Ustaz Firdaus 120119

Kuliah Subuh

✓ Hijrah umat Islam yang pertama adalah ke Habsyah. Golongan pertama 16 orang dan golongan kedua adalah dalam 80 orang

✓ Hijrah terbesar adalah perpindahan Rasulullah SAW Dan Para sahabat dari Mekah ke Madinah atau semasa itu dipanggil Yatrib.

✓ Rasulullah SAW diperintah hijrah ke Madinah kerana tentangan golongan musyrikin semakin kejam. Serta orang Madinah menjemputnya dengan aman damai.

✓ Baginda SAW telah pun dibayangkan yang dia satu hari nanti kena berhijrah. Seorang hamba Allah telah memberitahu baginda yang dia akan diusir satu hari nanti. Serta semasa baginda dibawa Jibril ke Masjidil Aqsa didalam isra' dan mikraj dia ditunjukkan bandar Madinah.

✓ Apabila berita bahawa orang mukmin akan berpindah ke Madinah, orang musyrikin mula merasa tidak selesa. Kerana mereka tahu penduduk Madinah adalah kuat dari segi ketenteraan. Tempat itu juga merupakan laluan penting perdagangan orang Arab,

✓   Orang musyrik bermesyuarat di Darul Naduwah untuk bersepakat bagaimana hendak menghadapi situasi penghijrahan. Orang kafir Quraisy bersepakat untuk menyekat orang Islam berhijrah. Malah mereka juga bercadang hendak membunuh Rasulullah SAW.

✓ Dengan kuasa Allah SWT perancangan orang kafir Mekah hendak membunuh Baginda SAW digagalkan Allah SWT

✓ Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914