Posts

Showing posts from May, 2022

Ustaz Ghazali Omar 300522

Kuliah Maghrib Amalan sunat pada hari Jumaat • Membaca surah Al Khafi • Memperbanyakkan selawat keatas Baginda Rasulullah SAW • Selawat itu boleh diperbagaikan seperti Qasidah dsb. • Pergi awal ke masjid • Tunaikan mengerjakan solat Jumaat dengan diawal waktu • Mendengar qutbah sebaik yang mungkin • Mengambil pelajaran daripada qutbah serta mengamalkan • Menjaga akan hal ehwal akidah sepertimana yang diperingatkan oleh khatib Perkara yang dilarang pada Solat Jumaat • Melengahkan daripada menunaikan solat Jumaat • Kewajipan orang yg berkuasa memastikan rakyat dapat mengerjakan solat Jumaat • Mengambil tindakan undang-undang bagi sesiapa yang meninggalkan solat fardhu Jumaat. • Jauhkan diri daripada perkara mungkar • Wassalam  

Ustaz Abd Halim 220522

Kuliah Subuh • Amalan seseorang yang beriman ada yang dilihat oleh orang lain. Dinamakan amalan nyata. • Sebaliknya ada juga amalan yang dijalankan secara bersendirian. Tidak dilihat oleh orang lain. Dinamakan amalan rahsia. • Amalan yang ikhlas yang dijalankan adalah kerana Allah SWT. Amalan yang benar. • Bagi seorang yang beriman perlulah apa amalan yang dilihat oleh orang lain itu tidak berlainan dengan amalan bersendirian. • Janganlah dikhalayak ramai solatnya bukan main tertib lagi. Tetapi bila bersendirian solat itu dirikan secara lewa sahaja. • Amalan sunat yang dikerjakan Rasulullah SAW hendaklah dikerjakan sebaik yang mungkin. Lakukanlah semampu yang mungkin, jangan ditinggalkan langsung. • Membaca Al-Quran jangan ditinggalkan. Bacalah setiap hari walaupun beberapa ayat. • Tetapi amalan wajib itu perlulah dilakukan dengan sebaik yang mungkin. Jangan sekali-kali ditinggalkan tanpa sebab-sebab yang dibenarkan syarie. • Orang yang beriman hendaklah selalu mengingati Allah SWT. Be

Ustaz Shamsuddin 210522

Kuliah Subuh • Orang yang beriman sentiasa mengingati Allah SWT. Merasa takut dan rindu kepada NYA. • Perasaan yang sedemikian akan menghilangkan segala penyakit hati. • Takut kepada kemurkaan NYA. • Allah SWT murka akan sesiapa yang sekutukan DIA akan benda atau perkara yang lain. • Begitu juga jika seseorang itu beramal bukan semata-mata kerana Allah SWT. • Ada yang melakukan amalan kerana hendak dinampak oleh orang lain. Supaya mendapat keuntungan duniawi. • Ada juga yang melakukan amal ibadah kerana berkira-kira sangat akan balasan  akhirat, melebihi kerana Allah SWT. • Allah SWT tidak suka kepada hamba yang melakukan amal ibadah bukan semata-mata kerana NYA. Ganjaran amal itu diberikan kepada hamba-Nya yang benar-benar ikhlas dalam ibadah. • Rugilah hamba yang beramal kerana ria' dan ujub. Melakukan amal ibadah kerana dilihat orang. Serta diri rasa hebat kerana kononnya kuat ibadah. Niatnya bukan kerana Allah SWT semata-mata. • Dikongsikan atau diselitkan niat yang lain selain

Ustaz Nizam Kadir 140522

Kuliah Subuh • Persoalan yang perlu ditanya oleh orang yang beriman, adakah ibadah di bulan Ramadhan sama dengan ibadah di bulan Syawal? • Ramadhan mendidik diri menjadi seorang yang bertaqwa. Bagaimana ketaqwaan selepas Ramadhan. • Didalam bulan Ramadhan diusahakan membaca Al-Quran. Jadi dibulan Syawal dan selanjutnya, perlulah membaca Al-Quran secara berterusan. • Beriktikaf didalam masjid dilakukan ramai dibilang Ramadhan. Maka perbuatan ini hendaklah diteruskan. Mazhab Shafie memudahkan sesaorang itu beriktikaf. • Diramaikan para jemaah didalam Ramadhan untuk mendirikan solat tarawih. Sebaliknya diluar Ramadhan kebanyakan masjid sunyi. Sebagai orang yang bertaqwa perlulah selalu berjemaah di masjid. • Melakukan amal yang Soleh perlulah secara berterusan. Apa yang diamalkan dibulan Ramadhan perlulah dilakukan dibulan bulan seterusnya. • Seseorang yang beriman sentiasa memuliakan Baginda Rasulullah SAW dan juga para sahabatnya. • Para sahabat merupakan orang yang dididik oleh Baginda