Posts

Showing posts from November, 2023

Ustaz Dato' Nizam 281123

Kuliah Magrib • Allah SWT menjanjikan nikmat kepada orang yang beriman. Ia itu mereka yang beriman dengan perkara yang ghaib. Orang yang beriman juga mempunyai ilmu dan beramal dengannya. • Ada orang beriman mengecapi kenikmatan didalam beramal. Merasa tenang ketika berpuasa, mendirikan solat dan menghadiri majlis berzikir. • Nikmat anugerah Allah SWT kepada hamba-Nya yang beriman tidak ada had. Didalam lipatan sejarah diberikan kerajaan yang hebat kepada hamba NYA yang beriman. Seperti Nabi Sulaiman yang mempunyai sebuah kerajaan yang besar dan hebat yang hingga tidak ada tandingannya. • Begitu juga masyarakat Palestin yang sekarang ini sedang berperang dengan puak zionis. Terdapat banyak cerita-cerita yang menceritakan bantuan Allah SWT kepada mereka yang berhadapan dengan tentera zionis yang lebih kuat tenteranya daripada mereka. • Begitu juga Allah SWT telah anugerahkan karamah kepada hamba- hambanya yang tinggi tingkatan iman mereka. Banyak riwayat yang ditulis oleh murid-murid wa

Ustaz Firdaus 271123

Kuliah Magrib • Doa merupakan satu nikmat Allah SWT. Dan mustajab doa itu ada masa dan tempatnya. • Didalam Surah Al Qasas terdapat doa Nabi Allah Musa AS. • Ayat ke 16. Ia merayu (dengan sesalnya): "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diri sendiri; oleh itu ampunkanlah - apalah jua kiranya - akan dosaku". (Maka Allah Taala menerima taubatnya) lalu mengampunkan dosanya; sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. • Apabila sesaorang hendak memohon keampunan perlulah dia mengakui akan kesalahannya. • Ayat ke 17. Ia merayu lagi: "Wahai Tuhanku, demi nikmat-nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku, (peliharalah daku) supaya aku tidak akan menjadi penyokong kepada golongan yang bersalah". • Didalam ayat diatas ini, terdapat permohonan Nabi Musa AS agar dia tidak membantu orang yang zalim. Dengan nikmat yang Allah SWT berikan kepadanya iaitu kekuatan diri. • Ayat ke 21. Musa pun keluarlah dari negeri itu dalam keadaan cemas sambil meme

Ustaz Prof Dr Hafizi 261123

Kuliah Maghrib 📸 Watch this live video on Facebook https://www.facebook.com/share/v/nzMnCNuKTVaUEh1Q/?mibextid=xfxF2i Wassalam  

Ustaz Abdul Halim 261123

Kuliah Subuh https://www.facebook.com/share/v/p3VdhsPgz9tNnywV/?mibextid=qi2Omg Wassalam  

Ustaz Hafizuddin 251123

Kuliah Magrib 📸 Watch this live video on Facebook https://www.facebook.com/share/v/pTRYSafywMNtHhm2/?mibextid=xfxF2i Wassalam  

Ustaz Dato' Nahrawi 201122

Kuliah Maghrib • Akhlak Baginda Rasulullah SAW adalah teladan yang terbaik bagi seluruh manusia. • Sesuatu masyarakat yang hendak dibina perlulah berasas kepada akhlak yang mulia. Contoh yang terbaik adalah terbinanya masyarakat Islam generasi pertama yang dibentuk oleh Baginda. • Para sahabat Baginda SAW sungguh menyayangi Baginda SAW. Sehingga dirakam sifat fizikal Baginda. Seperti lembutnya rapat tangan nya. Bau badan Baginda wangi semerbak yang harumnya bagi para sahabat tidak ada bandingannya. • Sahabat dan khadam Baginda SAW yang berkhidmat selama sepuluh tahun. Dia tidak pernah mendengar Baginda memarahinya, walaupun kata 'aah'. • Bagi seorang mukmin perlulah berusaha untuk menjadikan Baginda sebagai model yang perlu diikuti. • Bagi pemimpin dan pengurus dizaman moden ini, sebelum mencontohi individu yang lain, perlulah mempelajari akhlak dan cara Baginda Rasulullah SAW mengurus negara Islam di Madinah. • Untuk memupuk sifat silaturrahim digalakkan agar sesaorang sahabat

Ustaz Lokman Daud 191123

Kuliah Maghrib https://www.facebook.com/share/v/GoekCz3cM4wPcQ4z/?mibextid=qi2Omg Wassalam  

Ustaz Azman 191123

Kuliah Subuh https://www.facebook.com/share/v/PsWVUpaWmwcTDb4C/?mibextid=qi2Omg Wassalam  

Ustaz Shamsuddin 181123

Kuliah Subuh https://www.facebook.com/share/v/2MTMURbg29DtuxTj/?mibextid=qi2Omg  

Ustaz Muhaimin 171123

Kuliah Maghrib • Surah Ali Imran 14. "Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)." - Rasa cinta kepada nikmat dunia merupakan sesuatu yang semula jadi - Cintakan wanita dan nafsu merupakan satu fenomena untuk memperbanyakkan zuriat. Berkembanglah populasi manusia. - Suka kemewahan juga menjadi motivasi bagi orang berusaha untuk memudahkan hidup keluarganya. - Emas dan Perak sebagai mata wang. Satu instrumen mengembangkan ekonomi masyarakat. - Kenderaan yang baik untuk manusia bergerak kemana sahaja yang diperlukan. - Pertanian sebagai satu keperluan makanan dan kehidupan masyarakat. - Manusi

