Posts

Showing posts from February, 2009

Ustaz Sabidin 160209

Kuliah maghrib. Mencapai cinta Allah SWT adalah dengan mendekati diri dengan Al Quran. Memegang teguh dengan ajaran yang terkandung didalamnya. Sesiapa yang berpegang kuat kepada Al Quran ia tidaklah daripada golongan yang rugi. Sesiapa yang meninggalkannya maka akan disempitkan kehidupan ini. Malah diakhirat nanti Allah SWT tidak akan memperdulikannya. Orang yang berpaling daripada Al Quran adalah kerana mereka terlalu menginginkan kehidupan didunia yang fana' ini. Orang yang memegang teguh dengan Al Quran adalah orang yang zuhud. Ia itu tidak mempunyai rasa cinta dengan dunia. Al Quran diturunkan Allah SWT untuk menjadi pertunjjuk bagi manusia. Serta memperjelaskan perkara- perkara yang hak dan yang bathil. Di dalam segala aspek kehidupan didunia ini. Merupakan perkara asas didalam menjadi seorang yang beriman. Orang yang mencintai Al Quran pasti akan mencintai Allah SWT. Sebesar mana kita mencintai Al Quran sebegitulah cintanya kepada Allah SWT. Akhir kata

Ustaz Mohd Sobri 200209

Image
GAZA Palestin • Palestine itu adalah qiblat pertama umat Islam. Masjid Aqsa adalah masjid kedua yang dibina. Serta merupaka tanah suci umat Islam yang ketiga. Bumi para Anbiya' • Bani Israel adalah umat yang biadap. Mereka telah membunuh para Nabi- Nabi. • Bumi Palestin bergolak semenjak dahulu lagi. Bukan sahaja krisis di GAZA. Palestin adalah dikaitkan dengan ujian Allah SWT terhadap akidah umat Islam. Pergolakkan ini akan berterusan sehingga hari akhirat. • Apa sahaja tindakkan umat Islam hendaklah dilakukan secara berterusan. Umpamanya memboikot barangan yahudi dan kufar hendaklah dijalankan secara berterusan bukan hanya secara jangka masa yang tertentu. • Umat Islam hari ini haruslah yakin bahawa ia adalah umat yang ditinggikan darjatnya. Segala tindak tanduk umat Islam hendaklah dijalankan secara rasional bukan secara emosi. Perjuangan umat Islam mempertahankan bumi Palestin adalah kerana umat Islam itu bersaudara dan wajib bagi kita mempertahankan mereka. Atas dasar akidahla

Ustaz Azman 150209

Kuliah Subuh: Mencari kasih sayang Allah SWT dan manusia. • Orang beriman meletakkan prioriti kasih sayang kepada Allah SWT melebihi kasih sayang kepada manusia. • Kalau terlalu mengikut kehendak manusia pasti akan jauh daripada jalan Allah SWT. • Memang didunia ini benda yang haram daripada pandangan agama itulah yang suka dilakukan manusia. Mulanya perkara ini dilakukan oleh segelintir sahaja. Lama kelamaan ramai yang melakukannya. Saolah-olah perkara yang haram itu dah menjadi harus pula hukumnya. • Orang yang na' hidup beragama yang lurus saperti digariskan Islam itu sedikit sahaja. Yang ta na' agama ini memang ramai. Kalau mencari kasih sayang manusia dengan membenarkan mereka maka akan sesatlah daripada jalan Allah SWT. Mengundag kemurkaan NYA. • Selalunya kekayaan akan menjadi sesaorang itu lalai. Lebih suka akan kehidupan dunia daripada akhirat. Pada lazimnya orang yang susah itu lebih dekat dengan agama. Tetapi apabila diberi kekayaan ramai yang kecunda

Ustaz Kasim Ibrahim 140209

• Untuk mengenali Allah SWT adalah dengan berilmu • Allah SWT memerintahkan manusia supaya tunduk kepadaNYA. Rugilah orang yang mati tetapi dia tidak tunduk kepada Allah SWT. • Apakah yang dikatakan tunduk kepada Allah SWT? - Mematuhi segala perintah dan larangan Allah SWT - Memahami dan mematuhi kepada hukum yang ada didalam Al Quran - Contohnya soal menutup aurat bagi lelaki dan perempuan • Tingkatan iman sesaorang diandaikan saperti orang yang melihat lukisan yang indah sekali. - ada yang datang melihat lukisan tersebut serta memuji keseniannya. - ada yang datang melihat memuji keseniannya serta memuji pelukisnya sekali. - ada juga yang datang lansung tidak memperdulikan lukisan tersebut. Tetapi mahu sangat mengenali pelukisnya. • Orang yang beriman samalah dengan contoh diatas. Dia bukan hanya ingin kesenangan dunia yang fana ini. Tetapi mereka merindukan hari pertemuan dengan Allah SWT, yang menjadikan alam ini. • Lagi banyak yang kita kenali Allah SWT lagi k

Wakil Hamas di Masjid Subang Airport 130209

Image
Wakil Hamas telah memberi tazkirah dan khutbah diMasjid Subang Airport. Mendedahkan kekuatan semangat pejuang dan penduduk GAZA. Mereka rela mati syahid daripada menjadi hamba Yahudi... Allahu Akbar!!!

