Ustaz Shihabuddin 050209

Taqwa

• Imam Ali menerangkan bahawa orang yang bertakwa adalah orang yg merasa takut kepada Allah SWT. Ihsan, merasa yang dirinya sentiasa diperhatikan oleh Allah SWT. Mereka adalah orang yang selalu melaksanakan perintah Allah SWT serta redha dengan yang sedikit. Bersyukur dengan apa yang dianugerahi Allah SWT. Mereka juga merupakan orang yang bersiap sedia menghadapi kematian.

• Imam Abu Dardar mendefinasikan manusia bertaqwa adalah mereka yang takut melakukan dosa walaupun sebesar zarrah. Meninggal perkara yang syubhat. Tidak meremehkan perkara yang kecil walaupun sedikit. Sentiasa mengelakan benda yang buruk walaupun sedikit.

• Saorang sahabat Rasulullah SAW bernama Muar Bin Jabbar menyatakan bahawa seorang yang bertakwa adalah seorang yang menjauhkan diri daripada perbuatan yang syirik. Memurnikan ibadah hanya kepada Allah SWT. Rajin mencari jalan kesyurga.

• Abdullah Abas pula menyatakan bahawa orang bertakwa sanggup Jihad dengan nyawa, harta benda, fikiran, ucapan, hati. Dia tidak ambil peduli untuk menyatakan dan menegakkan kebenaran walau pun terkena kepada diri sendiri.

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809