Posts

Showing posts from December, 2014

Evernote:Ustaz Kamaruddin 271214

Image
Kuliah Maghrib Masjid Al Huda Shah Alam Diakhir zaman ini manusia... Ramai yang terkandas dengan tipu daya Syaitan Mencintai dunia berlebihan hingga lupa kepada hari akhirat Tidak berusaha untuk mempertimbangkan ilmu pengetahuan didalam bidang agama Sebagai orang yang beriman... Yakin akan pertemuan dengan Allah SWT Setiap manusia pasti akan menemui akan kematian Balasan yang maha adil adalah dihari akhirat Ibadah yang utama untuk membawa bekal ke akhirat adalah solat Menjaga solat supaya khusu' Mencontohi cara Rasulullah SAW bersolat Berusaha menambah ilmu pengetahuan supaya solat kita sempurna Memohon kepada Allah SWT Keampunan akan segala dosa Bertaubat nasoha Bersungguh Wassalam Evernote helps you remember everything and get organized effortlessly. Download Evernote .

Evernote:Ustaz Zaid 261214

Image
Kuliah Maghrib Masjid Al Huda Shah Alam Rasulullah SAW pembawa rahmat kepada seluruh alam Sesaorang mukmin hendaklah mencintai Rasulullah SAW melebihi cintanya kepada makhluk yang lain Mencintai baginda hendaklah kita menjadi seorang mukmin yang profesional.  Agar kita menjadi sesaorang yang baik dan cerdik. Surah Al Imran ayat 31, didalam ayat ini terdapat perintah mencintai Rasulullah SAW The Noble Quran 3:31 قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِى يُحْبِبْكُمُ ٱللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَٱللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ Qul in kuntum tuhibboona Allaha faittabiAAoonee yuhbibkumu Allahu wayaghfir lakum thunoobakum waAllahu ghafoorun raheemun Say (O Muhammad SAW to mankind): "If you (really) love Allah then follow me (i.e. accept Islamic Monotheism, follow the Quran and the Sunnah), Allah will love you and forgive you of your sins. And Allah is Oft-Forgiving, Most Merciful." Surah Ahzab ayat 21 The Noble Quran 33:21 لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِى رَسُولِ ٱللَّهِ أُ

Evernote:Ustaz Zaid 231214

Image
Kuliah Maghrib Masjid Al Huda Shah Alam Para ulama syor agar umat Islam apabila masuk dibulan Rabiul Awal mengulang kaji qitab Syamil Rasulullah SAW karangan Imam Tarmizi Sesiapa keluar daripada rumahnya membaca doa... Setaip permulaan hendaklah dimulakan dengan membaca Bismillah.... Begitu juga hendaklah orang yang beriman bertawakal kepada Allah SWT didalam semua urusan kita. ...tidak ada dayaupaya kita melainkan dengan pertolongan Allah SWT Sesiapa membaca doa tersebut diatas maka syaitan akan lari berkeliaran. Amalan yang simple tetapi bermanafaat Ajaran agama Islam adalah mudah untuk dipraktikan tetapi ia memberi kelebihan yang berlipat ganda. Wassalam Evernote helps you remember everything and get organized effortlessly. Download Evernote .

Evernote:Ustaz Zaki 251214

Image
Kuliah Subuh Masjid Al Huda Shah Alam Hukum syariah adalah perintah Allah SWT melalui Rasulullah SAW yang dihukumkan keatas setiap mukmin Hukum syariah tersebut itu adalah seperti berikutnya : Wajib Sunnat Makruh Haram Harus Didalam memahami akan hukum-hukum syariah perlulah mempunyai ilmu. Fardu Ain dan Fardhu Kifayah Menuntut ilmu hendaklah melalui sesaorang guru yang bertauliah. Tidak digalakkan belajar melalui membaca sahaja. Apabila seseorang mukmin melakukan perkara yang wajib dan sunnat serta meninggal perkara yang makruh dan haram,  ia akan mendapat ganjaran pahala. Begitu juga jika seseorang mukmin melakukan perkara yang haram dan meninggalkan perkara yang wajib maka dia akan mendapat dosa. Ada perkara yang dilakukan oleh orang mukmin yang tidak mendapat pahala dan dosa. Hukumnya adalah HARUS Ada perkara yang asalnya hukumnya harus tetapi ia boleh bertukar menjadi wajib atau haram Contohnya, menuntut ilmu itu harus. Tetapi didalam Fardhu Ain menuntut ilmunya itu wajib keatas s

