Ustaz Yusof 060119

Kuliah Subuh

✓ Orang mukmin itu merupakan seorang hamba dan ia juga seorang khalifah

✓ Perlulah bersikap terbuka. Jangan oleh kerana berlainan pendapat sudah tidak bersaudara lagi

✓ Realiti hidup bermasyarakat yang majmuk perlulah mempunyai pendekatan yang berlainan. Dari segi untuk menyempurnakan kehidupan berpegang kepada hukum Islam

✓ Dimana sahaja kita berada perlulah berdakwah untuk menyebarkan risalah Islam. Pendekatannya perlulah berbeza didalam masyarakat yang majmuk seperti Malaysia

✓ Wadah untuk menyampaikan risalah Islam juga berbeza dengan perubahan masa. Akhir ini pihak yang berusaha menegakkan Islam menjalankan pendekatan ' Street Dakwah'

✓ Perubahan teknologi juga memberi satu cabaran kepada umat mukmin. Bagaimana seseorang pendakwah dapat menyesuaikan cara berdakwah dengan kepelbagaian teknologi

✓ Dizaman moden ini muzik mendapat pengikut yang luar biasa banyaknya. Pendakwah membawa kaedah nasyid untuk mendidik generasi yang cintakan musik. Cabarannya adalah cara persembahan.

✓ Orang mukmin yang hebat perlulah berpegang kuat dengan prinsip agama Islam.  Berkelakuan dengan cara yang tidak bercanggah dengan hukum Islam.

✓ Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914