Ustaz Yusof 040421

Kuliah Subuh

• Setelah setahun Allah SWT menguji kita. Apa yang terjadi dihadapkan kepada setiap insan. Tetapi masih ramai yang tidak mengambil iktibar.

• Covid 19 ini telah mengubah banyak perkara. Yang dulu kita lakukan secara otomatiknya. Tetapi sekarang terpaksa dilakukan dengan cara yang berlainan.

• Rezeki yang dicari perlulah secara yang diizinkan oleh syarak. Apabila dilanggar hukum syarak, maka rezeki itu ditakrifkan sebagai rezeki haram.

• Didalam mencari rezeki ada amanah yang perlu digalas. Setiap orang ada tanggungjawab yang perlu dilakukan dengan sebaik mungkin.

• Perlu diingatkan bahawa setiap rezeki yang kita dapat. Akan akhirnya menjadi sumber untuk kita belikan makanan bagi diri dan keluarga. Kalau sumber itu tidak halal maka makanan yang diambil akan membentuk watak seseorang.Bagi seorang yang beriman perlulah jaga akan hal ini.

• Didalam masyarakat terdapat ramai yang mengambil  rezeki secara tidak halal seperti..
     • Rasuah
     • Pecah amanah
     • Makan harta anak yatim
     • Skema penipuan
     • pelaburan perniagaan tidak halal
     • Penipuan dalam berniaga

• Kesan mengambil rezeki yang tidak halal adalah doa kita tidak diterima Allah SWT.

• Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914