Ustaz Yusuf 011213

Kuliah Subuh, Masjid Al Huda
  1. Umat Islam hendaklah kembali kepada perkara yang asas, serta berpegang kuat dengan Al Quraan
  2. Hari ini masyarakat Islam telah ditimpa dengan berbagai masaalah sosial. Semakin hari semakin teruk perkara itu.
  3. Kembali mengikut Al Quraan adalah satu resolusi yang diketengahkan oleh para ulama kontemperori
  4. Rasulullah SAW membina masyarakat Islam yang hebat didalam sejarah tamadun manusia di Madinah. Asas masyarakat yang dibina Baginda adalah Al Quraan
  5. Masaalah sosial yang dihadapi masyarakat perlulah ditangani dengan sebaik mungkin. Kerana masaalah ini akan menyerebak kepada ramai lagi. "SPILL EFFECT"
  6. Perlulah dipermudahkan orang orang muda berumah tangga. Kerana ini dapat mengelak daripada perbuatan zina.
  7. Berbagai aspek kehidupan masyarakat moden perlu diteliti daripada sudut syariah sebelum diikuti secara begitu sahaja.
  8. Berfacebook itu tidak salah sekiranya ianya membawa kepada outcome yang baik. Tetapi sekiranya dishare gambar gambar yang tidak menutup aurat itu salah.
  9. Begitu jika diletakkan info didalam laman media sosial untuk menunjjuk nunjjuk juga adalah salah.
  10. Iblis adalah musuh kepada orang Islam. Tujuannya adalah untuk menyesatkan umat Islam. Diperlihatkan perbuatan keji itu seperti amalan yang baik. Seperti kebebasan yang tidak ada sekatan. Berhubung lelaki perempuan, lelaki sama lelaki, perempuan sama perempuan tanpa had.
  11. Membendung gejala ini dengan mengajak masyarakat kembali kepada Al Quraan.
  12. Al Quraan itu merupakan pentujjuk kepada sekelian manusia
  13. Negara yang mengikuti hukum syariah mempunyai rekod keamanan yang baik. Indeks jenayahnya rendah dibandingkan dengan negara yang konsevatif.
  14. Orang yang sering membaca Al Quraan dan bersolat jemaah dapat menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat. Mereka sentiasa dapat perlindungan daripada Allah SWT.
  15. Melakukan ibadah secara beristiqomah walaupun sedikit. Melakukan secara berterusan. Mempertingkatkan sedikit demi sedikit.

Wassalam
Sent from Evernote

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809