Posts

Showing posts from January, 2014

Ustaz Rahmatullah 210114

Kuliah Maghrib Masjid Al Huda Shah Alam Orang yang beriman Mempunyai ilmu aqidah yang mantap Keyakinan terhadap aqidah Islam akan membentuk ahlaq yang baik Justera ia akan membentuk keperibadian yang cantik Ia merupakan manusia yang dipercayai Cakapnya diambil pakai Orang ramai mempercayai Bila diminta beri pandangan, ia memberi dengan bersungguh...serius Orang yang yakin akan aqidahnya Tidak akan berputus asa dengan rahmat Allah SAW Yakin yang dia pasti mencapai kejayaan selagi dia yakin akan pertolongan ALLAH SWT Akan berkerjasama dengan orang yang beriman yang lain untuk menegak hukum Allah SWT Tetapi dia bertegas kepada perkara yang bertentangan dengan Quran dan Hadith Kekuatan Aqidah Mereka ini akan bersusah payah untuk menegak akan Islam Dia akan menegur dengan jujur Tidak ragu ragu Berpegang tegoh dengan Al Quran dan Hadith Tidak takut akan tindakan balas Menghilangkan rasa takut terhadap manusia atau boss- boss. Melakukan sesuatu kerana menghendaki keredhaan Allah SWT Yakin ba

Ustaz Dato' Nahrawi 200114

Kuliah Maghrib Orang yang berjuang untuk Islam Bantuan Allah SWT pasti datang Kejayaan  didunia dan diakhirat Orang yang hendak melakukan kerja kerja agama perlulah.. Tidak meninggal perkara yang fardhu, terutama fardhu ain Kuat melakukan perkara yang sunat Juga tidak membuang masa Musuh orang mukmin adalah hawa nafsu. Sabda Rasulullah SAW: Neraka itu didindingi dengan perkara perkara keinginan hawa nafsu. Menundukan hawa nafsu dengan memperbanyakkan ibadat Ketika dibulan Ramadhan. Terutama sekali diakhir Ramadhan Bersolat tahajud Memperbanyakkan sujud Wassalam Sent from Evernote

Ustaz Azman 190114

Kuliah Subuh, Masjid Al Huda Shah Alam Orang yang mengerjakan solat itu beebagai. Ada yang baik, tidak kurang yang lalai. Solat orang jahil Mengerjakan solat tanpa ilmu Tidak juga mahu mempelajarinya Amalannya didalam solat ditolak Solat tersebut itu tidak mendatangkan apa apa kebaikkan Solat orang yang lalai Mempunyai ilmu yang cukup Tetapi apabila didalam solat fikirannya tidak fokus langsung akan perbuatan dan bacaannya Tidak mendapat ganjaran malah akan ditempatkan didalam neraka wail Ada juga mereka yang ketika solat terlalai...tetapi ia kembali fokus. Orang ini mungkin mendapat keampunan Allah SWT Solat bukan kerana Allah SWT Solat yg menunjuk-nunjuk Solat kerana hendak menjaga hati orang lain Solat kerana terpaksa kerana malu dengan manusia yang lain Solat orang bermujahadah Orang yang khusyu' didalam solatnya Solat orang soleh Orang yang khusyu' Menghayati apa yang dibaca Solat seorang wali Allah Kefahaman dan penghayatan ketika bersolat Merasa kenikmatan solat Solat p

Ustaz Jefri 180114

Kuliah Maghrib, Masjid Al Huda Shah Alam Sifat dusta adalah daripada syaitan. Maka bagi orang mukmin haram baginya berdusta. Bagi orang Islam bersikap benar dan jujur adalah tuntutan agama. Orang sidiqin adalah ahli syurga. Semasa hidupnya didunia ia mempunyai sifat jujur. Tingkatan yang lebih tinggi didalam syurga adalah mereka yang memelihara akan silaturrahim. Tingkatan yang tertinggi didalam syurga adalah mereka semasa didunia ini mempunyai akhlaq yang murni. Benteng bagi orang beriman daripada godaan syaitan adalah : Masjid Jangan jadikan masjid seperti pasar Bercakap benar semasa didalam masjid Bergegas kemasjid apabila azan berkumandang Zikrullah Para ulama menggalak mukmin berzikir selepas solat Memperbanyakkan membaca Quran Orang yang tidak jujur adalah dari kalangan orang yang rendah akhlaqnya. Bersikap benar itu adalah satu kebajikan. Setiap kebajikan ganjarannya adalah Syurga. Sikap berdusta merupakan satu kezaliman. Satu perbuatan jahat yang ganjarannya adalah neraka... G