Evernote:Ustaz Dato'Nahrawi 201214

Kuliah Subuh Masjid Al Huda Shah Alam Sebagai seorang yang beriman hendaklah kita melakukan amalan yang soleh / baik. Setiap amalan yang dilakukan sentiasa dilihat oleh Allah SWT. Serta akan mendapat balasan yang setimpal  daripada NYA. Sesiapa yang kemasjid sama ada dia pergi waktu pagi atay petang Allah SWT  akan beri keistimewaan didalam syurga dengan makanan istemewa. Riwayat Imam Al Bukhary Bersolat secara berjemaah akan memperlihatkan kebesaran agama Islam Selain daripada mendapat ketenangan jiwa berjemaah dimasjid mendapat keberkatan. Menyatukan jiwa setiap yang berjemaah. Masjid juga merupakan gedung ilmu,  mendidik masyarakat akan perkara yang baik. Sesaorang hamba yang berwuduk dengan baik,  kemudian dia pergi solat Jumaat, mendengar khutbah, diam, mengamatinya... Allah SWT akan mengampunkan disanya dari satu Jumaat ke satu Jumaat. Begitu juga orang yang berwuduk dengan sempurna... Keluar segala dosa kecil mata bersama air yang mengalir selepas membasuh muka Apabila membasuh

Evernote:Ustaz Syamsul 181214

Kuliah Maghrib Masjid Al Huda Shah Alam Allah SWT didalam Al Quraan memerintahkan orang-orang beriman beristiqomah didalam amalan Berpegang teguh pada kebenaran risalah Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Beramal dengan apa yang termaktub didalam Al Quraan dan Sunnah yang teladani Baginda. Sesiapa yang berpegang teguh kepada ajaran Islam mereka akan berjaya. Tetapi sesiapa yang ingkar akan menemui kegagalan dunia dan akhirat.  Tiada siapa yang dapat melawan akan hakikat ini.  Walaupun anak kepada saorang nabi. Seperti anak nabi Nuh yang enggan beriman kepada ajaran bapanya. Didalam beramal kepada Allah SWT perlukan sikap beristiqomah. Melakukan amalan dengan mengharap keredhaanNYA. Wassalam Evernote helps you remember everything and get organized effortlessly. Download Evernote .

Evernote:Ustaz Rahmatullah 161214

Kuliah Maghrib Masjid Al Huda Shah Alam Berselawat keatas junjungan Nabi Muhammad SAW Malaikat akan mendoakan sejahtera keatas kita Ini merupakan kunci kejayaan bagi orang yang beriman Rahmat Allah SWT yang dianugerahkan kepada umat Rasulullah SAW Pada Sahabat Baginda SAW Banyak berselawat keatas junjungan Nabi Muhammad SAW Mereka yakin akan janji Allah SWT atas sesiapa yang berselawat Dijauhkan daripada kesedihan dunia dan akhirat Digalakan orang yang beriman berselawat pada hari Jumaat Serta berselawat didalam perhimpunan Sebelum berdoa... Sebelum dan sesudah memasuki Masjid Ketika kita terlupa membaca selawat Wassalam Evernote helps you remember everything and get organized effortlessly. Download Evernote .

