Posts

Showing posts from April, 2021

Ustaz Dai Hazman 290421

Kuliah Subuh • Ramadhan satu nikmat kepada mukmin      • Diturunkan Al Quran      • Kerasulan Nabi Muhammad SAW      • Anugerah malam lailatul qadar • Al Quran      • Diturunkan pada malam lailatul qadar      • Didalam bulan yang mulia      • Menjadi penawar • Riwayat Muawiyah dengan iblis     • Dikejutkan iblis diwaktu subuh     • Kerana tidak mahu Muawiyah lambat solat     • Sekiranya dia lambat, Muawiyah akan mohon ampunan Allah SWT     • Ini lah yang ditakutkan Iblis, keampunan Allah SWT kepada hamba-Nya • Al Quran itu tidak ada keraguan nya. Perlulah difahami dengan ilmu yang benar. Orang yang mendampingi Al Quran akan mendapat keselamatan hidup dunia dan akhirat. • Diangkat mertabat orang yang menghafal dan mempelajari Al Quran. Membentuk akhlak yang baik. Mengajak orang yang selalu membaca dan memahaminya agar menuju jalan taqwa. • Jangan berpegang sebahagian daripada Al Quran dan menolak sebahagiannya yang lain. Perangai yang dicela oleh Allah SWT. • Hidup orang yang beriman ya

Ustaz Abdul Halim 250421

Kuliah Subuh • Mukmin yang melakukan kebajikan. Dengan membaca Al Quran, Bersolat, dan Bersedekah dengan mengharap keredhaan Allah SWT. Mereka dijanjikan ganjaran didunia dan diakhirat kelak. • Bagi sesiapa orang yang beriman mereka dijanjikan keselamatan dunia dan akhirat apabila mereka memberikan sebahagian daripada hartanya kerana Allah SWT. • Begitu juga dengan sesiapa yang membaca Al Quran mereka juga diberi ganjaran pahala. Setiap huruf digandakan sepuluh kali. Malah dibulan puasa ganjaran itu tidak terhitung ganjarannnya. • Orang beriman yang selalu berzikir juga disukai Allah SWT. Dia juga akan mendapat ganjaran. • Ganjaran orang yang selalu menyibukkan dirinya membaca Al Quran Dan berzikir akan diberi Allah SWT pemberian tanpa ia berdoa. • Membaca Al-Quran walaupun surah surah yang pendek sahaja ianya lebih baik daripada segala perkataan segala makhluk. Malah ganjarannya berlipat-lipat gandanya. Dibulan Ramadhan ia nya tidak terhitung oleh manusia akan ganjarannya. • Quran dit

Ustaz Dato' Nahrawi

Kuliah Ramadhan • Pada bulan Ramadhan ini lah diturunkan Allah SWT Al Quran kepada Nabi Muhammad SAW untuk paduan semua manusia. • Diturunkan Al Quran secara beransur-ansur. Dibawakan kedunia ini oleh malaikat yang mulia Jibrail kepada insan yang termulia Nabi Muhammad SAW. • Sebagai panduan hidup bagi orang-orang yang beriman. Jadilah umat yang kuat mengikut segala ajaran Al Quran. Tidak seperti umat yang terdahulu yang meninggalkan ajaran kitab yang dibawa oleh Nabi nabi dahulu. • Al Quran adalah petunjuk bagi manusia; • Bulan Ramadhan Allah SWT menurunkan kitab kitab Injil, Taurat dan Zabur serta Al Quran. •  Kalam Allah SWT, diturunkan di baitul Izzah oleh malaikat Jibrail. Serta disampaikan kepada Nabi Muhammad SAW secara perlahan-lahan selama 23 tahun. •  Dibimbing Rasulullah SAW untuk memahami dan menghafal ayat-ayat Al-Quran. Kerana baginda adalah seorang yang Ummi. •  Bagi menepati keperluan manusia sepanjang zaman. • Al Quran mendidik manusia untuk menjadi orang yang bertaqwa