Ustaz Dato' Nizam 261113

Ustaz Dato' Nizam 261113 Ustaz Dato' Nizam 261113 Kuliah Maghrib, Masjid Al Huda Shah Alam Allah SWT mengingati manusia Allah SWT melihati akan kesihatan kamu Berfikirlah apa yang dapat dilakukan oleh manusia dengan kesihatan yang dianugerahkan Allah SWT Sebelum kesihatan tersebut ditarik balik... Manusia tidak terlepas daripada dosa Musuh orang Mukmin Orang yang benci kepada agama Islam Orang yang hasad dan dengki Orang kafir yang tidak suka kepada kejayaan orang Islam Syaitan Memujuk manusia supaya suka kepada perkara yang mungkar dan tidak suka kepada perkara yang baik Hawa nafsu memujuk manusia suka kepada sesuatu hingga ia lalai Suka orang lelaki akan wanita Sukanya wanita akan emas dan hiasan Sukakan anak Suka kepada tanam tanaman Suka kepada binatang pemeliharaan Suka kepada kenderaan (kuda) Berhias Allah SWT tidak memerlukan kepada manusia. Sebal

Ustaz Irwan Shah 141213

Ustaz Irwan Shah 141213 Ustaz Irwan Shah 141213 Kuliah Subuh, Masjid Al Huda Shah Alam Didalam surah Mu'minun, Allah berfirman yang bermaksud... Surah Mu'minun ayat 14: Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta. Ayat 15: Kemudian, sesungguhnya kamu sesudah itu akan mati. Ayat 16: Kemudian sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat. Musibah bagi anak Adam... Usia semakin kurang setiap waktu Kalau dapat melihat apa yang terjadi kepada didalam kubur... Nescaya manusia akan gelisah Akan penuhlah semua masjid Didalam dunia ini manusia bersedih kerana hi

Ustaz Redzuan Kelantan 281213

Ustaz Redzuan Kelantan 281213 Ustaz Redzuan Kelantan 281213 Kuliah Subuh, Masjid Al Huda, Shah Alam Selangor Majlis ilmu merupakan satu tempat yang dimuliakan Allah SWT menghantar para malaikat bersama didalam majlis ini Para malaikat akan mendoakan kesejahteraan kepada ahli jemaah didalam majlis ilmu Masa hadapan manusia.... Perlu diberi perhatian oleh setiap insan Bukan sahaja perlu diberi penekanan hidup didalam dunia ini sahaja Tetapi juga kehidupan selepas kematian kita Hidup selepas mati Merupakan satu kehidupan yang akan dilalui oleh semua manusia apabila sampai masanya Bagi orang yang membawa balik amalan soleh yang banyak maka mati merupakan kenikmatan Tetapi bagi orang yang membawa balik tanpa amalan yang banyak, maksiat yang banyak Kehidupan selepas matinya akan menjadi satu kesiksaan Persiapan untuk menghadapi kehidupan selepas mati Perlu keazaman untuk membawa balik sebanyak amalan so

Ustaz Syihabuddin 090114

Ustaz Syihabuddin 090114 Ustaz Syihabuddin 090114 Kuliah Maghrib, Masjid Al Huda Shah Alam Sambutan tahun baru hijrah didalam konteks Islami Adakah dibolehkan orang Islam mengucapkan 'Happy New Year' Kalender Masehi itu bukan milik umat Islam Malah dipelopori oleh orang Kristian Malah ia sudah menjadi satu standard universal ....tetapi ia tidak kena mengena dengan upacara keagamaan Para ulama berpendapat yang dibolehkan umat Islam mengucapkan selamat tahun baru Tetapi mereka yang menyambut hari tersebut juga dibolehkan dengan bersyarat! Jangan berunsur maksiat dengan melakukan perkara yang berdosa Jangan membanzir Jangan hingga ia melalaikan daripada mengingati Allah SWT Bagi umat Islam di Malaysia ini bagi pendapat ustaz... Banyak yang berlebih lebihan Terdapat kesan kesan maksiat... Botol arak berkelimpangan Condom yang terpakai dibuang merata Leka hingga sepanjang mala

