Posts

Showing posts from January, 2019

Ustaz Nazri 280119

Kuliah Maghrib ✓ Orang yang Allah SWT pilih agar mendapat kesusahan yang baik, dia akan mula memperbanyakkan amalannya apabila hayatnya dah mendekati maut. ✓ أَلْهَىٰكُمُ ٱلتَّكَاثُرُ At Takaathur Ayat 1. Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), ✓ Ramai manusia tertipu dengan kesenangan dunia. Segala kemewahannya dihabiskan dengan bersuka ria. Tidak mahu mencari jalan akhirat ✓ Mempunyai kemampuan untuk menunaikan haji, tetapi dia tidak mahu mengerjakan. Menangguhkan kewajiban semata-mata kerana dia hendak pergi melancong dulu. Mencari dunia diatas kewajipan agama. Dunia itu lebih penting daripada akhirat. ✓ Allah SWT tidak mengumpul dua ketakutan dijiwa hambanya. Jika ia takut semasa didunia akan apa yang akan dihadapi diakhirat nanti maka Allah SWT akan memberi kesenangan pada nya diakhirat. ✓ Sebaliknya jika hamba itu merasa susah hatinya kerana hal

Ustaz Abdul Halim 270119

Kuliah Subuh ✓ Kelebihan orang mukmin yang mengunjungi rumah Allah SWT • Dianugerahkan kesihatan afiat didunia • Diampuni dosa diakhirat ✓ Maka bagi orang-orang yang beriman hendaklah selalu mengunjungi rumah Allah SWT ✓ Balasan orang yang menghantar jenazah ke kubur   • Apabila dia mati maka para malaikat akan menyembahyang roh nya ✓ Orang yang mengucapkan takziah keatas keluarga orang yang mati atau ditimpa musibah    • Allah SWT akan menambahkan taqwa    • Diandaikan bahawa taqwa itu pakaiannya    • Dimasukkan kedalam Syurga ✓ Orang yang sayangkan anak yatim. Serta menjaga kebajikan mereka.    • Allah SWT akan memberi ganjaran yang besar dihari akhirat ✓ Orang yang Allah SWT paling mencintai    • Orang yang bertaqwa    • Orang yang suci kedua tangannya daripada perbuatan maksiat    • Tidak menyusahkan orang lain    • Orang yang beriman kepada Allah SWT serta dia juga kasihkan orang lain yang beriman ✓ Bagaimana hendak menarik orang lain kepada mencintai rumah Allah. Hendak mengingat

Ustaz Syukri 250119

Kuliah Maghrib ✓ Kebiasaannya orang yang ternama atau pembesar pakaiannya, rumahnya dan makanannya berbeza dengan rakyat biasa ✓ Berlainan dengan Saidina Omar Abdul Aziz. Dia menolak semua kesenangan yang menjadi kebiasaan kepada seorang ketua mukmin ✓ Pada mulanya dia menolak jawatan khalifah. Tetapi orang ramai mahukan dua menjadi khalifah. ✓ Setelah dia menjadi orang ramai menjadi hairan melihat Saidina Omar Abdul Aziz badannya susuk sekali. Menjadi kurus tubuh badannya ✓ Selepas beliau menjadi Khalifah, tidurnya sedikit sekali. Kerana banyak beribadat. ✓ Beliau juga jarang menjamah makanan. Bila isterinya bertanya kenapa? Dia menjawab ketika dia sedang makan, ramai lagi orang yang susah mencari cari cebisan makanan. ✓ Dia juga takut nanti diakhirat kelak dia disiksa kerana tidak menjalankan tugasnya keatas rakyat jelata. Takut akan kemurkaan Allah SWT kerana dia tidak menjalankan amanahnya mengikut hukum Allah SWT. ✓ Kerana Beliau tahu bahawa pemimpin yang mengkhianati amanah maka

Kuliah Maghrib 240119

Masjid AL Huda ✓ Satu amalan yang baik dilakukan secara berterusan setiap hari adalah memperbanyakkan istighfar ✓ Orang yang beriman selain daripada mempunyai ilmu pengetahuan tentang amalan yang perlu dilakukan perlu juga mengetahui tentang perkara-perkara yang dilarang ✓ Setiap yang dilarang didalam Islam adalah perkara yang jika dilakukan mendapat dosa. Ada yang dosa kecil dan juga dosa besar. ✓ Dosa besar cirinya  seperti:       • Ada hukuman khusus       • Ancaman dengan kemurkaan Allah SWT       • Ancaman dengan api neraka ✓ Surah Muhammad 22. (Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan - jika kamu dapat memegang kuasa - kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi, dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat? 23. (Orang-orang yang melakukan perkara yang tersebut) merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka, dan dibutakan penglihatannya ✓ Orang yang memutuskan silaturrahim merupakan satu dosa yang

