Ustaz Arif Sudin 200119

Kuliah Maghrib

✓ Ilmu perlulah beramal. Kerana walau banyak mana pun ilmu yang dimiliki sekiranya tidak amalkan ilmu itu maka sia-sia sahaja usaha menuntut ilmu.

✓ Maka menuntut ilmu adalah bertujuan untuk beramal. Supaya amalan yang dijalankan berpandukan nas yang benar.

✓ Bermula segala amal dengan ucapan Basmallah. Kerana apa sahaja yang dilakukan perlulah mengingati Allah SWT. Bagi orang yang beriman kalimah Allah adalah satu kalimah agung. Haram bagi makhluk menamakan dirinya sebagai Allah. Dia hendaklah menamakan diri sebagai Abdullah.

✓ Bagi setiap seorang yang beriman tujuan hidupnya adalah untuk beramal ibadat kepada Allah SWT. Diakhirat kelak tempat orang yang beriman adalah syurga. Itulah balasan Allah SWT kepada hamba NYA.

✓ Bagi orang beriman dunia ini adalah tempat beramal dan tempat ujian. Dinegeri akhiratlah tempat tujuan yang hakiki. Mencari keberkatan dan keredhaan Allah SWT didalam apa sahaja amal yang dikerjakan semasa di dunia merupakan suatu yang diidamkan.

✓ Balasan diakhirat bagi orang yang kafir sungguh mengerunkan. Cerita kedahsyatan siksaan yang terdapat didalam Hadith dan Kitab- kitab ulama yang muktabar merupakan sesuatu yang menakutkan. Perkara yang ghaib sungguh tidak terfikir oleh akal manusia.

✓ Sebaliknya balasan syurga juga diluar fikiran manusia. Tidak tergambar akan kenikmatan didalamnya.

✓ Apabila dimulakan segala amal dengan Basmallah, bererti sebagai seorang hamba kita berhajat bantuan Allah SWT. Begitulah kita berlindung dari segala kejahatan dengan NYA. Kita yakin bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah SWT. Yang lain semua yang disembah oleh orang-orang kafir adalah makhluk sahaja.

✓ Terdapat berbagai keutamaan apabila dimulakan amalan dengan Basmallah.

✓ Wassalam


Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914