Ustaz Shamsuddin 180114

Kuliah Subuh, Masjid Al Huda Mencari kawan hendaklah mencari orang yang baik akhlaqnya dan kuat agamanya Sekiranya kawan itu lebih baik daripada diri kita maka terasa kekurangan didalam diri. Jadi memberi kesedaran untuk menambah baik sehingga ketahap yang lebih tinggi.ibi Tetapi sebaliknya jika diri kita dikelilingi dengan orang yang kurang baik, maka terasa diri kita ini dah cukup baik. Saolah olah handal sangat lah kita ini. Dari segi kekuatan amalan agama, yang lebih baik adalah kita berkawan dengan orang yang lebih tinggi kekuatan agamanya. Kita akan melihat akan kekurangan didalam diri kita. Maka dapatlah kita mempertingkatkan ilmu dan amalan agama. Supaya kita menjadi lebih baik serta mencapai kejayaan. Menjauhi diri daripada berkawan rapat dengan orang yang tidak baik akhlaq dan agamanya. Kerana mereka ini akan cuba menarik kita menjadi seperti mereka. Wassalam Sent from Evernote

Ustaz Zaki 17014

Image
Kuliah Maghrib, Masjid Al Huda Shah Alam Orang yang beriman tidak boleh mempersoalkan akan kesahehan Al Quran serta tidak meragu akan perkara yang ghaib Agama terdapat dua cabang... Agama Samawi Agama ciptaan manusia Islam adalah agama samawi. Yang diturunkan oleh Allah SWT kepada seorang rasul. Ia merupakan himpunan undang- undang yang tetapkan oleh Allah SWT. Berlainan dengan agama ciptaan manusia. Yang undang- undangnya direka oleh manusia juga... Diwahyukan Allah SWT kepada Rasulullah SAW berperingkat. Kitab yang dinamakan Al Quraan. Rasulullah SAW mengajarkan agama ini kepada pata sahabat. Kemudian para sahabat pula menyajarkan kepada para tabiin. Para tabiin kepada tabiin tabiin. Sehinggalah agama Islam ini tersebar luas keseluruh dunia....hinggalah ianya sampai kepada masyarakat Nusantara. Al Quran yang sama yang diturunkan kepada Rasulullah SAW itu lah yang masih dipegang oleh pengikut agama Islam hingga kehari ini tanpa ada apa apa pindaan walaupun setitik ayatnya. Itulah kela

Usta Nasharuddin 170114

Tazkirah Jumaat, Masjid Al Huda Sumamah ditawan oleh tentera Islam dan dibawa kemasjid Nabi Apabila ditegur oleh Rasulullah dengan cara yang baik. Tetapi dijawab yang agak kasar serta angkuh Keesokkan hari keadaannya begitu juga. Dihari ketiga Rasulullah memerintahkan sahabatnya membebaskan Sumamah. Sumammah selepas dibebaskan, beliau pergi disatu tempat untuk merehat dan mandi. Selepas mandi Sumamah kemudian menuju balik berjumpa Rasulullah SAW dan mengucapkan dua kalimah syahadah. Terpikat Sumamah kepada Islam diatas akhlaq Rasulullah SAW Apabila Sumamah pergi ke Mekah untuk menunaikan umrah. Disana dia mengisytiharkan akan keislamannya. Serta mengancam kufur Mekah akan tidak balas kaumnya keatas sesiapa yang memusuhi Rasulullah SAW Peristiwa ini menunjjukkan betapa keistimewaan akhlaq Rasulullah SAW dapat memeluk agama Islam Baginda juga tidak pernah melupakan jasa orang keatas Islam, walaupun mereka tidak memeluk Islam Mutaim Bin Adi merupan seorang kafir yang berjasa kepada perjua

Ustaz Shmsuddin 110114

Kuliah Subuh, Masjid Al Huda Shah Alam Orang beriman disarankan supaya pandai mencari kawan atau sahabat Sahabat yang baik didalam konteks Islam adalah sesaorang yang akan membawa kita menuju kejalan Allah SWT Seorang sahabat dapat... Membimbing didalam hal agama Mengajar kita ilmu agama Mengajak kita kejalan keredhaan Allaj SWT Contoh yang terbaik adalah didalam diri Rasulullah SAW... Baginda membimbing para sahabat menuju kejalan cara hidup Islam Mendidik akhlaq yang tinggi Para sahabat Baginda menjadi manusia yang hebat yang berjaya menukar dunia ini Sahabat yang dikehendaki Islam adalah mereka yang melakukan sesuatu dengan niat untuk mendapat keredhaan Allah SWT Berkawan dengan mereka akan mendekatkan diri kita dengan Allah SWT. Menguatkan iman kita. Didalam segala keadaan sahabat yang baik dapat mendidik kita supaya tidak terpedaya dengan nafsu dan syahwat. Bersahabat dengan mereka dapat membentuk keimanan kita menuju kejalan kesejahteraan dunia dan akhirat Kadangkala sahabat ini

