Ustaz Azman 200119

Kuliah Subuh

✓ Orang Islam sifatnya berendah diri dengan maha pencipta Allah SWT. Mengikut segala perintah NYA.

✓ Didalam Islam pengikutnya perlulah mempunyai ilmu untuk mengikut perintah Allah SWT.

✓ Agama Islam adalah satu cara hidup. Meliputi berbagai aspek kehidupan, dari hal solat, sedekah, pakaian, makan, dll. Setiap aspek itu mempunyai ilmu untuk melakukannya. Hendak menyembelih binatang untuk dimakan ada cara dan syarat yang tertentu.

✓ Sumber ilmunya didalam Islam adalah Al Quran dan Hadith. Contohnya adalah pada cara yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

✓ Hukum didalam Islam terbagi daripada perkara yang wajib, haram, sunat, makhruh dan harus. Setiap orang mukmin hendaklah melakukan apa yang wajib dan sunat. Serta menjauhi segala yang dilarang, ia itu perkara yang haram dan makhruh.

✓ Segala yang diperintah akan perkara yang disuruh dan yang dilarang adalah untuk kebaikan manusia. Larangan berjudi adalah untuk kedamaian hidup. Malah menjauhi berjudi adalah baik untuk orang Islam dan juga yang bukan Islam. Perlulah orang Islam menerangkan larangan Allah SWT kepada semua orang, agar masyarakat hidup didalam sejahtera.

✓ Sebagai seorang yang beriman perlulah yakin bahawa segala hukum didalam agama Islam adalah baik. Maka perlulah setiap mukmin berusaha melakukan segala hukum syariat Islam. Walaupun ada perkara yang belum mampu melakukan tetapi jangan menolaknya.

✓ Wassalam


Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914