Evernote:Ustaz Nazri 141214

Kuliah Subuh, Masjid Al Huda Shah Alam Permasalahan yang dihadapi umat Islam hari ini memerlukan ilmu yang kukuh didalam berbagai bidang agama Pada zaman ini kebanyakkan ulama' dan umat Islam terdiri daripada mereka yang mengikuti mahzab. Di Malaysia majoritinya adalah pengikut mahzab Shafie.  Maka rujukkan yang diguna adalah daripada kitab rujuk penulisan imam dan ulama' mahzab Shafie. Didalam mengerjakan solat fardhu berjemaah ada orang yang memasuki saf solat ketika imam sudah hendak mengakhiri bacaan Fathihah. Mereka ini dikira sebagai Masbuk. Ma'mum masbuk wajib membaca Fathihah... Sekadar yang dapat dibaca sebelum imam rukuk Apabila imam rukuk,  maka wajib ia berhenti membaca Fathihah dan rukuk bersama imam Sekira imam rukuk, ma'mum tersebut masih membaca Fathihah ia tidak akan mendapat rakaat jika ia rukuk selepas imam bangun daripada rukuk. Sekira Ma'mum rukuk selepas imam telah selesai iktidal maka batallah solatnya. Tetapi sekira ma'mum yang masbuk itu

Evernote:Ustaz Irwan Shah 131214

Kuliah Subuh Masjid Al Huda Shah Alam Ketika saat manusia menumui kematian Syaitan & Iblis akan mendekatinya Dicuba untuk memesung akan aqidah sesaorang itu Ketika itu dia sedang menghadapi kesakitan sakaratul maut Roh orang yg beriman Didampingi oleh para malaikat Dibawa kesatu tempat yang cantik Tempat dimana ia dapat melihat taman-taman syurga Didalam keadaan yang baik Dalam keadaan sakaratul maut Akan datang kepadanya perkara yang dia sukai Jika semasa hidup ia suka bersembahyang maka solat itu akan datang kepadanya Begitu juga jika ia suka perkara yang buruk maka akan datang perkara tersebut kepadanya Maka perlulah dibantu untuk mengingati Allah SWT Kesakitan yang dialami oleh nya amatlah dahsyat Manusia selalunya lalai Dia tidak membuat persediaan menghadapi maut Ada yang kurang yakin Walaupun dia melihat kematian setiap masa Sehingga datng kepadanya sakaratul maut Wassalam Evernote helps you remember everything and get organized effortlessly. Download Evern

Evernote:Ustaz Yusuf 071214

Image
Kuliah Subuh Masjid Al Huda Shah Alam Manusia sukakan akan perkara berikut... Ia akan berusaha untuk mengawal harta bendanya dengan berbagai usaha Sentiasa mencari daya untuk hidup lama Hidup didalam dunia dengan selesa Panjang cita- citanya Bagi orang yang beriman mencapai perkara yang diatas hendaklah dilakukan didalam lingkungan sempadan hukum syariah Dua golongan manusia didalam masyarakat Golongan ulama' Dan golongan umara'....iaitu pihak berkuasa Jika baik hubungan kedua golongan ini akan membawa kesejahteraan  Hubungan ke

Evernote:Ustaz Nik Bakri 041214

Kuliah Maghrib Masjid Al Huda Shah Alam Bersolat itu adalah kewajipan kepada setiap orang mukmin Hendaklah berusaha mencapai peringkat khusyuk Kalau masih tidak mencapai peringkat itu, perlu bertanya pada diri sendiri.... bila lagi? Sekiranya umur sudah sampai empat puluhan,  lima puluhan dan enam puluhan sudahkah mencapai kekhusyukkan ketika bersolat? Sekiranya tidak... kenapa? Allah SWT setiap masa tidak pernah alpa dengan makhlukNYA Saorang hamba itu sentiasa dibawah lindungan NYA Allah SWT dekat dengan hambaNYA.  Tetapi bagaimana dengan hamba itu? Manusia yang bergantung sepenuhnya kepada Allah SWT Dia tidak akan merasa yang apa sahaja kebaikan yang dilakukan itu menunjjukkan kehebatan darjah keimanannya Dia bersandarkan hidupnya dengan total kepada kehendak Allah SWT Kebajikan yang dilakukan itu sebagai mentaati perintah Allah SWT Mentaati dengan cara yang sebati dengan syariat agamaNYA Allah SWT melabuhkan hijab penglihatan hambanya itu dari merasa Amalan yang dilakukan itu hebat