Ustaz Irwan Shah 100114

Kuliah Subuh, Masjid Al Huda Shah Alam Hari qiamat adalah hari yang dahsyat Dan sudah tentu akan ditiup sangkakala, maka pada waktu itu matilah makhluk-makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi, kecuali sesiapa yang dikehendakki Allah (terkemudian matinya) kemudian ditiup sangkakala sekali lagi maka dengan serta merta mereka bangun berdiri menunggu (kesudahan masing-masing). Ayat 68 Surah Az Zumar Kedahsyatan kejadian qiamat telah didedahkan kepada manusia melalui para nabi dan rasul. Bagi umat mukmin terdapat banyak ayat- ayat Al Quran yang memberi amaran kepada manusia seluruh alam akan kejadian qiamat yang pasti. Manusia akan menghadapi dua situasi yang cukup mengerikan... Ketika menghadapi sakaratul maut Bankit semula setelah mati dipadang mahsyar Didalam Al Quran menceritakan betapa ngerinya hari qiamat bagi orang yang mati didalam keadaan amalan jahatnya melebihi amalan solehnya Bagi orang yang bertaqwa dijanjikan kesejahteraan diakhirat kelak. Mereka diberi keampunan aka

Ustaz Rashidy Jamill 050114

Image
Kuliah Maghrib Perbincangan hal zuhud Bagi mencapai zuhud ada jalannya Bagi orang yang menghendaki kezuhudan hendaklah meletakkan harta dunia didalam tangannya sahaja tetapi tidak tersanggut didalam hatinya. Bagi orang yang zuhud yakin bahawa kehidupan didunia ini hanyalah sekejap sahaja. Kemudian tunggu sekejap dibarzah dan hidup selamanya dialam akhirat Kesedaran yang kehidupan didunia ini adalah penuh dengan penipuan. Kehidupan didunia ini adalah tempat untuk beribadat. Kehidupan selepas mati ini sudah tidak ada ibadat lagi. Kehidupan sesudah mati adalah tempat mendapat kesan daripada amalan didunia dahulu. Yakin bahawa kehidupan diakhirat itu adalah tempat yang lebih baik kepada orang yang beramal soleh serta mendapat keredhaan Allah SWT Peringkatan orang awam, kezuhudan mereka adalah meninggal hal kecintaan dunia yang tinggi kepada kehendak yang sederhana Peringkat yang lebih tinggi, Zuhud orang awwas. Mereka akan meninggalkan peekara yang menghalang hubungan nya dengan Allah SWT

Ustaz Yusuf 050114

Kuliah Subuh, Masjid Al Huda Isu semasa adalah hukum bughah atau pelampau. Apakah itu bughah ? Mengikut istilah bermaksud  bahasa perkataan bughah (البغاة) adalah jama' daripada (بغى)bermaksud melampaui batas dan zalim Bughah mengikut istilah syara` adalah " segolongan umat Islam yang melawan dan menderhaka terhadap Ulil Amri (imam) iaitu pemerintah atau kerajaan yang adil yang menjalankan hukum-hukum syariat Islam.' (Kifayah al-Akhyar, jild 2 hal 122) Adakah mereka yang melakukan 'Menunjuk perasaan' itu boleh dihukum sebagai bughah? Terdapat berbagai pandangan daripada ahli agama dinegara ini. Ada yang bersetuju dan ada yang tidak bersetuju. Seorang mufti menyatakan yang mereka yang berdemonstrasi akan kenaikkan harga barang merupakan sebagai penderhaka. Terdapat juga seorang bekas mufti yang tidak bersetuju. Persoalannya, pemimpin yang macam mana yang tidak boleh ditentang? Pemimpin yang ciri - cirinya yang sentiasa menjaga agama. Yang menjalankan hukum yang wa