Ustaz Dr Jamnul 070209

Image
Dr Jamnul menceritakan pengalaman beliau semasa bersama-sama misi perubatan di Gaza • Ramai pesakit yang dibedah mati kerana bom dan puluru yang digunakkan oleh tentera ganas rejim Israel mengandungi bahan kimia. • Anggota badan mangsa hancur lebur. Tidak pernah dilihat kecederaan sebegini dahsyat sepanjang pengalaman beliau. • Pihak Israel menggunakan peluru 'depleted uranium'. Para doktor yang terbabit merasa pelbagai masaalah kesihatan. • Kekejaman orang Israel merupakan kelompok manusia yang zalim 'inhumane'. Malah perasaan Dr Jamnul apabila melihat mayat-mayat yang keadaanya saperti dibaham oleh binatang. Malah lebih dahsyat daripada binatang buas. • Orang Palestin di-Gaza bergantung kepada terowong yang berjumlah lebih kurang 800 untuk membawa bekalan harian mereka. Kerajaan Mesir tahu akan kewujudan terowong tersebut tetapi dibiarkan tanpa diganggu. • Orang Palestin di Gaza 'enterprising' sifatnya. Segala keperluan hidup mereka diusahakan sendiri, 's

Khutbah Jumaat 060209

Image
Surau Saidina Ali UniKL MIAT • Khatib perpesan tingkatkan - takwa - Syiar Islam • Masaalah gejala sosial pada hari ini semakin menjadi-jadi. • Bukan sahaja remaja tetapi terdapat juga orang dewasa. • Ia telah merosakkan institusi keluarga dan pembagunan sumber manusia. • Negara telah membelanjakan berjutaa-juta untuk membendung masaalah social saperti dadah, arak, pelacuran dsb. • Mereka yang bertanggung jawap harus mencari jalan untuk menyekat kemaraan masaalah social ini. • Sebagai seorang muslim, harus tahu bahawa pasti mereka ini akan mendapat balasan daripada Allah SWT. • Masaalah ini dapat dikurangkan sekiranya setiap individu muslim merasa bertanggung jawap untuk melakukan sesuatu untuk membendung masaalah ini. • Berpegang teguh dengan prinsip sosial bermasyarakat untuk membuat benteng menghalang masaalah ini daripada membesar. Wassalam

Ustaz Shihabuddin 050209

Taqwa • Imam Ali menerangkan bahawa orang yang bertakwa adalah orang yg merasa takut kepada Allah SWT. Ihsan, merasa yang dirinya sentiasa diperhatikan oleh Allah SWT. Mereka adalah orang yang selalu melaksanakan perintah Allah SWT serta redha dengan yang sedikit. Bersyukur dengan apa yang dianugerahi Allah SWT. Mereka juga merupakan orang yang bersiap sedia menghadapi kematian. • Imam Abu Dardar mendefinasikan manusia bertaqwa adalah mereka yang takut melakukan dosa walaupun sebesar zarrah. Meninggal perkara yang syubhat. Tidak meremehkan perkara yang kecil walaupun sedikit. Sentiasa mengelakan benda yang buruk walaupun sedikit. • Saorang sahabat Rasulullah SAW bernama Muar Bin Jabbar menyatakan bahawa seorang yang bertakwa adalah seorang yang menjauhkan diri daripada perbuatan yang syirik. Memurnikan ibadah hanya kepada Allah SWT. Rajin mencari jalan kesyurga. • Abdullah Abas pula menyatakan bahawa orang bertakwa sanggup Jihad dengan nyawa, harta benda, fikiran, ucapan, h

Ustaz Ghazali Hasbullah 310109

Image
• Allah SWT itu sifatNya Qadim • Allah SWT itu tidak berubah. Yang lain daripadaNya itu tetap berubah. • Oleh demikian semua dialam ini adalah baru. Yang menciptakannya adalah Allah SWT yang Qadim. • Wajib bagi setiap umat Islam memahami akan haqiqat ini. Ilmu Usuluddin ini wajib di pelajari dan seterusnya mengajar kepada orang lain. • Alam ini dan semua isinya sifatnya sentaiasa berubah- berubah. Penciptanya sahajalah yang sifatNya tidak berubah- berubah. • Perkara ini wajib di imani. • Alam ini ada tanda- tanda akan kebesaran penciptanya. Disinilah dikatakan bahawa terdapat ayatullah didalam alam ini. Terdapat banyak ayat ayat Al Quraan yang membincangkan perkara sedemikian. • Didalam diri manusia ini terdapat dalil akan wujudnya Allah SWT. • Malah segala ciptaan seperti bulan dan bintang, ombak di lautan, tumbuh tumbuhan adalah dalil akan wujudnya Allah SWT yang Qadim. Wassalam