Ustaz Jemputan Surau Sek 19 Shah Alam 210119

Kuliah Subuh ✓ Orang yang beriman hendaklah bersyukur akan nikmat yang Allah SWT anugerahkan dengan mentaati segala hukum NYA ✓ Didalam perjalanan hidup kita didunia ini akan ada ujian yang ditentukan oleh Allah SWT. Ada orang boleh menghadapi ujian tersebut dengan tenang. Tetapi tidak ramai juga yang tidak dapat menerima ujian tersebut. ✓ Ada orang yang selepas diuji bertambah imannya kepada Allah SWT. Tetapi ada juga yang tidak dapat menerima ujian tersebut. Mereka jauhkan diri dengan Allah SWT. ✓ Semua orang diuji Allah SWT. Rasulullah SAW juga menerima ujian. Malah para sahabat dan para ulama' juga menerima ujian. Bagi mereka yang dekat dengan Allah SWT segala ujian itu diterima dengan baik. Mereka yakin bahawa segala yang ditentukan Allah SWT adalah baik. ✓ Surah Tawba ayat 51. Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan

Ustaz Arif Sudin 200119

Kuliah Maghrib ✓ Ilmu perlulah beramal. Kerana walau banyak mana pun ilmu yang dimiliki sekiranya tidak amalkan ilmu itu maka sia-sia sahaja usaha menuntut ilmu. ✓ Maka menuntut ilmu adalah bertujuan untuk beramal. Supaya amalan yang dijalankan berpandukan nas yang benar. ✓ Bermula segala amal dengan ucapan Basmallah. Kerana apa sahaja yang dilakukan perlulah mengingati Allah SWT. Bagi orang yang beriman kalimah Allah adalah satu kalimah agung. Haram bagi makhluk menamakan dirinya sebagai Allah. Dia hendaklah menamakan diri sebagai Abdullah. ✓ Bagi setiap seorang yang beriman tujuan hidupnya adalah untuk beramal ibadat kepada Allah SWT. Diakhirat kelak tempat orang yang beriman adalah syurga. Itulah balasan Allah SWT kepada hamba NYA. ✓ Bagi orang beriman dunia ini adalah tempat beramal dan tempat ujian. Dinegeri akhiratlah tempat tujuan yang hakiki. Mencari keberkatan dan keredhaan Allah SWT didalam apa sahaja amal yang dikerjakan semasa di dunia merupakan suatu yang diidamkan. ✓ Bala

Ustaz Azman 200119

Kuliah Subuh ✓ Orang Islam sifatnya berendah diri dengan maha pencipta Allah SWT. Mengikut segala perintah NYA. ✓ Didalam Islam pengikutnya perlulah mempunyai ilmu untuk mengikut perintah Allah SWT. ✓ Agama Islam adalah satu cara hidup. Meliputi berbagai aspek kehidupan, dari hal solat, sedekah, pakaian, makan, dll. Setiap aspek itu mempunyai ilmu untuk melakukannya. Hendak menyembelih binatang untuk dimakan ada cara dan syarat yang tertentu. ✓ Sumber ilmunya didalam Islam adalah Al Quran dan Hadith. Contohnya adalah pada cara yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. ✓ Hukum didalam Islam terbagi daripada perkara yang wajib, haram, sunat, makhruh dan harus. Setiap orang mukmin hendaklah melakukan apa yang wajib dan sunat. Serta menjauhi segala yang dilarang, ia itu perkara yang haram dan makhruh. ✓ Segala yang diperintah akan perkara yang disuruh dan yang dilarang adalah untuk kebaikan manusia. Larangan berjudi adalah untuk kedamaian hidup. Malah menjauhi berjudi adalah baik untuk orang Isl

