Ustaz Dai Hazman 290421

Kuliah Subuh

• Ramadhan satu nikmat kepada mukmin
     • Diturunkan Al Quran
     • Kerasulan Nabi Muhammad SAW
     • Anugerah malam lailatul qadar

• Al Quran
     • Diturunkan pada malam lailatul qadar
     • Didalam bulan yang mulia
     • Menjadi penawar

• Riwayat Muawiyah dengan iblis
    • Dikejutkan iblis diwaktu subuh
    • Kerana tidak mahu Muawiyah lambat solat
    • Sekiranya dia lambat, Muawiyah akan mohon ampunan Allah SWT
    • Ini lah yang ditakutkan Iblis, keampunan Allah SWT kepada hamba-Nya

• Al Quran itu tidak ada keraguan nya. Perlulah difahami dengan ilmu yang benar. Orang yang mendampingi Al Quran akan mendapat keselamatan hidup dunia dan akhirat.

• Diangkat mertabat orang yang menghafal dan mempelajari Al Quran. Membentuk akhlak yang baik. Mengajak orang yang selalu membaca dan memahaminya agar menuju jalan taqwa.

• Jangan berpegang sebahagian daripada Al Quran dan menolak sebahagiannya yang lain. Perangai yang dicela oleh Allah SWT.

• Hidup orang yang beriman yang mendampingi Al Quran akan mendapat agama didalam hidupnya. Agama itu adalah Islam serta beriman dan mendapat ehsan.

• Orang yang beriman ia tidak bangga dengan jenama hasil ciptaan manusia. Tetapi dia berpegang kuat dengan jenama Islam. Membentuk kehidupan yang berpandukan Al Quran.

• Orang Islam itu menghiasi dirinya dengan akhlak yang cantik. Dibentuk dengan berpandukan oleh didikan Al Quran.

• Orang yang beriman apabila dia membaca Al Quran dijaga akhlaknya. Beristighfar serta berselawat sebelum membacanya. Dijaga bacaannya dengan baik serta tertib.

• Orang yang memahami Al Quran dia mendapat hakikat ajaran didalamnya. Iaitu kehidupan yang baik serta mulia. Dia juga akan mendapat kefahaman syariat Islam. Panduan hidup secara individu, bermasyarakat dan bernegara. Serta ia juga mendapat tariqat (jalan) mencapai kejayaan hidup dunia dan akhirat. Yang paling tinggi ilmu Al Quran adalah makrifat. Mengenal akan Allah SWT.

• Wassalam


 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914