Posts

Showing posts from August, 2010

Ustaz Haslin 290810

Tazkirah Ramadhan • Pada satu hari para sahabat mendengar Rasulullah SAW mengucapkan amin apabila menaiki tangga mimbar. Tiga kali menyebut demikian. • Amin yang pertama, Jibril menyatakan celakalah ramai manusia yang masuk didalam bulan Ramadhan berdosa tetapi keluar pun berdosa. • Amin kedua, Jibril menyatakan celakalah umat yang masih mempunyai ibu bapa tetapi tidak mengendahkan mereka. • Amin ketiga, Jibril menyatakan celakalah umat Muhammad SAW yang tidak berselawat kepada baginda apabila namanya disebut. • Dibulan Ramadhan Allah SWT membuka pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup dan syaitan diikat. •Rasulullah SAW dimalam sepuluh terakhir beriktikaf didalam masjid. Maka para ulama menggalakkan ummah supaya beriktikaf pada waktu tersebut. • Didalam sepuluh malam terakhirlah digalakkan mencari malam lailatul kadar. Para sahabat berusaha bersungguh sungguh mencari malam tersebut. • Diakhir Ramadhan juga digalakkan memberi infaq kepada orang yang memerluk

Ustaz Tajudin 210810

Kuliah Subuh • Puasa adalah satu ibadah yang telah di syariatkan kepada umat yang terdahulu lagi. Sebelum daripada zaman Nabi Muhammad lagi. • Puasa ini diwajibkan kepada manusia mudah mudahan mereka menjadi lebih bertakwa. • Orang yang bertaqwa telah dihuraikan definisinya didalam banyak ayat-ayat Al Quraan. • Ramai orang yang berpuasa tidak mengikut landasan agama. Maka apa yang mereka dapat hanyalah lapar dan dahaga. Puasa mereka tidak menjadikan mereka lebih bertakwa. • Pada mereka yang menjadikan bulan Ramadhan ini sebagai madrasah/ universiti dimana didikan daripadanya diamalkan pada bulan- bulan yang akan datang. Dimana kesan berpuasa membentuk dirinya menjadi manusia yang lebih baik. Lebih bertakwa. Wassalam Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ustaz Jefri 280810

Kuliah Subuh • Kalau manusia tahu akan apakah ganjaran yang terdapat didalam bulan Ramadhan, maka pasti mereka inginkan nya seluruh tahun. • Allah SWT melipat gandakan fadhilat pahala dibulan Ramadhan. • Mengerjakan ibadah fardu digandakan pahalanya 70 kali. • Ibadah sunnat yang dikerjakan sama pahalanya dengan ibadah fardhu. • Selangkah menuju ketempat menuntut ilmu, sama pahalanya dengan amalannya sepanjang tahun. • Ganjaran kepada orang yang mengerjakan solat berjemaah, Allah SWT menganugerahkan satu bandar disyurga. • Orang yang berbuat baik kepada kedua orang ibu-bapa nya, Allah SWT memandangnya dengan padangan RAHMAT. • Isteri yang taat kepada suami dibulan Ramadhan, Allah SWT samakan gelaran Aisiyah dan Maryam. • Orang yang memenuhi satu hajat kepada orang lain dibulan Ramadhan, saperti anak-anak yatim dan orang miskin. Allah SWT akan menggandakan hajat kepadanya 1000 kali ganda. • Membaca Al Quraan satu ayat dibulan Ramadhan, Allah SWT samakan

Ustaz Uthman Hamzah 130810

Tazkirah Ramadhan • Bulan Ramathan ini adalah bulan Al Quran, pertunjuk kepada manusia. • Didalam Al Quran, Allah SWT menyuruh kita menyembahnya. Allah SWT adalah yang menciptakan kita termasuk ruh. • Allah SWT juga mengajak manusia memasuki agama NYA dengan keseluruhannya. • Hidup kita hendaklah mengikut agama Allah SWT. Jika kita mengikut adat, maka perlulah adat itu tunduk kepada agama. • Dibulan Ramadhan kita melatih diri daripada tidak mengerjakan perkara yang keji. Wassalam. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ustaz Shamsuddin 080810