Ustaz Jefry 190119

Kuliah Maghrib ✓ Terdapat beberapa agama yang telah dihapuskan dijelmakan kembali untuk menyesatkan manusia ✓ Ini merupakan tanda-tanda akhir zaman ✓ Contoh agama dan kepercayaan yang menyesatkan adalah fahaman Syiah, Sekularisme, Liberalisme, Pluralisme, Paganism dan sebagainya ✓ Agama Islam merupakan sistem cara hidup yang memastikan kebajikan masyarakat. Islam memimpin manusia kearah kejayaan ✓ Islam dibangunkan diatas kebenaran. Membawa cahaya yang menerangkan hidup manusia yang telah sesat. Kesesatan yang dibawa oleh syaitan dan hawa nafsu. Manusia yang digelar sebagai taghut didalam Al Quran. Fahaman yang materialistik yang menolak fahaman yang ghaib. Menghalalkan perkara yang merosakkan seperti berzina, meminum arak, berjudi, menghamba, cara hidup yang tidak bermaruah ✓ Umat Islam hari ini tidak terlepas daripada terpengaruh dengan cara hidup yang sesat ini. Ini merupakan faktor utama mengapa orang Islam hari ini dianggap lemah ✓ Gerakan Islam hari ini berusaha membangunkan satu

Ustaz Shamsuddin 190119

Kuliah Subuh ✓ Orang awam tidak senang jika dicela. Tapi rasa suka jika dipuji. Nafsu nya menguasai perasan orang begini. ✓ Ada juga orang yang tidak senang dengan pujian. Mereka melawan kehendak nafsu. Mereka merupakan ahli ibadat. ✓ Para wali kalau dipuji mereka rasa seronok. Kalau dicerca mereka tidak senang. Perasaan sedemikian bukan kerana nafsu, tetapi mereka merasakan bahawa segalanya datang dari Allah SWT. ✓ Bila menerima cercaan, para wali, mereka mentafsirkan bahawa itu juga datang daripada Allah SWT. Merupakan satu isyarat bahawa ianya merupakan satu teguran daripada Allah SWT. ✓ Para wali dekat dengan Allah SWT. Mereka mempunyai mata hati yang kuat. Mentafsirkan sesuatu kejadian mengikut hakikat kerohanian. Tidak mengikut hawa nafsu. Dunia fizikal tidak mengawal perasaan mereka. ✓ Pujian dan celaan manusia kepada para wali, bagi mereka seperti maklum balas daripada Allah SWT kepada mereka. Ianya sebagai pena Allah SWT yang ditulis melalui hambaNYA. Perasaan mereka tidak dik

Ustaz Rahmatullah 150119

Kuliah Maghrib ✓ Orang yang beriman menjauhi perkara haram. Baik haram yang zahir atau pun yang batin. Menjadilah kita dekat dengan zuhud. ✓ Begitu juga lah orang yang beriman malakukan perkara yang wajib. ✓ Kemudian memperbanyakkan perkara yang sunat. Serta menjauhi perkara yang makruh. ✓ Berusahalah mencari rezeki dengan meredhai pemberian Allah SWT. Berusaha itu termasuklah berdoa memohon bantuan NYA. ✓ Saidina Ali menyatakan bahawa jika sesaorang itu selalu melakukan kebaikan kepada orang yang tertentu. Lambat laun dia akan menguasai orang tersebut. ✓ Sekiranya kita selalu menerima kebaikan daripada orang tertentu pasti satu hari kita memperhambakan diri daripada orang tertentu. ✓ Begitu juga jika sesaorang itu menerima ilmu daripada sesaorang tertentu pasti dia akan menghormati orang tersebut. ✓ Mempelajari ilmu agama sesaorang itu perlu beradab dengan guru yang kita mengambil ilmunya. ✓ Kewajipan manusia adalah untuk memakmurkan dunia dan membawa bekalan ke akhirat kelak. ✓ Menca

Ustaz Shamsuddin 130119

Kuliah Subuh ✓ Pujian orang kepada kita ada yang baik dan ada yang buruk kesannya terhadap diri kita ✓ Adakala orang yang memberi pujian itu tidak kenal akan diri kita. Ada kelemahan kita yang mereka tidak tahu. Ada kekurangan yang kita cuba mengatasinya tetapi orang luar tidak tahu. ✓ Masalah nya apabila dipuji kita ambil sahaja pandangan tersebut. Walhal kita tahu sama ada perkara yang dipuji itu betul atau salah. Menerima pujian begitu sahaja saolah kita tidak lagi mahu berusaha untuk memperbaiki diri sendiri. Menipu diri sendiri. ✓ Orang Arab menyatakan bahawa tuan rumah sahaja yang tahu apa yang ada didalam rumah tersebut. Begitu juga dengan diri kita. Kita sahaja yang kenal akan diri sendiri. Tahu apa kekuatan. Kita juga maklum apa dia kelemahan diri sendiri. Janganlah suka sendiri apabila menerima pujian begitu sahaja. Takut takut bila menerima pujian kita sudah tidak mahu memperbaiki diri sendiri. ✓ Fokus didalam ilmu tasawuf adalah kebersihan hati. Mempelajari bagaimana mencap