Ustaz Syukri Alam Impian 151123

Kuliah Maghrib • Orang yg menjaga solatnya (kesempurnaan) akan diberi kemuliaan.    - Selamat dari kesulitan hidup.    - Selamat dari azab kubur.    - Terima buku catatan amalan dari tangan kanan.    - Melalui titian sirat diakhirat dengan laju seperti kilat.    - Memasuki kedalam syurga tanpa hisab. • Orang yang lalai mengerjakan solat akan disiksa...    • Semasa didunia:    - Dicabut keberkatan didalam hidup.    - Hapus diwajahnya seri orang yang soleh.    - Semua amalannya digugurkan.    - Doanya tidak akan diterima.    - Tidak mendapat bahagian doa orang-orang yang soleh.    • Semasa hendak mati:    - Mati didalam kehinaan. Tidak dapat menyebut tahlil. "lailahaillallah"    - Mengalami kelaparan.    - Mengalami kedahagaan.    • selepas mati didalam kubur:    - Dihimpit oleh kubur akan dirinya.    - Dinyalakan api didalam kuburnya.    - Dipukul berterusan hingga hari akhirat oleh seekor ular yang ganas.     • Dihari akhirat      - lambat dihisab      - dimurkai Allah SWT   

Ustaz Rahmatullah 131123

Kuliah Maghrib https://www.facebook.com/share/v/Wj7gsvPAjDwr6Y2Z/?mibextid=qi2Omg  

Ustaz Shamsuddin 121123

Kuliah Subuh • Setiap mukmin matlamat hidupnya didunia ini adalah untuk mendapat keredhaan Allah SWT. • Dia mencintai Allah SWT dan mengharap agar Allah SWT mencintai nya. • Menuju kepada hasrat tersebut maka sesaorang yang beriman perlulah berpegang kuat dengan agama Islam. Mengikut jalan tauhid, fiqah dan tasawuf. Melaksanakan Islam secara seluruhnya didalam hidupnya. • Jibril mengajar para sahabat apabila dia mendatangi Baginda Rasulullah SAW. Jalan keselamatan hidup didunia dan akhirat adalah dengan mengikut cahaya Islam, Iman dan Ehsan. • Hidup didunia ini adalah satu ujian yang Allah SWT beri kepada setiap manusia. Ujian yang paling besar adalah nafsu yang ada didalam diri setiap mukmin. • Nafsu menghalang manusia menuju kepada Allah SWT dengan mudah. Ia setiap waktu memutuskan perjalanan orang yang beriman untuk mendekati diri mereka kepada Allah SWT. • Nafsu menarik orang yang beriman dengan mencintai kecantikan hidup didunia. Dihiasi dengan keinginan syahwat. Kekayaan harta da

Ustaz Rahmatullah 081123

Kuliah Maghrib  https://www.facebook.com/share/v/vUHyoJPxAYTLZgqq/?mibextid=qi2Omg

Ustaz Yusof 051123

Kuliah Subuh • Baginda Rasulullah SAW pernah memberi amaran bahawa umatnya pada akhir zaman akan mempunyai penyakit dihati. Ia itu mencintai dunia berlebih -lebihan. • Baginda juga menyatakan Allah SWT akan mengangkatkan perasaan gerun orang kafir terhadap orang mukmin. • Baginda Rasulullah SAW menyatakan bahawa dimasa itu umat mukmin takut mati... • Bila dikenangkan dengan apa yang berlaku dengan umat mukmin di Palestin. Di bunuh beramai-ramai. Masyarakat mukmin sedunia tidak boleh melakukan apa-apa. Hanya melihat disosial media akan kekejaman yang dilakukan terhadap mereka. Benarlah apa yang katakan Baginda SAW. • Bagi orang yang beriman perlulah melakukan apa sahaja yang dapat meningkatkan keimanan. Takut kepada Allah SWT. Mengharap balasan syurga di akhirat kelak. • Kekuatan umat bukan terletak kepada senjatanya tetapi berapa kuat iman dan amal ummah. • Janji Allah SWT tetap berlaku. Orang yang beriman dan beramal dengannya akan memasuki syurga. Syurga yang ada  beberapa tingkat di

Ustaz Hassan Basri 011123

Kuliah Maghrib • Semasa pihak mukmin di Palestin dalam kesusahan. Diperangi oleh pihak Yahudi. Jadi kita dinegeri ini perlulah kita berdoa pertolongan Allah SWT dan juga memohon keampunan NYA. • Fitnah diakhir zaman sabda Baginda Rasulullah SAW seperti potongan dimalam yang gelap. • Tanda akhir zaman...    - orang miskin yang sombong    - orang kaya yang berlebih lebihan    - orang tua beramal dengan nyanyuk • Rasulullah SAW berdoa agar dijauhi dari kejelikan hari tua. • Baginda Rasulullah SAW juga menyatakan berwaspada dari kemunculan Dajjal. • Para sahabat bersegera melakukan kebaikan. Dan bersegera menjalankan perintah Allah SWT dan Rasulullah SAW. • Diperintahkan kepada tentera Islam berperang supaya musuh mengucapkan kalimat syahadah. Tidak boleh memerangi mereka yang telah melafazkan syahadah. • Didalam isu Palestin dan Yahudi terdapat didalam ayat Al-Quran. Dimana dikatakan orang Yahudi akan dikalahkan sebanyak dua kali. Dipertama adalah peperangan Khaibar dimana Islam menyalahk