Kuliah Subuh Bab hukum diyat • Dikenakan hukum diyat kepada mereka saperti berikut: - Orang yang dihukum serupa dengan sengaja membunuh - Orang yang dihukum sengaja membunuh tetapi dimaafkan waris. Maka hendaklah dia membayar diyat. - Sesiapa yang membunuh dengan tidak sengaja. Hukumnya adalah memerdekakan saorang hamba dan membayar pampasan kepada waris simati (Diyat), kecuali dimaafkan oleh waris. - Jika membunuh seorang kafir yang memusuhi nya dengan tidak sengaja maka diwajibkan membayar kifarat sahaja. Membebaskan saorang hamba. - Jika membunuh seorang kafir yang zimmi, dengan tidak sengaja maka diwajibkan membayar kifarat dengan membebaskan seorang hamba dan juga membayar diyat kepada warisnya. - Jika tidak dapat membebaskan seorang hamba. Maka wajib dia berpuasa dua bulan berturut- turut. Wassalam Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ustaz Ghazali Omar 030810

Kuliah Maghrib • Manusia hendaklah bersyukur akan nikmat yang Allah SWT telah anugerahkan kepadanya. • Ada yang dianegerahkan kelebihan daripada seorang yang lain. Allah SWT memilih kepada sesiapa sahaja yang DIA kehendaki. • Ada yang dikurniakan anak. Tetapi ramai juga yang tidak menikmati kurnian anak pinak. Ini semua adalah kehendak Allah SWT. •Ilmu juga merupakan nikmat yang dianugerahkan Allah SWT kepada umatNYA. Maka haruslah bersyukur dengan anugerah Allah SWT. • Ilmu merupakan cahaya didalam kehidupan. Bersyukurlah kepada Allah SWT yang telah memberi kita pertunjjuk dan taufiq hidayah. Dengan ilmu tersebut kita dapat mencari jalan yang lurus. Malah jika tidak diberikan ilmu maka jahillah kita. • Maka haruslah kita bertaubat daripada melakukan dosa. Takutlah kepada hari akhirat. Yang sungguh dahsyat kejadiannya. • Maka apa nikmat yang dianugerahkan Allah SWT didunia ini haruslah disyukuri semoga memperolihi pahala dan dihindarkan daripada melakukan dosa.

Ustaz Razali 290710

Kuliah Maghrib • Orang- orang munafik dizaman Rasulullah SAW datang juga ke masjid. Mereka juga menghadhiri majlis ilmu. Tetapi mereka faham Islam ini cukup berlainan. Tidak bersungguh- sungguh. Dudukpun dimajlis ilmu dengan cara bersantai, saperti kayu yang menyandar. • Orang munafik tersebut didalam Al Quraan menyatakan mereka dihari akhirat tempat mereka dineraka yang bawah. • Amalan orang munafik ini ditolak oleh Allah SWT. Mereka akan dihumban kedalam neraka bersama-sama orang kafirun. • Walaupun orang munafik ini beramal dengan ibadah saperti sembahyang dan puasa. Tetapi apabila dibaca tentang hukum Allah SWT mereka menolak. Penolakkan mereka dapat dilihat dengan zahir. 'Body Language' mereka dapat dibaca dengan terang. • Orang yang beriman mendengar dan menerima akan perintah Allah SWT dan Rasullah SAW. Manakala orang munafik dengar tapi ingkar. Wassalam Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ustaz Halim Din 280710

Kuliah Maghrib • Orang yang selalu melakukan zikir akan terhindar diri daripada dilaknati Allah SWT. • Selalu mengingati Allah SWT akan menjauhi diri daripada melakukan maksiat. • Rasulullah SAW juga menyatakan satu golongan orang akan terhindar daripada laknat Allah SWT adalah orang Alim. Wassalam Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ustaz Abdul Halim 25/07/10

Kuliah Subuh • Para sahabat Rasulullah SAW rajin memberi sedekah. Menginfaqkan harta mereka kepada masjid. Untuk dinikmati oleh semua ahli jamaah. • Rasulullah SAW juga menasihati para sahabatnya supaya tidak memberi kesemua hartanya untuk diinfaqkan. Tinggalkan juga kepada isi rumah mereka. Serta keluarga yang terdekat. • Islam ini cukup mudah untuk beramal. Kerana usaha yang sikit tetapi fadilatnya cukup banyak. Sebagai contoh, fadhilat membaca surah Ikhlas sebanyak tiga kali, bersamaan dengan membaca seluruh Al Quraan. • Membaca surah An Nas dan Surah Al Falaq diwaktu malam memberi barakah kepada sesiapa yang membacanya. Allah SWT memberi pelindungan daripada makhluk yang jahat. Baginda Rasulullah SAW setiap malam beramal dengan membaca surah surah ini. • Surah Al Mulk juga adalah satu surah yang banyak fadhilatnya. Dengan selalu mengamalkannya maka Allah SWT memudahkan hajat sesaorang itu. • Amalan bertahlil yang diamalkan oleh masyarakat kita juga satu amalan yan