Ustaz Jefri 180114

Kuliah Maghrib, Masjid Al Huda Shah Alam
  • Sifat dusta adalah daripada syaitan. Maka bagi orang mukmin haram baginya berdusta.
  • Bagi orang Islam bersikap benar dan jujur adalah tuntutan agama.
  • Orang sidiqin adalah ahli syurga. Semasa hidupnya didunia ia mempunyai sifat jujur.
  • Tingkatan yang lebih tinggi didalam syurga adalah mereka yang memelihara akan silaturrahim.
  • Tingkatan yang tertinggi didalam syurga adalah mereka semasa didunia ini mempunyai akhlaq yang murni.
  • Benteng bagi orang beriman daripada godaan syaitan adalah :
    • Masjid
      • Jangan jadikan masjid seperti pasar
      • Bercakap benar semasa didalam masjid
      • Bergegas kemasjid apabila azan berkumandang
    • Zikrullah
      • Para ulama menggalak mukmin berzikir selepas solat
    • Memperbanyakkan membaca Quran
  • Orang yang tidak jujur adalah dari kalangan orang yang rendah akhlaqnya.
  • Bersikap benar itu adalah satu kebajikan. Setiap kebajikan ganjarannya adalah Syurga.
  • Sikap berdusta merupakan satu kezaliman. Satu perbuatan jahat yang ganjarannya adalah neraka...
  • Golongan orang yg tidak memasuki syurga...
    • Orang berjihad bukan kerana Allah SWT
    • Hartawan yang membina kemudahan awam yang melakukan kerana dia dipuji kelak
    • Orang yang pandai membaca quran yang suka dipuja akan kemerduan suaranya.
  • Orang beriman hendaklah bersama dengan orang yang benar. Menengak akan kebenaran walaupun tidak sisukai oleh orang ramai.
  • Orang yang beriman juga hendaklah bersikap tawadho'
  • Melayan sesama muslim tanpa perbezaan pangkat dan kedudukan
  • Tawadho' juga menjauhkan diri daripada sikap takabur dan sombong
  • Sikap ini merugikan diri...
  • Contoh terbaik seorang yang bertawadho' adalah Nabi Muhammad SAW
  • Untuk mempunyai hati yang mulai perlulah dididik semasa bersolat. Khusyu' semasa bersolat akan mendidik hati daripada penyakit ujub, riya' dan sombong
Sent from Evernote

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809