Penghalang daripada melakukan ibadah yand soleh juga datangnya daripada perkara yang ghaib. Ia itu syaitan laknatullah. Yang sentiasa berusaha melakukan berbagai perbuatan untuk memesungkan manusia daripada Allah SWT. Manusia yang beriman hendaklah menutup ruang- ruang yang membolehkan syaitan memasuki diri sendiri. • Menutup pintu-pintu syaitan dengan

Ustaz Dato' Nahrawi 121110

Tazkirah Jumaat Masjid Al Huda Seksyen 19 Shah Alam ¤ Hari Raya Haji atau Eidil Adha atau Hari Raya Korban. ¤ Apabila diberi nikmat hendaklah manusia menunjjukkan kesyukuran mereka dengan: - bersolat - berkorban ¤ korban yang dilakukan umat Muhammad SAW hendaklah mengambil pengajaran daripada korban yang dilakukan Habil dan Nabil. Serta seikhlas korban Nabi Ibrahim mengorbankan anak baginda Nabi Ismail. ¤ Persembahan korban bukanlah bererti yang Allah SWT memerlukan daging atau darah binatang korban. Tetapi Allah SWT melihat ketakwaan hambaNya. ¤ Nabi Ibrahim RA melaksanakan perintah Allah SWT bukanlah kerana baginda tidak sayangkan anaknya. Tetapi kerana ketakwaan kepada Allah SWT. • Saidina Siti Hajar sanggup ditinggalkan suaminya ditengah tengah padang pasir adalah kerana tetakwaan kepada Allah SWT. Begitulah juga Nabi Ismail yang mengizinkan ayahnya meyembelihnya semata mata kerana sifat ketakwaan kepada Allah SWT. Wassalam Sent from my BlackBerry®

Ustaz Ali 091110

Kuliah Maghrib • Mempercayai kepada hari akhirat adalah satu daripada rukun iman. • Percaya kepada hari akhirat termasuk - kematian - alam kubur - mahsyar - syurgan dan neraka • Neraka mengikut hadith telah pun disediakan Allah SWT beribu ribu tahun yang lampau. Sehingganya api itu terlalu panas hingga gelap warnanya. • Syurga juga telah pun disediakan. Serta dilingkari dengan perkara yang tidak disukai oleh nafsu. Wassalam Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ustaz Yusuf 071110

Kuliah Subuh • Diceritakan bahawa disatu masjid tidak mengizinkan saorang alim, Imam Ahmad megerjakan solat. Seorang pengguli roti melihat keadaan itu lalu dijemputnya orang alim tersebut kekedainya. Dia pun tidak mengenali Imam Ahmad. Setiap kali dia membakar roti dia membaca Astaghfirullah. Membacanya berulang ulang kali. Ditanya oleh Imam Ahmad sudah lamakah dia mengamalkan perkara tersebut. Penggali roti itu menjawab sudah lama. Maka Imam Ahmad bertanya lagi, adakah lagi permohonannya yang belum ditunaikan. Dia menjawap bahawa Allah telah menunaikan semua permohonannya kecuali satu. Iaitu untuk bertemu dengan Imam Ahmad. Maka dikatakan kepadanya bahawa permohonannya telah dimakhbulkan oleh Allah SWT. • Didalam beragama beramal yang berterusan akan diberikan ganjaranya daripada Allah SWT. Beramal juga perlu secara konsisten, didalam ataupun diluar masjid. Tidak boleh diasingkan amalan agama kita walaupun berada diluar masjid. • Apa sahaja yang dilakukan oleh seorang mukm

Ustaz Yusri- KAGAT 011010

Kuliah Maghrib • Sifat- sifat yang akan menghancurkan sesaorang. • KEDEKUT yang diturutkan. - terutama dengan ahli keluarga, tetapi dengan kawan-kawan bukan main pemurah. - apabila mendapat nikmat ia tidak mahu orang lain merasanya. - Sifat kedekut tidak akan membawa kebaikan. - Saidina Ali menyatakan harta yang disedekah itulah harta yang kekal. - Terdapat orang yang tidak suka jika ada tetamu yang bertandang kerumahnya. - sijahil yang murah hati lebih disayangi Allah SWT daripada sialim yang kedekut. • NAFSU yang ditaati. - nafsu itu jangan dituruti. Lawan... - syaitan dan iblis menggunakan nafsu. - lawan nafsu dengan rasa keataan - jaga makan jika mahu menundukkan nafsu. • MENGKAGUMI diri sendiri - merasa diri itu hebat. - suka makan puji. - sikap ini akan menafikan pahala yang kita ada. Wassalam Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ustaz Yusuf 031010