Ustaz Ghazali Omar 040114

Kuliah Maghrib, Masjid Al Huda Istidrash Apakah dia istidraj itu? Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Iblis dengan cara yang licik penuh dengan tipu daya membawa manusia tersasar daripada jalan yg lurus. Orang yang alim pun ditipu supaya merasa yang dia yang hebat sekali. Mempunyai ilmu yang tinggi juga boleh menjadi istidraj jika ketinggian  ilmu tersebut digunakan secara salah. Misalnya ada ulama yang membenarkan kerajaan yang zalim di Egypt. Dan menghukum penentang sebagai pengkhianat. Sebagai seorang mukmin kita harus memohon kepada Allah SWT supaya janganlah hati kita berubah melakukan maksiat. Dan juga dijauhi kita daripada tipu daya iblis memperlihatkan maksiat itu serba cantik... Janganlah kita merasa selamat hanya dengan mendampingi orang yang soleh. Kerana ada isteri nabi yang menjadi ahli neraka, seperti diceritakan didalam Al Quran. Bahawa untuk selamatkan diri daripada api neraka hendaklah sesaorang itu selalu taa

Ustaz Rashidy Jamil 040114

Kuliah Subuh Apakah takrif Zuhud Mengosongkan hati sesaorang daripada mencintai kesenangan dunia Serta diisikan kedalam hati itu dengan kecintaan kepada Allah SWT Terlepas diri daripada kesibukkan kehidupan didalam dunia, serta menumpukan fokus kepada kehidupan akhirat. Kehidupan didunia ini adalah sementara sahaja. Apabila kita menemui akan ajal kita. Maka akan bermulalah kehidupan dialam akhirat. Kehidupan akhirat itu adalah kehidupan yang kekal. Tiada ada lagi kematian selepas itu. Saidina Ali mentafsirkan bahawa jika kita lebih suka menerima daripada memberi maka hati itu mencintai dunia. Sebaliknya jika kita suka memberi daripada menerima maka hatinya itu mencintai akhirat. Kedunian yang dimiliki digunakan diatas jalan agama Allah SWT Bersyukur kepada Allah SWT akan rezeki yang halal. Menahan nafsu daripada perkara yang haram. Apa yang diinfaqkan didunia akan didapati diakhirat. Wassalam Sent from Evernote

Ustaz Othman Abdul Jalil 291213

Image
Kuliah Maghrib, Masjid Al Huda Shah Alam Bersyukur kepada Allah SWT yang membuka ruang bagi kita bersolat dimasjid Fadhilat mengerjakan solat berjemaah dimasjid adalah berlipat ganda pahala yang dianugerahkan Allah SWT Orang yang beriman mengandaikan dunia ini sebagai lautan. Dan kehidupannya didalam dunia ini sebagai perahu yang dikemudi diatas dasar lautan itu. Sekira perahunya itu dimasuki air maka perahu itu akan tengelam. Begitulah sekira dunia ini dimasukkan didalam hidup sesaorang maka akan rosaklah iman manusia itu. Kehidupan manusia selalunya dihiasi dengan pasangan masing masing. Bagi seorang lelaki mukmin isterinya merupakan asset yang penting. Itu pun sekira isterinya seorang yang beriman. Tetapi jika isteri itu tidak beriman, maka ia merupakan sebagai liabiliti. Wanita mukmin hendaklah dididik dengan ajaran agama. Supaya dia menjadi penenang bagi seorang suami. Serta menjadi pendidik bagi anak anaknya. Suami itu merupakan pendidik bagi keluarganya termasuk isterinya. Suam

Ustaz Zaid 271213

Kuliah Maghrib Tiga unsur yang penting untuk orang beriman menjadi lebih tinggi imannya Hati Akal Nafsu Perubahan juga memerlukan faktor Ilmu Kemahiran Sikap (90% faktor kritikal untuk berjaya) Akal memerlukan Ilmu untuk berubah Akan memperolehi pengeTAHUan Hati memerlukan iman untuk memberi motivasi melakukan amal yang soleh Mencentuskan keMAHUan untuk progres didalam mencapai ketakwaan Nafsu menjadi penghalang untuk meningkat. Untuk melawan nafsu perlu kepada sikap yang positif. Dilatih secara berterusan Sikap yang positif MAMPU melawan haqa nafsu Sikap mempunyai skop yang berbeza. Sikap mukmin secara individu Amanah Jujur Ikhlas Bersih Kemas Harga Diri Sikap Mukmin Bermasyarakat Timbang rasa Menghormati Kasih Sayang Ambil Berat Mesra Mukmin Profesinal Daya Usaha Tekun Rajin Bertolong Bantu Inovatif Disiplin Diri Ciri sikap positif Fokus kepada kekuatan diri Melihat diri secara positif Melihat peluang didalam setiap keadaan Fokus kepada solusi bukan masaalah Banyak memberi Bertang

