Ustaz Jihad 240421

Kuliah subuh

• Bersyukur kepada Allah SWT
    • Merasa didalam hati
    • Mengucapkan akan kesyukuran
    • Melakukan ibadah

• Para sahabat dan ulama' merasakan diri mereka tidak mensyukuri dengan sepatutnya akan nikmat Allah SWT. Walaupun mereka ini banyak melakukan ibadah jika dibandingkan dengan kita.

• Mensyukuri nikmat Allah SWT dengan memperbanyakkan melakukan ibadah. Baginda SAW banyak melakukan solat-solat malam sebagai tanda kesyukuran Baginda.

• Allah SWT menyukai akan hamba NYA yang menyatakan kesyukuran nya kerana mendapat sesuatu nikmat.

• Hamba yang bersyukur akan nikmat maka Allah SWT akan menambahkan lagi nikmat.

• Cara bersyukur kepada Allah SWT adalah menggunakan nikmat yang diberikan kepada seseorang itu dengan memperbanyakkan lagi beribadah.
     • Nikmat masa diisi dengan ibadah
     • Nikmat harta diisi dengan bersedekah dan menjauhkan melakukan maksiat dengan kekayaan tersebut
     • Nikmat kesihatan digunakan dengan memperbanyakkan amal ibadah

• Ramadhan juga merupakan nikmat kepada orang beriman. Cukup banyak anugerah pahala yang diberikan Allah SWT kepada hambaNYA.

• Allah SWT memberi nikmat kepada hambaNYA kerana...
    • Sayangnya DIA kepada hambaNYA
    • Dunia ini tidak ada nilai disisi NYA

• Para ulama menyatakan orang yang beriman bila ia bersyukur bukan kepada nikmat tersebut. Tetapi bersyukur kepada Pemberi nikmat tersebut, iaitu Allah SWT.

• Maka tanda bersyukur seseorang hamba adalah akan ketaatan kepada segala perintah Allah SWT. Beramal dengan bersungguh sungguh agar menuju kepada ketakwaan.

• Bagi para ulama dan orang yang solih sebanyak mana dia melakukan ibadah tidak akan dapat menyamai akan kenikmatan yang Allah SWT berikan kepada hambaNYA. Jadi mereka selalu merasakan ibadahnya tidak pernah mencukupi.

• Allah SWT tidak melihat hambaNYA dengan kekayaan dunianya tetapi dengan ketakwaan nya.

• Wassalam


 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914