Kuliah Subuh • Orang yang cerdik adalah mereka yang suka mengingati akan kematian. Disamping mempunyai ilmu- ilmu yang lain. • Orang- orang yang beriman akan diturunkan Allah SWT dengan nikmat yang melimpah. • Cabaran yang dihadapi oleh orang- orang yang beriman adalah berhadapan dengan musuh ketatnya secara berterusan. Iblis, Syaitan dan Nafsu merupakan musuh yang tidak pernah letih mengajak orang orang beriman mengikut jejak mereka. • Keadilan dituntut oleh agama Islam. Terutama pemimpin yang berlaku adil ketika menjalankan tugasnya. Tidak memberati kemana mana pihak. Dia memihak kepada pihak yang benar. • Islam juga menuntut orang- orang yang beriman supaya mendidik anak-anak muda yang senantiasa menghayati agama. • Masjid merupa tempat yang suci dan mempunyai berbagai peranan didalam pembangunan ummah. Orang- orang lelaki yang beriman hati mereka selalu mengingati masjid. Terpaut hatinya. • Menghubungi silaturrahim diantara orang orang yang beriman sangat- sang

Ustaz Tajuddin 091010

Kuliah Subuh • Tujuh golongan manusia yang di beri perlindungan dihari mahsyar. - pemimpin- pemimpin yang adil. Iaitu pemimpin yang menjalankan hukum Allah swt. - Remaja yang hidup didalam peribadatan kepada Allah swt. - Lelaki yang hatinya kasih kepada masjid. - Dua orang lelaki yang bersahabat kerana Allah swt. - Seorang lelaki yang sihat diajak oleh saorang perempuan yang cantik untuk melakukan maksiat. Lelaki tersebut menolak kerana takut kepada Allah swt. - Sesaorang yang merahsiakan sedekahnya. Saolah-olah tangan kanan bersedekah tanpa diketahui oleh tangan kiri. - Lelaki yang bersendirian mengingati akan Allah swt. Berlinang air mata nya kerana takut kepada Allah swt diatas segala dosa yang telah dilakukan. Wassalam Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ustaz Mohd Adhzar 190910

Kuliah maghrib • Solat didalam Islam merupakan ibadah yang besar implikasinya. Bagaikan satu yang tinggi nilainya. • Cara sesaorang itu mengerjakan solatnya itu merupakan betapa ia menilaikan hubungannya dengan Allah SWT. Dan begitu jugalah betapa tingkatan penghambaannya kepada tuhannya. • Mengingati Allah SWT itu akan mendatangi perasaan yang tenteram didalam hati. Hakikat kebahgiaan didalam hidup didalam dunia yang fana ini adalah keadaan hamba yang sentiasa mengingati AllaH SWT. • Apabila seorang hamba itu mengingati Allah SWT maka hakikatnya Allah SWT mengingatinya dengan berganda-ganda. • Apa sahaja yang dilakukan oleh sesaorang hamba hendaklah ia melakukan kerana ingin mendapat keredhaan Allah SWT. Ia didalam keadaan sedar akan kebesaran dan keagungan Allah SWT. • Tingkatan yang tinggi iman sesaorang hamba itu adalah ia melakukan amalan kerana patuh akan suruhan atau larangan Allah SWT. Dan dia semata-mata melakukan kerana inginkan keredhaan Allah SWT. • Ber