Ustaz Anas 251213

Kuliah subuh, Masjid Al Huda Shah Alam Ramai orang Islam sering mengucapkan Selamat Hari Natal atau Merry Christmas Perbuatan ini seperti bersetuju dengan perayaan orang orang nasrani yang menyatakan yang Allah SWT itu mempunyai anak Walaupun nampaknya kecil tetapi perbuatan ini berkemungkinan akan merosakkan akidah orang Islam. Yang mempercayai akan ketauhidan Allah SWT. Manusia yang mengenalkan akan Allah SWT akan merasa gerun takut untuk melakukan perkara yang bercanggah dengan ajaran Islam. Takut akan siksaan dihari akhirat kelak. Sebagai seorang mukmin kita hendaklah berpandukan amalan kita dengan sunnahh Rasulullulah SAW. Haram hukumnya bagi kaum Muslimin menyerupai orang-orang Kafir, seperti mengadakan majlis atau pesta-pesta berkenaan dengan hari besar mereka tersebut, saling memberi hadiah, membagi-bagikan manisan, hidangan makanan dan semisalnya. Hal ini berdasarkan sabda Nabi Shallallhu 'alaihi Wa Sallam, Ertinya : "Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia t

Ustaz Nazri 231213

Kuliah Maghrib, Masjid Al Huda Shah Alam Bilakah akan tibanya hari qiamat? Bermulah hari qiamat apabila ditiupkan sangkakala Selepas dituip serunai maka datanglah manusia berdunyun dunyun kepadang masyar Manusia ketika itu telah menjadi mayat, akan hidup kembali Hari itu Allah SWT akan mengunci mulut manusia. Anggota lain yang akan bercakap menjasi saksi. Wajib bagi orang mukmin percaya akan kejadian tiupan sangkakala. Berusahalah dengan amal yang soleh bagi kita menghadapi kejadian sedemikian. Semoga Allah SWT menyelamatkan kita daripada siksaan hari akhirat. Wassalam Sent from Evernote

Ustaz Dato Nahrawi 161213

Kuliah Maghrib, Masjid Al Huda Allah SWT berjanji memimpin orang yang beriman kejalan yang benar Kejalan kejayaan , didunia dan lebih lagi diakhirat Janji ini kepada mereka.yang bermujahadah didalam amal yang soleh Amalan yang baik, walaupun sebiji zarah nescaya mendapat balasan daripada Allah SWT Melawan hawa nafsu dengan beristiqomah mengerjakan amalan yang fardhu dan ditambah lagi dengan amalan sunnat Orang yang beramal seperti diatas akan mendapat perlindungan Allah SWT. Apabila ia meminta dan berdoa akan dimakhbulkannya. Jika hamba itu menghampiri Allah SWT sejengkal, maka Allah SWT akan menghampirinya sehasta. Manusia yang membuang masa daripada melakukan ibadah merupakan orang yang didalam kerugian. Hendaklah dimaksimakan peluang beribadat semasa badan sihat serta mempunyai kelapangan Rasulullah SAW melakukan solat malam hingga kaki baginda bengkak. Dilakukan sedemikian sebagai tanda bersyukur keatas nikmat yang dianugerahkan Allah SWT. Wassalam Sent from Evern

Ustaz Azman 151213

Kuliah Subuh, Masjid Al Huda Shah Alam Permulaan setiap pekerjaan dimulakan dengan kalimah Bismillah... Walaupun nampak mudah, tetapi tidak ramai yang dapat amalkan setiap masa. Begitulah juga dengan kalimah Alhamdulillah... Memuji kepada Allah SWT akan kenikmatan yang kita terima daripadaNYA. Dua kalimah ini berat timbangannya disisi Allah SWT. Tetapi susah untuk beristiqomah dengan amalan tersebut. Banyak perkara yang berlaku keatas kita adalah dengan kehendak Allah SWT. Oleh demikian perlulah kita ucapkan InsyaAllah. Kalimat "laa haula wa laa quwwata illa billah" adalah kalimat yang  penyerahan diri dalam segala urusan kepada Allah Ta'ala Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un (انّا للہ و انّا الیہ راجعون) ialah sebahagian dari ayat Al-Quran, dari Surah Al-Baqarah, Ayat 156. Yang bermaksud: "(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh suatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." أَش

