Ustaz Azman 151126
Kuliah Subuh https://www.facebook.com/share/v/1CMjYPXxKj/ 🫒 Sumber makanan yang halal adalah penting untuk seseorang mukmin. 🫒 Terdapat laporan yang ayam yang dijual dipasar dan pasaraya tidak sempurna proses penyembelihan. 🐓🐓🐓 🫒 Sumber rezeki yang digunakan untuk membeli makanan juga penting kehalalannya. 🫒 Makanan halal amat penting dalam kehidupan seorang mukmin kerana ia bukan sekadar memenuhi keperluan jasmani, tetapi turut mempengaruhi keimanan, ibadah, akhlak dan kesucian hati. 🫒 Allah SWT berfirman: Surah al-Baqarah, ayat 168: يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُوا مِمَّا فِي الْأَرْضِ حَلَالًا طَيِّبًا Maksudnya: "Wahai sekalian manusia! Makanlah daripada apa yang ada di bumi yang halal lagi baik." 🫒 Hubungan makanan halal dengan ibadah Rasulullah SAW bersabda bahawa Allah itu Maha Baik dan tidak menerima melainkan yang baik. (Riwayat Muslim, 1015). Hadis ini mengingatkan kita bahawa sumber makanan da...