Ustaz Firdaus 120119

Kuliah Subuh ✓ Hijrah umat Islam yang pertama adalah ke Habsyah. Golongan pertama 16 orang dan golongan kedua adalah dalam 80 orang ✓ Hijrah terbesar adalah perpindahan Rasulullah SAW Dan Para sahabat dari Mekah ke Madinah atau semasa itu dipanggil Yatrib. ✓ Rasulullah SAW diperintah hijrah ke Madinah kerana tentangan golongan musyrikin semakin kejam. Serta orang Madinah menjemputnya dengan aman damai. ✓ Baginda SAW telah pun dibayangkan yang dia satu hari nanti kena berhijrah. Seorang hamba Allah telah memberitahu baginda yang dia akan diusir satu hari nanti. Serta semasa baginda dibawa Jibril ke Masjidil Aqsa didalam isra' dan mikraj dia ditunjukkan bandar Madinah. ✓ Apabila berita bahawa orang mukmin akan berpindah ke Madinah, orang musyrikin mula merasa tidak selesa. Kerana mereka tahu penduduk Madinah adalah kuat dari segi ketenteraan. Tempat itu juga merupakan laluan penting perdagangan orang Arab, ✓   Orang musyrik bermesyuarat di Darul Naduwah untuk bersepakat bagaimana hen

Ustaz Rashdan 110119

Kuliah Maghrib ✓ Kejayaan diakhirat hanya dengan cara mengikut ajaran Rasulullah SAW ✓ Orang yang beriman perlu mengingati mati. Supaya hidupnya tidak semata-mata kerana hendak mengumpul kekayaan dunia. Jangan lupa akhirat. ✓ Kisah Nabi Idris yang merasai sakit sakaratul maut, pernah melihat neraka dan pernah masuk syurga. Dunia tidak ada nilai baginya. ✓ Begitulah dengan Rasulullah SAW. Baginda pernah memasuki syurga dan melihat neraka . Kerana itu lah dunia bagi nya tidak setanding dengan akhirat. Mukmin hendaklah mengejar akhirat melebihi mencintai dunia. ✓ Rasulullah SAW adalah manusia contoh. Akhlak baginda adalah baik dan berlemah lembut dengan orang lain. Begitulah juga kita perlulah mengikut contoh baginda. ✓ Janganlah orang mukmin mempunyai akhlak yang kasar. Suka marah-marah . Suka bertengkar. Selalu ingat yang dia sahaja yang betul. Walaupun ditunjukkan bukti dan Nas yang betul, tetapi berdegil untuk memenangkan dirinya. ✓ Orang yang mendapat petunjuk. Tidak inginkan balasan

Ustaz Dr Shihabuddin 100119

Kuliah Maghrib ✓ Dosa menyakiti hati orang lain       • Allah SWT tidak menerima taubat       • Melainkan telah meminta maaf       • Diredai oleh orang disalahi ✓ Taubat dengan Allah SWT diterima       • Selagi roh belum sampai ke kerongkong       • Selagi matahari masih terbit seperti biasa ✓ Orang yang bertaubat bila diterima       • Seperti kanak-kanak baru lahir       • Tiada dosa       • Bersih ✓ Doa orang yang bertaubat...       • Dimakbulkan doanya       • Sama ada disegerakan       • Atau pun dilambatkan       • Atau pun disimpan hingga hari akhirat ✓ Doa orang yang mudah dimakbulkan       • Orang yang dianayai       • Orang Sakit       • Kedua orang ibu bapa ✓ Cara Allah SWT memakbulkan doa       • Diberi dengan benda yang lain       • Diampunkan dosa       • Dilipatgandakan pahala ✓ Bentuk makbul doa      • Waktu yang sesuai      • Tempat yang baik      • Orang yang berdoa      • Atau orang lain yang tolong doakan      • Adab orang yang berdoa      • Akhlak orang yang berdoa