Ustaz Shamsuddin 101010

Kuliah Subuh ¤ Diyat bagi kesalahan yang berat adalah 100 ekor unta. Kesalahan yang dikenakan diyat; - pembunuhan serupa dengan sengaja. - pembunuhan dengan sengaja yang dimaafkan oleh waris. ¤ Diyat itu ditentukan oleh hakim. ¤ Seorang yang membunuh dengan sengaja. Disabit kesalahannya serta mendapat keampunan daripada waris. Para hakim akan menjalankan hukum takzir. ¤ Orang yang melakukan kesalahan ringan. Jika mendapat hukuman diyat 'ringan' setelah diberi kemaafan daripada waris. ¤ Hakim juga menentukan cara membayar diyat. Wassalam Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ustaz Rusmaidi 171010

Kuliah Maghrib • Allah SWT memberi hidayah untuk membuka pintu hati sesaorang untuk menerima Islam. • Mengikut imam Al Ghazali hidayah itu perlu diberi pengisian bagi memantapkan Islam sesaorang itu. • ILMU merupakan langkah pertama. Mempunyai tiga cabang : - Ilmu tauhid Melingkupi sifat dua puluh Illahi. Terpecah kepada empat bahagian. - Ilmu Syariat Merupakan ibadat khusus dann tidak khusus serta hukumnya. Sama ada wajib, sunat, makruh, haram dan harus. - Ilmu tasawuf Amalan hati yang mendekatkan diri kepada Allah SWT. Supaya timbul perasaan kasih dan sayang kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW melebihi segala perkara. • Bertaubat kepada Allah SWT. Mempunyai dua cabang. - Berdosa kepada Allah SWT Kerana cuai kepada perintah Allah SWT. Dan kerana cuai daripada larangan Allah SWT. Syarat bertaubat ¤ Menyesal dengan bersungguh ¤ Tidak akan tinggalkan lagi ¤ berazam tidak mengulangi - Bersalah sesama manusia Perlu memohon maaf dan meminta dihalalkan. Wa

Ustaz Kamaruddin 301010

Kuliah maghrib • Ibadah yang dijalankan hendaklah dilakukan dengan ikhlas. Ambillah teladan daripada kisah qabil dan Habil, anak Nabi Adam R.A. • Berwaspada akan penipuan syaitan yang selalu mengganggu manusia semasa menjalankan ibadah. Dirasuk untuk manusia melakukan perkara ria' • Sebaik baik amalan adalah kita menginfaqkan harta yang kita kasehi. • Allah SWT tidak membebani hambanya dengan sesuatu yang ia tidak mampu menyerjakannya. Wassalam Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ustaz Ghazali Hasbullah 311010

Kuliah Maghrib • Alam ini dan suku sukunya adalah baharu. Ia juga berubah ubah. • Hakikat ini menunjjukkan bahawa hukum dunia itu bukan hukum yang kekal. Samalah seperti alam ini. Hanya hukum Allah SWT itulah yang kekal. • Hukum Allah SWT termaktub didalam Al Quran dan Sunnah. Sesiapa yang engkar kepada hukum Allah SWT itu hukumnya berdosa. Wassalam Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ustaz Abd Halim 241010

Kuliah Suboh • Binatang tunggangan itu mempunyai haknya. Hendaklah tuannya menjaga hal-ehwal minum dan makannya. Kesihatan binatang itu perlu diberi perhatian. • Semasa didalam musafir, orang mukmin dilarang bermalam dikawasan binatang melalu lintas. Dan dikawasan berkumpul binatang. Seperti dikawasan tadahan air, tempat minum binatang. • Semasa bermusafir, Rasulullah SAW tidur dengan cara yang dia mudah bangun. Terutama didalam sembahyang. Berbaring sebelah kanan dan menghadapi kiblat. • Disunatkan musafir diwaktu malam. Terutama waktu mendekati subuh. • Cara berpisah-pisah ketika sampai ditempat berhenti semasa bermusafir mengikut satu hadis yang sohih adalah cara syaitan. • Orang mukmin semasa bermusafir hendaklah menunggang binatang tunggangan dengan cara yang baik. Serta menjaga binatang tersebut dengan baik. • Semasa didalam perjalanan orang mukmin perlu menjaga adab ketika hendak melepas hajat kecil atau besar. Wassalam Sent from my BlackBerry® wirel