Ustaz Jihad 240421

Kuliah subuh • Bersyukur kepada Allah SWT     • Merasa didalam hati     • Mengucapkan akan kesyukuran     • Melakukan ibadah • Para sahabat dan ulama' merasakan diri mereka tidak mensyukuri dengan sepatutnya akan nikmat Allah SWT. Walaupun mereka ini banyak melakukan ibadah jika dibandingkan dengan kita. • Mensyukuri nikmat Allah SWT dengan memperbanyakkan melakukan ibadah. Baginda SAW banyak melakukan solat-solat malam sebagai tanda kesyukuran Baginda. • Allah SWT menyukai akan hamba NYA yang menyatakan kesyukuran nya kerana mendapat sesuatu nikmat. • Hamba yang bersyukur akan nikmat maka Allah SWT akan menambahkan lagi nikmat. • Cara bersyukur kepada Allah SWT adalah menggunakan nikmat yang diberikan kepada seseorang itu dengan memperbanyakkan lagi beribadah.      • Nikmat masa diisi dengan ibadah      • Nikmat harta diisi dengan bersedekah dan menjauhkan melakukan maksiat dengan kekayaan tersebut      • Nikmat kesihatan digunakan dengan memperbanyakkan amal ibadah • Ramadhan jug

Ustaz Syukri 180421

Kuliah Subuh • Orang yang beriman hendaklah selalu mengingati dan memuji Allah SWT. • Ibadah puasa diwajibkan kepada kita dan juga kepada umat dahulu. • Berpuasa itu haruslah menambah keimanan, keislaman dan keihsanan. Mudah mudahan menambah ketakwaan. • Rasulullah SAW menyatakan sesiapa yang merasa seronok dengan kedatangan Ramadhan, Allah SWT menghalang orang tersebut dari api neraka. • Seseorang yang didalam bulan Ramadhan dia berpuasa kerana taat kepada ketentuan Allah SWT. Ini menunjukkan keimanannya kepada Allah SWT. • Melakukan sesuatu ibadah dengan ikhlas kerana Allah SWT. Mudah mudahan dipertingkatkan iman serta diberi ganjaran di akhirat kelak. • Memperbanyakkan doa kepada Allah SWT di bulan Ramadhan ini agar dihindarkan daripada bala bencana. • Didalam menjalankan ibadah puasa hendaklah mensucikan diri daripada perbuatan yang keji dari segi perkataan dan perbuatan. • Meningkatkan iman seseorang individu perlulah juga taat tulus kepada perintah wali amri. • Orang yang beriman

Ustaz Shamsuddin 170421

Kuliah Subuh • Karamah maksud dari segi bahasa adalah penghormatan. Pada hakikatnya adalah anugerah Allah SWT kepada hambaNya yang luar biasa.  Luar daripada adat. • Karamah juga dapat diertikan istiqamah seorang hamba kepada Allah SWT. Mengenal tuhan nya. Dapat mengawal hawa nafsunya. Dirinya tenang. • Karamah dianugerahkan kepada hamba Allah SWT yang beriman dan teguh menunaikan suruhan Allah SWT. • Perkara luar biasa yang terjadi kepada manusia tidak semestinya karamah. Ia mungkin sihir atau istidraj. • Perbezaan karamah dengan istidraj adalah yang satu anugerah Allah SWT kepada orang yang beriman dan yang satu lagi merupakan dugaan Allah kepada orang yang fasik. • Orang yang mendapat karamah di akhirnya ia dimuliakan. Walhal istidraj di akhirnya ia dijatuhkan atau dimusnahkan. • Orang yang mendapat karamah, mereka ini tidak meminta-minta kepada Allah SWT. Malah diberikan tanpa diduganya. Setiap kali dirasakan atau dialami nya karamah itu maka bertambah kuat imannya kepada Allah SWT

Ustaz Dato' Nizam

Kuliah Ramadhan • Bulan Ramadhan Allah SWT menurunkan Al Quran. Menjadi petunjuk bagi manusia. • Fadhilat sembahyang berjemaah banyak ganjaran. Terutama solat subuh, seakan seseorang itu solat sepanjang malam. • Ramadhan merupakan bulan yang utama. Bulan yang besar darjatnya. Penuh dengan keberkatan. • Terdapat didalam bulan Ramadhan satu malam yang panggil malam lailatul qadar. Kelebihan yang beribadat seumpama bersamaan seribu bulan. • Diwajibkan orang mukmin berpuasa didalam bulan Ramadhan. Orang beriman mengerjakan ibadah puasa kerana untuk mendapatkan Rahmat Allah SWT. Agar diampunkan dosa dosa yang lalu. • Puasa juga mengajar orang yang beriman mengerjakan ibadat. Dimana ibadat sunat digandakan fadhilat seperti mengerjakan amalan yang wajib. Ibadat wajib pula digandakan tujuh puluh kali fadhilat. • Berpuasa juga mendidik akhlak seseorang agar menjadi orang yang sabar dan bermurah hati. Digalakkan memberi makan orang yang hendak berbuka puasa. • Wassalam  

