Ustaz Mohd Sobri 200209

GAZA Palestin

• Palestine itu adalah qiblat pertama umat Islam. Masjid Aqsa adalah masjid kedua yang dibina. Serta merupaka tanah suci umat Islam yang ketiga. Bumi para Anbiya'

• Bani Israel adalah umat yang biadap. Mereka telah membunuh para Nabi- Nabi.

• Bumi Palestin bergolak semenjak dahulu lagi. Bukan sahaja krisis di GAZA. Palestin adalah dikaitkan dengan ujian Allah SWT terhadap akidah umat Islam. Pergolakkan ini akan berterusan sehingga hari akhirat.

• Apa sahaja tindakkan umat Islam hendaklah dilakukan secara berterusan. Umpamanya memboikot barangan yahudi dan kufar hendaklah dijalankan secara berterusan bukan hanya secara jangka masa yang tertentu.

• Umat Islam hari ini haruslah yakin bahawa ia adalah umat yang ditinggikan darjatnya. Segala tindak tanduk umat Islam hendaklah dijalankan secara rasional bukan secara emosi. Perjuangan umat Islam mempertahankan bumi Palestin adalah kerana umat Islam itu bersaudara dan wajib bagi kita mempertahankan mereka. Atas dasar akidahlah umat Islam hendak bangkit menentang segala bentuk kejahatan terhadap Palestin.

• Tindakan umat Islam haruslah berlandaskan kepada nas hadis dan Al Quran.

• Israel adalah gelaran yang diberikan Allah SWT kepada Nabi Yaakub AS. Jadi Bani Israel itu adalah gelaran keturunan Nabi Yaakub AS. Ramai nabi nabi dilantik daripada bani tersebut. Kerana itulah mereka menjadi sombong. Dan akhir sekali dilaknat oleh Allah SWT dan Nabi-Nabi.

• Qaramah semasa peperangan baru-baru ini yang dilapurkan adalah saperti berikut:
- mayat para penjuang tidak busuk
- roket lancar secara sendiri dan kena sasaran dgn tepat.
- peluru terkena sasaran tanpa ada siapa yang menembaknya
- 3000 anak lelaki dilahirkan semasa 22 hari peperangan
- anak dalam kandungkan di sahkan oleh doktor melalui scan sebagai perempuan. Tetapi satelah ayahnya syahid anak yang dilahirkan adalah lelaki.
- saorang syahid lima tahun yang lepas, jasadnya masih fresh
- tentera yahudi buta matanya satelah disembur pasir oleh saorang tentera. Tetapi pihak mujahideen tiada ditempat tersebut.

• Mentaliti orang palestin cintakan kepada syahid dan cinta yang amat besar kepada Allah SWT. Mereka marasa malu jika tiada ahli keluarga yang syahid. Lagi ramai yang syahid daripada keluarga itu maka lagi tinggi derajat sosial mereka.

Wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914