Evernote:Ustaz Rahmatullah 011214

Image
Kuliah Maghrib Masjid Al Huda Shah Alam Ketika solat berjemaah Hendaklah meluruskan barisan serta merelatkan saf Sesiapa yang sembahyang disaf yang pertama akan mendapat rahmatNya serta didoakan oleh para malaikat Orang yang beriman sentiasa berlumba-lumba beribadat Terutama didalam bulan Ramadan Bersolat didalam masjidil Nabi dan Masjidil Haram merupakan tempat-tempat yang apabila berpeluang hendaklah digunakan dengan sepenuhnya. Kerana ganjarannya tidak terhingga. Orang yang memberi sedekah diatas nikmat yang dianugerahi Allah kepadanya akan didoakan para malaikat agar Allah SWT melimpahkan serta menambah anugerah kepadanya Sedikit pendapatan yang tidak melalai lebih banyak daripada harta yang banyak tetapi melalaikan Wassalam Evernote helps you remember everything and get organized effortlessly. Download Evernote .

Evernote:Ustaz Abdul Halim 231114

Kuliah Subuh Masjid Al Huda Shah Alam Orang yang beriman sentiasa mencari ilmu Membawa kesejahteraan dan ketenangan Para sahabat meninggalkan harta benda mereka di Mekah mencari kebenaran di Madinah Dengan ilmu mereka dapat mencapai kejayaan Dengan Ilmu juga manusia dapat membezakan yang baik dan yang bathil Ilmu juga penting untuk mengerjakan ibadat dengan baik Ramai para sahabat yang pergi mengerjakan haji bertanya berbagai permasalahan kepada Nabi SAW Baginda SAW menyampaikan kefahaman mengenai cara dan hukum hakam mengenai bab haji Akan sampai satu zaman yang Allah SWT akan melenyapkan sumber ilmu dimuka bumi ini Diambil nyawa para ulama yang mempunyai ilmu yang banyak Maka terputuslah sumber ilmu kepada masyarakat awam Terjadilah maksiat dengan meluas Terutam perzinaan Tersebar fitnah didalam masyarakat dengan meluas Para sahabat sekiranya mengetahui sesuatu dengan pantas menanyakan kepada Baginda atau isteri - isteri nya Asma' pernah bertanya kepada Saidina Aisyah  mengenai b

Evernote:Ustaz Indonesia 201114

Image
Kuliah Maghrib Masjid Al Huda Shah Alam Dihari akhirat kelak seluruh anggota kita menjadi saksi akan perbuatan kita semasa hidup didunia Maka didunia ini perlulah kita menjalani hidup dengan berpandukan Al Quran Tetapi sayang ramai orang tidak menemui kefahaman yang benar.  Malah ramai yang tersasar kerana tidak mempelajarikan Al Quran daripada guru yang tulen. Para ulama' sependapat bahawa membaca Al Quran hukumnya sunnnat. Yang wajibnya adalah kehidupan orang mukmin hendaklah mengikut serta mengamal akan Al Quran. Memahami Al Quran itu perlulah dengan ilmu yang bersumberkan sunnah Rasulullah SAW yang soheh. Para ulama' yang membawa ilmu sunnah waljamaah merupakan cabang yang benar. Guru-guru yang menyampaikann ilmu agama yang bersanadkan daripada Rasulullah SAW,  Para Sahabat,  Tabien dan para ulama' seterusnya. Mereka yang cuba-cuba hendak mentafsirkan Al Quran tanpa ilmu akan ditempatkan Allah SWT didalam api neraka. Jadi perlulah orang yang telah tersilap kembali kepad