Ustaz Ghazali Omar 090119

Kuliah Maghrib ✓ Kerana cintakan dunia, ramai orang sanggup menipu. Berbagai cara penipuannya ✓ Ramai orang apabila dijanji keuntungan yang besar, lupa akan halal haram cara perniagaan tersebut. ✓ Oleh kerana itu pentingnya seorang mukmin mempunyai cukup ilmu agama dan ilmu yang bersangkut kait dengan kegiatan yang diceburi supaya faham akan kehalalan aktiviti tersebut ✓ Setiap ilmu yang dipelajari perlulah dipraktikkan. Supaya ilmu itu tidak hilang ataupun terlupa. ✓ Ilmu juga haruslah ditambah nilainya secara berterusan. Belajar sepanjang masa. Agar kehidupan ini selamat dari melakukan maksiat kerana kejahilannya ✓ Sekiranya ilmu yang dipelajari baru sedikit janganlah mendabik dada dengan menyatakan ilmu kita itu tinggi. Takabur namanya Wassalam

Ustaz Ali 080119

Kuliah maghrib ✓ Allah SWT mengasihi orang kaya yang tawaduk. Yang merendah diri. Tidak menunjukkan akan kesenangan yang ✓ Sifat takabur tidak layak bagi seorang manusia. Takabir adalah hanya layak kepada sifat Allah SWT. Manusia yang bersifat takabur tempatnya adalah didalam api neraka ✓ Allah SWT suka kepada orang yang berpakaian yang kemas dan bersih. Cantik keterampilannya ✓ Terdapat beberapa hadith yang menunjukkan mereka yang bersifat tawaduk akan tidak ada sifat takabur. Jadi penting bagi orang yang beriman membuang sifat takabur dengan mempunyai sifat tawaduk. ✓ Tawaduk adalah satu sifat mulia. Siapa yang mempunyai sifat tawaduk akan disayangi oleh manusia lain. Tidak membuat orang lain marah kepada nya. ✓ Wassalam

Ustaz Rahmatullah 070118

Kuliah Maghrib ✓ Orang mukmin hendaklah berusaha untuk menjadi orang yang terbaik disisi Allah SWT. Tetapi orang yang lemah dan banyak kekurangan apabila dia menilai diri sendiri. ✓ Orang yang beriman tidaklah merasa hebat dari segi amal ibadahnya. Dia selalu merasa banyak kekurangan. Jadi dia merasa resah dan takut apabila ia mengenang hari dia akan dikembalikan kepada Penciptanya. ✓ Wahai Tuhan ku Tak Layak Ke Syurga Mu Namun Tak Pula aku Sanggup Ke Neraka Mu Ampunkan Dosa ku Terimalah Taubat Ku Sesungguhnya Engkaulah Pengampun Dosa-dosa besar Dosa-dosaku Bagaikan Pepasir Di Pantai Dengan Rahmat Mu Ampunkan Daku Oh Tuhan Ku Wahai Tuhan Selamatkan Kami Ini Dari Segala Kejahatan dan Kecelakaan Kami Takut Kami Harap Kepada Mu Suburkanlah Cinta Kami Kepada Mu Akulah Hamba Yang Mengharap Belas Dari Mu http://youtu.be/Hc0bl-bzLmA ✓ Sebagai seorang yang beriman ta' kala berjumpa dengan orang yang kuat beramal, ucapkanlah bahawa si dia ini lebih kuat amalannya dari diri kita. Begitu juga

Ustaz Yusof 060119

Kuliah Subuh ✓ Orang mukmin itu merupakan seorang hamba dan ia juga seorang khalifah ✓ Perlulah bersikap terbuka. Jangan oleh kerana berlainan pendapat sudah tidak bersaudara lagi ✓ Realiti hidup bermasyarakat yang majmuk perlulah mempunyai pendekatan yang berlainan. Dari segi untuk menyempurnakan kehidupan berpegang kepada hukum Islam ✓ Dimana sahaja kita berada perlulah berdakwah untuk menyebarkan risalah Islam. Pendekatannya perlulah berbeza didalam masyarakat yang majmuk seperti Malaysia ✓ Wadah untuk menyampaikan risalah Islam juga berbeza dengan perubahan masa. Akhir ini pihak yang berusaha menegakkan Islam menjalankan pendekatan ' Street Dakwah' ✓ Perubahan teknologi juga memberi satu cabaran kepada umat mukmin. Bagaimana seseorang pendakwah dapat menyesuaikan cara berdakwah dengan kepelbagaian teknologi ✓ Dizaman moden ini muzik mendapat pengikut yang luar biasa banyaknya. Pendakwah membawa kaedah nasyid untuk mendidik generasi yang cintakan musik. Cabarannya adalah car