Ustaz Zamri xIKIM 141213

Kuliah Maghrib, Masjid Al Huda Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu)". Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji. (Luqman 31:12) Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar". (Luqman 31:13) | Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah ke

Uztaz Syihabuddin 121213b

Kuliah Maghrib Imam Shafie berkata bila ia terlalu kenyang Merasa sakit Malas untuk beribadah Tangan susah untuk menulis kitab Hatinya semakin keras Banyak tidur Menghilangkan ingatan yang kuat Adab belajar hendaklah Kurang bercakap Kurangkan melakukan perkara yang lagha Kurangkan tidur Fitnah orang berilmu Cakapannya tidak disusuli dengan tindakan Cakapannya hendaklah berfaedah Diam didalam perkara yang tidak baik itu mendapat pahala Mendapat pahala juga bagi orang yang bercakap didalam mendalami ilmu Wassalam Sent from Evernote

Ustaz Ghazali Omar 031213

Kuliah Maghrib Ilmu dan amal ada kalanya membawa permasaalahan kepada manusia Kerana para ilmuan boleh menjadi saorang yang egois. Yang menyangka dia saorang yang hebat. Mengatasi ramai ilmuan yang lain. Bermegah tentang ramai peminat dan sentiasa dipuji manusia. Yang mempunyai 'like' didalam facebook mencapai berpuluh ribu. Hakikatnya ilmu dan kepintaran yang diperolihi datang daripada Allah SWT Jangan mengharap apa yang dikehendaki daripada tangan manusia... Keikhlasan melakukan sesuatu amalan kerana Allah SWT. Dengan mengharap ganjaran hanya daripada NYA Apabila ditimpa akan dugaan oleh Allah SWT janganlah sama sekali berputus asa. Allah SWT pasti membantu hambanya yang bersabar. Apabila berhadapan dengan ujian yang getir hendaklah bermunajat mepada Allah SWT. Memohon bantuan dan pertolongan NYA. Wassalam Sent from Evernote

Ustaz Yusuf 011213

Kuliah Subuh, Masjid Al Huda Umat Islam hendaklah kembali kepada perkara yang asas, serta berpegang kuat dengan Al Quraan Hari ini masyarakat Islam telah ditimpa dengan berbagai masaalah sosial. Semakin hari semakin teruk perkara itu. Kembali mengikut Al Quraan adalah satu resolusi yang diketengahkan oleh para ulama kontemperori Rasulullah SAW membina masyarakat Islam yang hebat didalam sejarah tamadun manusia di Madinah. Asas masyarakat yang dibina Baginda adalah Al Quraan Masaalah sosial yang dihadapi masyarakat perlulah ditangani dengan sebaik mungkin. Kerana masaalah ini akan menyerebak kepada ramai lagi. "SPILL EFFECT" Perlulah dipermudahkan orang orang muda berumah tangga. Kerana ini dapat mengelak daripada perbuatan zina. Berbagai aspek kehidupan masyarakat moden perlu diteliti daripada sudut syariah sebelum diikuti secara begitu sahaja. Berfacebook itu tidak salah sekiranya ianya membawa kepada outcome yang baik. Tetapi sekiranya dishare gambar gambar yang tidak menut

Ustaz Jefri 161113

Image
Kuliah maghrib, Masjid Al Huda Nikmat pengorbanan didalam Islam bukan didalam harta benda, tetapi ganjaran daripada Allah SWT dan Rasulullah SAW Ummat Nabi Muhammad mencintai baginda melebehi dari segalanya melainkan cinta kepada Allah SWT Tidak seperti umat Nabi Musa, golongan Israil yang mempersenda akan Nabi mereka Menjadi satu kewajipan kepada orang mukmin menghormati Rasulullah SAW. Malah para alim ulama meletakkan Rasulullah SAW mengatasi akan perkara yang lain. Imam Malik tidak menunggang kuda disekitar masjid Nabi kerana menghormati makam baginda Rasul. Wassalam Sent from Evernote