Ustaz Shamsuddin 110421

Kuliah Subuh • Tahap kehambaan (ubudiah) yang tinggi kepada Allah SWT didalam diri seseorang maka akan  timbul kurniaan NYA. • Mencapai tahap ubudiah yang  tinggi susah bagi seseorang yang kuat egonya. • Hakikatnya setiap perkara yang manusia berkehendak adalah kepunyaan Allah SWT. Seperti kekayaan harta benda, kekuatan fizikal, DLL. • Manusia menjadi kaya, siapa kah yang memberi rezki itu? Tentulah segala kekayaan adalah kurniaan Allah SWT. • Sekiranya Allah SWT hendak memberi sesuatu kepada hambaNYA tiada siapa yang dapat menghalangnya. Jika DIA mengasihi hamba Nya maka tiada apa yang mustahil akan apa sahaja kurniaan NYA. • Seseorang yang tahap ubudiah nya tinggi sedar bahawa segala yang dinikmati kesenangan didunia ini datang daripada Allah SWT. Sentiasa bersyukur dan setiap kurniaan akan menguatkan imannya. • Bagi seseorang yang beriman perlu mempunyai sifat ubudiah. Tahu hamba itu fakir, yang maha kaya adalah Allah SWT. Dan seterusnya sifat sifat yang lain. Hamba itu lemah, yang

Ustaz Muhammad Haslam 100421

Kuliah Subuh • Para sahabat dibulan Sya'ban memperbanyakkan ibadah, terutama membaca Al Quran. • Ganjaran bagi seseorang berpuasa akan ditentukan oleh Allah SWT. • Orang yang berpuasa rasa gembira ketika berbuka kerana Allah SWT telah memberi kekuatan kepada nya untuk menyempurnakan ibadah puasa. • Di sisi Allah SWT bau mulut sesorang yang berpuasa lebih harum daripada kasturi. • Orang yang berpuasa dianugerahkan sifat sabar. Kesabaran itu akan diganjarkan Allah SWT dengan syurga. • Rasulullah SAW menggalakkan para sahabat memperbanyakkan amalan sedekah pada bulan Ramadhan. • Hikmah berpuasa, tunduk nafsu, sabar, memahami orang fakir, sempitkan saluran darah daripada dimasuki oleh syaitan. • Ramai orang berpuasa hanya mendapat keletihan kerana tidak menjaga amalan yang baik didalam ia berpuasa. • Wassalam

Ustaz Yusof 040421

Kuliah Subuh • Setelah setahun Allah SWT menguji kita. Apa yang terjadi dihadapkan kepada setiap insan. Tetapi masih ramai yang tidak mengambil iktibar. • Covid 19 ini telah mengubah banyak perkara. Yang dulu kita lakukan secara otomatiknya. Tetapi sekarang terpaksa dilakukan dengan cara yang berlainan. • Rezeki yang dicari perlulah secara yang diizinkan oleh syarak. Apabila dilanggar hukum syarak, maka rezeki itu ditakrifkan sebagai rezeki haram. • Didalam mencari rezeki ada amanah yang perlu digalas. Setiap orang ada tanggungjawab yang perlu dilakukan dengan sebaik mungkin. • Perlu diingatkan bahawa setiap rezeki yang kita dapat. Akan akhirnya menjadi sumber untuk kita belikan makanan bagi diri dan keluarga. Kalau sumber itu tidak halal maka makanan yang diambil akan membentuk watak seseorang.Bagi seorang yang beriman perlulah jaga akan hal ini. • Didalam masyarakat terdapat ramai yang mengambil  rezeki secara tidak halal seperti..      • Rasuah      •

Kuliah Subuh 030421

1) Daripada Tsauban r.a, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Hampir tiba satu waktu di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang yang hendak makan mengerumuni hidangan mereka" Maka salah seorang sahabat bertanya: "Adakah hal itu kerana bilangan kamu sedikit pada hari itu?" Nabi SAW menjawab: "Bahkan kamu pada hari itu ramai sekali, tetapi kamu umpama buih pada waktu banjir dan Allah SWT akan mencabut rasa gentar terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu dan Allah akan melemparkan ke dalam hati kamu penyakit wahan." Seorang sahabat bertanya: "Apakah penyakit wahan itu wahai Rasulullah?"  Nabi SAW menjawab: "Cinta dunia dan takut mati" [HR Abu Dawud]. 2) Senjata orang mukmin menghadapi suasana akhir zaman adalah TAQWA. 3) Umat Islam perlu berwaspada kepada golongan munafiq 4) Kisah fitnah keatas Saidatina Aisyah yang dirancang oleh orang munafiq. Untuk memporak perandak