Evernote:Ustaz Shamsuddin 151114

Kuliah Subuh Masjid Al Huda Shah Alam Ada ketika sesaorang hamba Allah melakukan ibadah kepada Allah SWT.  Tetapi ia merasa yang saolah dia tidak melakukan. Hakikat kejadian sedemikian adalah kerana... Mereka yang baru didalam perjalanan menuju kepada keredhaan Allah SWT dia tidak melihat amalnya kerana dia sendiri kurang yakin akan amalannya sama ada diterima oleh Allah SWT Bagi sedikit hamba Allah SWT yang sudah mencapai keimanan yang tinggi, mereka tidak melihat akan amalnya adalah kerana segala amalnya adalah kerana Allah SWT Orang yang tidak melihat akan kehebatan amalannya mereka ini sentiasa berusaha untuk mencapai tingkatan iman yang tinggi, maka ia merasa yang apa yang diamalnya adalah terlalu kerdil dihadapan Allah SWT Disebaliknya ada hamba Allah SWT yang menghitung-hitung akan amalannya. Sehingga dia meresa puas dan cukup akan ibadahnya. Mereka ini akan sampai kesatu tahap yang akan berlaku riya' Bagi hamba Allah yang beramal dengan jujur pasti segala amalan dikhususkan

Evernote:Ustaz Rahmatullah 101114

Image
Kuliah Maghrib Masjid Al Huda Shah Alam Orang munafik melakukan sesuatu pekerjaan dengan cara yang tidak jujur.  Berpura pura beriman tetapi mereka tidak pernah yakin akan risalah Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW Orang yang beriman hendaklah menjaga sumber rezeki yang dijadikan pemakanan keluarga.  Kerana sumber yang tidak baik akan membawa hasil yang juga tidak baik. Ada juga orang yang meninggal akan pemakanan yang halal kerana ingin menghindari diri daripada penyakit.  Tetapi tidak takut memakan yang haram kerana Allah SWT. Orang yang beriman hendaklah mencari rezeki secara halal. Serta ditinggalkan apa yang bersumber benda yang haram. Yakinlah bahwa setiap punca rezeki adalah datang daripada Allah SWT. Sesiapa yang taat kepada arahan Allah SWT maka akan dibuka pintu rezeki seluas-luasnya. Berusaha mencari rezeki bukan kerana untuk mengumpulkan harta yang banyak. Tidak kisah halal ataupun haram. Tetapi mencari rezeki untuk meneruskan hidup. Beribadat dengan harta yang haram itu

Evernote:Ustaz Shamsuddin 091114

Image
Kuliah Subuh Masjid Al Huda Shah Alam Orang yang beriman merasa gembira didalam ketaatan kepada Allah Begitu juga di rasakan keresahan apabila berdepan dengan maksiat Rasa demikian adalah satu kurnia daripada Allah SWT.... mata hati yang merasa demikian Ketaatan didalam beribadat... Ada yang datang daripada diri orang sesaorang Ada juga yang datang daripada kurnian Allah SWT Maka yang hendak merasa gembira adalah yang datang daripada kurniaNya Yang datang daripada diri kita sendiri tidak perlu bergembira Merasa gembira... Mengharap ganjaran pahala apabila mengerjakan kebajikan Rasa takut bila melakukan maksiat mengharap dihindarkan daripada siksaan Usaha diri sendiri mentaati perintah Allah SWT Mendapat dorongan mentaati Allah SWT daripadaNYA Sebaik kegembiraan bukan kerana usaha diri sendiri tetapi kerana mendapat pertolongan Allah SWT yang mendorong kita melakukan amal kepada NYA Keikhlasan didalam beribadat perlu dititik berat oleh orang yang beriman Riyak itu merosakkan Orang yang