Kuliah Subuh 030421


1) Daripada Tsauban r.a, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Hampir tiba satu waktu di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang yang hendak makan mengerumuni hidangan mereka"

Maka salah seorang sahabat bertanya: "Adakah hal itu kerana bilangan kamu sedikit pada hari itu?" Nabi SAW menjawab: "Bahkan kamu pada hari itu ramai sekali, tetapi kamu umpama buih pada waktu banjir dan Allah SWT akan mencabut rasa gentar terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu dan Allah akan melemparkan ke dalam hati kamu penyakit wahan."

Seorang sahabat bertanya: "Apakah penyakit wahan itu wahai Rasulullah?"  Nabi SAW menjawab: "Cinta dunia dan takut mati" [HR Abu Dawud].

2) Senjata orang mukmin menghadapi suasana akhir zaman adalah TAQWA.

3) Umat Islam perlu berwaspada kepada golongan munafiq

4) Kisah fitnah keatas Saidatina Aisyah yang dirancang oleh orang munafiq. Untuk memporak perandakan rumah tangga Baginda Rasulullah SAW.

5) Allah SWT menurunkan wahyu untuk memberitahu Baginda akan apa yang sebenarnya terjadi.

6) Ayat ke 11 surah An Nur. Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat).

7) Orang Islam hari ini jika kita mendapat satu berita perlulah diperiksa kesahihannya. Agar masyarakat Mukmin aman.

Wassalam






Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914