Ustaz Nizam UIA 050119

Kuliah Subuh ✓ Orang Islam beriman kepada Nabi Muhammad SAW. Bahawa baginda adalah Nabi yang terakhir. ✓ Penting bagi orang beriman yakin yang Rasulullah SAW adalah Nabi yang terakhir. Tidak ada lagi nabi selepas baginda. Walaupun ramai yang mengaku bahawa mereka adalah utusan Allah SWT. Mereka ini adalah palsu. ✓ Ahli sunnah Waljamaah berpegang kuat dengan adanya hari akhirat. Adanya syurga dan neraka, walaupun tidak pernah melihat nya. Itu lah keyakinan kepada perkara yang ghaib. Berpegang kuat akan kebenaran Al Quran dan Hadith. ✓ Keyakinan kepada hari akhirat. Adanya kehidupan yang lain selepas mati. Adanya siksaan qubur. Adanya padang Mahsyar. Adanya titi as sirat. Adanya syurga dan neraka. Semua ini tidak nampak sekarang. Yang tahu akan perkara ini adalah melalui wahyu Illahi. Al Quran dan Hadith. ✓ Wajib bagi orang beriman mempercayai adanya...       • siksaan dan nikmat qubur       • hari pembalasan       • nikmat syurga       • siksaan api neraka       • telaga kausar Nabi SAW

Ustaz Ghazali Omar 010119

Kuliah Maghrib ✓ Orang yang beriman akan diberi ganjaran diakhirat kelak. ✓ Para ulama pula merupakan waris para Nabi. Maka sebagai orang yang beriman hendaklah mendekatkan diri dengan para ulama. Malah janganlah mereka diburukkan dan difitnah. ✓ Mereka tidak berputus asa untuk menyampaikan ilmu kepada masyarakat. Agar kehidupan beragama segar didalam masyarakat kelak. ✓ Didalam keluarga ibu bapa haruslah merasa susah hati sama ada anak cucu yang akan ditinggalkan hidup beragama. Hidupkan sunnah Rasulullah SAW didalam kehidupan mereka. ✓ Akhir akhir ini ramai remaja menyambut kehadiran tahun baru dengan melakukan berbagai maksiat. Seperti pergaulan bebas dan meminum arak. Perkara ini perlulah dihindarkan didalam keluarga orang muslim ✓ Yakinlah bahawa hidup mengikut hukum agama akan membawa kejayaan dunia dan akhirat. Ada orang takut hilang punca rezki jika kuat berpegang kepada agama. Jangan takut kerana rezki itu adalah dari anugerah Allah SWT. ✓ Orang yang beriman hendaklah mempunya

Ustaz Fauzi 010119

Kuliah Subuh ✓ Allah SWT yang menjadikan siang dan malam. Matahari dan Bulan. Bergerak diatas orbit masing masing. Daripada orbit itu terjadinya takwim masehi atau hijrah. ✓ Matahari dan Bulan sentiasa mengikut ketetapan dan perintah Allah SWT. Tetapi manusia tetap juga degil untuk melakukan ibadah kepada Allah SWT. ✓ Kedatangan takwim baru bukan untuk bersuka ria. Tetapi untuk muhasabah akan apa yang kita gunakan masa yang Allah SWT berikan. ✓ Masa itu penting. Hinggakan Allah SWT bersumpah dengan masa... ✓ Umur sesaorang itu adalah masa yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Tidak boleh dipinda. Jadi persoalannya bukan umurnya yang panjang atau pendek. Tetapi pengisian ibadah dengan masa yang diberikan. ✓ Amalan sesaorang itu juga bergantung kepada ilmunya. Bagaimana hendak diisi masa yang dia dapat untuk beribadah. ✓ Imam Hassan Basri menyatakan Wahai anak Adam! Kalian tidak lain hanyalah dari kumpulan hari, setiap satu hari berlalu maka sebagian dari diri kalian pun ikut pergi'.