Ustaz Abdul Halim 241113

Kuliah Subuh Ilmu yang dikurniakan kepada manusia hanyalah setitik sahaja. Ilmu Allah SWT itu sebagai air seluruh lautan. Begitulah perbandingan ilmu yang dipunyai oleh manusia jika dibandingkan dengan ilmu Allah SWT. Ilmu yang dipunyai manusia itu berlainan dengan ilmu Allah SWT Dengan ilmu yang sedikit itu manusia dapat mencipta berbagai benda. Tetapi hanya dengan menguasi ilmu sedikit itu sahaja manusia merasa bongkak dan angkuh akan pengetahuan itu. Katakanlah: Sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)". Al Khahfi 109. "Dia menciptakan kamu dari seorang diri kemudian Dia jadikan daripadanya isterinya dan Dia menurunkan untuk kamu delapan ekor yang berpasangan dari binatang ternak. Dia menjadikan kamu dalam perut ibumu kejadian demi kejadian dalam tiga kegelapan, yang (berbuat) demikian itu adalah Allah, Tuhan kamu

Ustaz Rahmatullah 191113

Kuliah Maghrib Pemimpin didalam Islam hendaklah seorang yang beramanah Saidina Abu Bakar menasihati Yazid  sebelum dilantik menjadi gabenor supaya dia tidak memberi keistimewaan kepada kaum keluarga nya. Allah SWT melaknat pemimpin melantik sesaorang kedalam apa- apa jawatan yang dia tidak layak. Kehancuran pasti terjadi apabila dilantik orang orang yang tidak layak kedalam jawatan jawatan penting negara. Orang yang tidak beramanah adalah seorang yang pengkhianat. Dan yang paling jahat adalah orang yang mengkhianati ; Agama Kebajikan orang muslim Negara Wassalam Sent from Evernote

Ustaz Hasrizal 161113

Kuliah Maghrib Masjid Al Huda Shah Alam Kematian itu pasti datang. Setiap orang akan melaluinya. Sememangnya itulah ketetapan Allah SWT yang pasti terjadi. Yang harus difikirkan adalah bagaimana kita akan mati. Ada orang yang hebat iman mereka; mati secara syahid. Contohnya Sheikh Yassin pemimpin HAMAS mati dibom oleh tentera Israiel. Mayatnya berkecai. Tetapi orang ramai berbau bauan wangi dari mayatnya. Ganjaran mereka adalah Syurga Syurga itu berada dimana? Para ulama menyatakan yang syurga itu berada dilanggit yang ketujuh. Terdapat lapan pintu untuk memasuki kedalam syurga Setiap pintu dapat memasukinya didalam satu saf seramai 70 ribu orang Dibuat syurga itu daripada emas, perak, dan batu permata termasuk berlian & mutiara Wassalam Sent from Evernote

Ustaz Shamsudin 161113

Kuliah subuh, Masjid Al Huda Manusia sepanjang hidupnya bergantung kepada Allah SWT Sekiranya ada manusia yang mengaku yang dia tidak ada keperluan dengan Allah SWT maka itu sungguh menakjupkan. Atau dia merupakan seorang yang jahil. Rugi... Manusia dari mula hidupnya hinggalah dia mati semuanya didalam ketentuan Allah SWT. Tidak terlepas sesiapapun dari ketetapan ini.  Makhluk ciptaan Allah SWT tidak kekal. Yang kekal hanya satu...iaitu Allah SWT. Apabila sampai masanya setiap orang akan meninggalkan dunia ini. Ini adalah ketetapan Allah SWT. Hairan sekali masih ada yang ingat bahawa dia tidak perlu akan pertolongan Allah SWT. Dia fikir yang dia mempunyai kekuatan untuk melarikan diri daripada ketetapan Allah SWT Itulah kesesatan... Perlulah setiap manusia bersedia untuk bertemu dengan Allah SWT. Melakukan amal yang soleh. Hidup didalam lingkungan syariaat. Janganlah menjadikan kecintaan kepada dunia melebihi akan kecintaan kepada Allah SWT. Bersedia untuk bertemu dengan Allah SWT. Ha

Ustaz Ali 121113

Kuliah Maghrib Orang yang beriman hendaklah bertaubat daripada segala dosa dosa yang dilakukan Orang beriman juga hendaklah menjadi orang yang menuju kejalan orang yang bertaqwa Jauhkan diri daripada kerosakkan amal disebabkan aqidah yang menyeleweng. Seperti ajaran syiah. Wajib hukumnya bagi orang mukmin bertaubat nasuha. Menyesal didalam hati. Ucapkan akan taubat dengan lisan. Serta berazam bersungguh- sungguh untuk tidak mengulangangi akan dosanya. Sent from Evernote