Ustaz Mohd Adhzar 190910

Kuliah maghrib

• Solat didalam Islam merupakan ibadah yang besar implikasinya. Bagaikan satu yang tinggi nilainya.

• Cara sesaorang itu mengerjakan solatnya itu merupakan betapa ia menilaikan hubungannya dengan Allah SWT. Dan begitu jugalah betapa tingkatan penghambaannya kepada tuhannya.

• Mengingati Allah SWT itu akan mendatangi perasaan yang tenteram didalam hati. Hakikat kebahgiaan didalam hidup didalam dunia yang fana ini adalah keadaan hamba yang sentiasa mengingati AllaH SWT.

• Apabila seorang hamba itu mengingati Allah SWT maka hakikatnya Allah SWT mengingatinya dengan berganda-ganda.

• Apa sahaja yang dilakukan oleh sesaorang hamba hendaklah ia melakukan kerana ingin mendapat keredhaan Allah SWT. Ia didalam keadaan sedar akan kebesaran dan keagungan Allah SWT.

• Tingkatan yang tinggi iman sesaorang hamba itu adalah ia melakukan amalan kerana patuh akan suruhan atau larangan Allah SWT. Dan dia semata-mata melakukan kerana inginkan keredhaan Allah SWT.

• Berzikir merupakan satu amalan yang baik. Kerana dengan berzikir sesaorang itu akan sentiasa mengingati Allah SWT.

• Apabila jiwa sentiasa mengingati Allah SWT akan dapat menerima segala apa jua ujian Allah SWT didalam hidup kita.

Wassalam.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914