Ustaz Shmsuddin 110114

Kuliah Subuh, Masjid Al Huda Shah Alam
  • Orang beriman disarankan supaya pandai mencari kawan atau sahabat
  • Sahabat yang baik didalam konteks Islam adalah sesaorang yang akan membawa kita menuju kejalan Allah SWT
  • Seorang sahabat dapat...
    • Membimbing didalam hal agama
    • Mengajar kita ilmu agama
    • Mengajak kita kejalan keredhaan Allaj SWT
  • Contoh yang terbaik adalah didalam diri Rasulullah SAW...
    • Baginda membimbing para sahabat menuju kejalan cara hidup Islam
    • Mendidik akhlaq yang tinggi
    • Para sahabat Baginda menjadi manusia yang hebat yang berjaya menukar dunia ini
  • Sahabat yang dikehendaki Islam adalah mereka yang melakukan sesuatu dengan niat untuk mendapat keredhaan Allah SWT
  • Berkawan dengan mereka akan mendekatkan diri kita dengan Allah SWT. Menguatkan iman kita.
  • Didalam segala keadaan sahabat yang baik dapat mendidik kita supaya tidak terpedaya dengan nafsu dan syahwat. Bersahabat dengan mereka dapat membentuk keimanan kita menuju kejalan kesejahteraan dunia dan akhirat
  • Kadangkala sahabat ini ibadatnya tidak banyak tetapi kualiti ibadat yang dilakukan adalah cantik dan tinggi nilainya keilmuannya.
  • Setiap amalan mereka berlandaskan quran dan hadith. Menghidupkan sunnah Rasulullah SAW. Jadi bersahabat dengan mereka akan mewarnakan hidup kita dengan cara hidup Baginda SAW dan para sahabat.
  • Sekira kita ingin mempertingkat diri kita maka perlulah mencari sahabat yang lebih hebat daripada kita
  • Jangan pula kita mencari sahabat daripada kalangan orang yang cara hidupnya jauh daripada cara hidup Islam. Kerana dikhuatiri akan memesung kita daripada landasan agama.
  • Dizaman ini ramai orang yang jauh daripada jalan agama Allah SWT. Maka harus berwaspada mencari sahabat

Wassalam/ 07:33
Sent from Evernote

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809