Ustaz Nizam UIA 050119

Kuliah Subuh

✓ Orang Islam beriman kepada Nabi Muhammad SAW. Bahawa baginda adalah Nabi yang terakhir.

✓ Penting bagi orang beriman yakin yang Rasulullah SAW adalah Nabi yang terakhir. Tidak ada lagi nabi selepas baginda. Walaupun ramai yang mengaku bahawa mereka adalah utusan Allah SWT. Mereka ini adalah palsu.

✓ Ahli sunnah Waljamaah berpegang kuat dengan adanya hari akhirat. Adanya syurga dan neraka, walaupun tidak pernah melihat nya. Itu lah keyakinan kepada perkara yang ghaib. Berpegang kuat akan kebenaran Al Quran dan Hadith.

✓ Keyakinan kepada hari akhirat. Adanya kehidupan yang lain selepas mati. Adanya siksaan qubur. Adanya padang Mahsyar. Adanya titi as sirat. Adanya syurga dan neraka. Semua ini tidak nampak sekarang. Yang tahu akan perkara ini adalah melalui wahyu Illahi. Al Quran dan Hadith.

✓ Wajib bagi orang beriman mempercayai adanya...
      • siksaan dan nikmat qubur
      • hari pembalasan
      • nikmat syurga
      • siksaan api neraka
      • telaga kausar Nabi SAW
      • syafaat Rasulullah SAW

✓ Sesaorang yang telah beribadat 60 dan 70 tahun, tetapi diakhir hayatnya dua menjadi orang zalim. Dia diakhir hayatnya tidak adil didalam wasiat nya

✓ Syafaat Rasulullah SAW adalah kepada orang yang melakukan maksiat dan bertaubat dengan nya.

✓ Prinsip ahli sunnah Waljamaah menerima apa sahaja yang diberitahu didalam quran dan hadis.

✓ Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914